Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, March 8, 2010

" Perjalanannya Masih Jauh... . "

Assalamu'alaikum WarahmatuAllahi Wabarakaatuh...;


Tanggal 8 Mac 1992, berkumandanglah suara Azan mahupun Iqamah di kedua-dua belah telingaku oleh arwah datukku yang disanjungi ilmunya...secara tidak langsung, perkara sebegitu rupa kebiasaannya dilakukan buat bayi yang baru sahaja lahir dan jua bertapak di muka bumi Allah ini...di saat itulah ' aku ' mula mengenal erti sebuah kehidupan. Dalam masa yang sama, aku ingin mengaitkan senikata di atas sebagai renungan buat tatapanku dan kalian semua sebagai madah muhasabah diri selama mana kita berada di muka bumi yang sementara ini. Secara umumnya, hari ini merupakan ulangtahun kelahiranku mengikut Kalendar Masihi. Oleh itu, aku ingin bicarakan sepintas lalu mengenai apakah yang  kian berlaku sepanjang kehidupan aku di mana adanya kebahagiaan juga kepasrahan.

Pertama sekali, tahun ini kami sekeluarga telahpun kehilangan orang yang begitu kami cintai akan budi pekertinya dalam mendidik kami sama ada dalam akademik mahupun syari'ah..beliaulah adalah ayah kami sendiri. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau merupakan seorang yang tegas dalam beberapa perkara, misalnya, ilmu pendidikan WAJIB diutamakan dalam menjalani sesebuah kehidupan; menjaga amalan-amalan Fardhu terutamanya solat Subuh mesti ditunaikan sebelum habis waktunya; kebersihan seboleh-bolehnya di jaga pada setiap masa dan aku masih terkenang kata-katanya iaitu berbunyi, " Faiz, semasa hari Jum'at.., Faiz mestilah berpakaian bersih malahan belum dipakai lagi pada hari itu untuk digunakan semasa sembahyang Fardhu Jum'at di Surau al-Kauthar..sebab hari Jum'at adalah hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain. " Tambahan lagi, beliau merupakan seorang yang yakin dalam apa jua aktiviti yang dikerjakan meskipun kurang pengalaman dalam sesuatu bidang itu namun motivasinya membuat aku sendiri tertanya-tanya benarkah ayah mampu melakukannya seorang diri tanpa bantuan orang lain...contohnya, menukar air bateri kereta sedangkan beliau sedang uzur pada waktu itu dan kadangkala pernah beliau mengajakku untuk bersamanya membaikpulih keadaan kereta berkenaan. Hakikatnya, kekuatan dan keyakinan beliau dalam sesuatu perkara itu masih belum boleh ditandingi lagi dalam keluarga kami walaupun aku jugalah anak sulungnya...antara kelebihan utama beliau ialah beliau mempunyai hobi yang begitu jarang dimiliki oleh insan lain iaitu membaca bahan-bahan ilmiah melebihi tahap seseorang yang ingin mengambil peperiksaan awam..prinsipnya pula ialah membaca untuk meningkat ilmu pengetahuan serta mencari Keredhaan Ilahi.. .

 Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Di kesempatan ini juga, izinkan aku untuk kaitkan kehidupan kita semua ini dengan nikmat yang dikurnikan Allah S.W.T. buat ummat-Nya. Pepatah arab pernah beritonasi, " Nikmat itu umpama binatang buas hendaklah diikat dengan tali syukur ... .", jelaslah di sini bahawa sekiranya kita mengkufuri sesuatu nikmat itu maka rugilah kehidupan kita di dunia dan lebih perit lagi adalah di akhirat kelak. 

Akhir bicara, moga santapan aku kali ini mampu untuk membuatkan peribadiku lebih dewasa kelak khususnya dalam menanti hari-hari mendatang kelak...tidak terlupa juga akan aku kenang selalu kata-kata hikmahmu wahai ayah...aku senantiasa mensedekahkan al-Fatihah buatmu serta ayat-ayat suci yang lain. Semoga kita akan bertemu di Hari Akhirat kelak dalam keadaan penuh keimanan dan ketaqwaan...ameen.


Wassalam...:)







Tips Menghafaz Al-Quran

editor : everjihad



Sebenarnya menghafal al-Quran ni bukanlah sukar sangat,yang penting kemahuan dan cita-cita mengatasi segalanya.


1-BETULKAN NIAT

Ramai orang yang menghafaz al-Quran tidak menjaga niat mereka. Ada diantara kita yang menghafaz al-Quran semata-mata untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran.Perkara ini banyak berlaku dipusat pengajian tinggi yang menghafaz hanya sekadar untuk meluluskan diri dalam peperiksaan.Dari sudut peperiksann itu adalah normal dan amat baik tetapi dari sudut keagamaan ia bertentangan dengan konsep penghafazan al-Quran. Sebenarnya,kita mesti menjaga niat menghafaz al-Quran hanya untuk meraih keredhaan ALLAH,semoga ia mampu menolong kita untuk memasuki Jannah-Nya dan mendapat keampunan buat diri dan seluruh keluarga kita,ameen.


2-ISTIQAMAH

Setiap ibadat itu,perlukan sifat istiqamah atau berterusan. Di dlm penghafazan al-Quran. Istiqamah merupakan asas tunjang yang amat kuat.Tanpa istiqamah,PERCAYALAH,hafazan seseorang itu akan rosak dan hilang begitu sahaja.Para penghafaz sudah tentu tahu hukum menghafaz ak-Quran kemudian diabaikan sehingga lupa. Sebagai contoh,istiqamah dlm muraja'ah atau mengulang sejuzuk sehari,insya ALLAH hafazan kita akan ingat berkekalan jika ISTIQAMAH.


3-BERAMAL

Beramal dengan setiap ayat yang dihafaz adalah salah satu syarat untuk menjadi penghafaz cemerlang.Setiap ayat mestilah difahami maknyanya dan diteliti takwilnya agar kita mendapat kefahaman yang betul berlandaskan syariat.Sebahagian ayat al-Quran menyeru melakukan kebaikan dan sebahagian lagi menyeru meninggalkan kemungkaran.Oleh itu ,berpeganglah dengan apa sahaja yang diperintahkan al-Quran,mengikut kemampuan yang kita miliki. Kita akan dapati betapa manisnya nikmat menghafaz al-Quran jika kita tahu kelebihannya.


4-PERDENGARKAN BACAAN KEPADA TEMAN

Gunakan sedikit masa yang ada untuk memperdengarkan bacaan kepada teman(yang juga menghafaz al-Quran) kerana ini akan menjaga hafazan agar tidak mengalami kesilapan.
Kita mungkin tidak sedar jika kita membaca dengan silap. Jika diteruskan kesilapan itu takut akan bertapak dengan kuat dihati kita.Ini akan mengundang masalah untuk membetulkannya.Tetapi jika selalu diperdengarkan kepada teman-teman insya ALLAH kesilapan akan dapat diperbaiki sebelum melekat diingatan.


5-SETIA PADA SEBUAH AL-QURAN

Mungkin ini pelik bagi orang biasa,namun tidak pelik bagi penghafaz al-Quran.Tabiat suka menukar al-Quran masa ke semasa boleh menganggu hafazan kita.Ia akan memeningkan kita dari segi meningati struktur ayat,kerana setiap al-Quran mempunyai pelbagai saiz.Ia juga mempunyai perbezaan dari segi waqaf dan sebagainya.Ini akan membuatkan kita ragu dengan hafazan sendiri. Seeloknya,kita mesti tetap berpegang kepada satu al-Quran sahaja sehingga hafaz kita benar-benar kukuh dan bersemadi di hati.Disamping kita menetapkan fokus struktur ayat,ia juga akan menjadi berkat.


6-ULANGI BACAAN SETIAP HARI

Bagi memantapkan hafazan,kita wajib mengulang hafazan lalu setiap hari,jangan sesekali menjalani hidup tanpa muraja'ah kerana ini akan melunturkan hafazan sedikit demi sedikit. Kata seorang ulama',sehari kita meninggalkan al-Quran seminggu dia akan meninggalkan kita,seminggu kita meninggalkannya sebulan dia akan meninggalkan kita pula.apatah lagi jika meninggalkan sebulan,maka setahun jadinya.Perkara ini sudah tentu dirasai penghafaz al-Quran.Jadikanlah ia sebagai pedoman agar kita tidak meninggalkan muraja'ah.


7-ULANGI BACAAN DLM SOLAT

Mengulang hafazan didalam solat seharian akan menguatkan ingatan kita terhadap ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz.Jangan biasakan diri membaca ayat-ayat lazim sahaja,biasakan diri membaca surah-surah yang telah dihafaz dalam solat.Ini akan mengukuhkan lagi ingatan hafazan kita,kerana waktu itu kita tidak memegang al-Quran ditangan,dan akan menjadi khusyuk dlm bacaan dan berusaha untuk membacanya dengan baik supaya tidak merosakkan pahala solat kita. Ini adalah salah satu latihan buat huffazul Quran agar membiasakan diri mengulangi tanpa berpegang kepada kitab al-Quran kerana orang yang mengulang hafazan tanpa al-Quran ditangan lebih hebat dari yang mengulang dengan al-Quran ditangan.

Sebagai panduan yang bukan sahaja untuk semua malah para hamlatal Quran lainnya. Sesungguhnya nikmat kemanisannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata


Sumber : Forum tips


iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

Friday, March 5, 2010

YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz dirawat di Hospital USM

Lan Jusoh   
KOTA BHARU, 4 Mac: Menteri Besar tidak hadir menyambut keberangkatan pulang Sultan Kelantan dari Singapura hari ini disebabkan beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian sejak petang semalam.

Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih mendapat rawatan di hospital.

Kata beliau, kepenatan tugas harian menyebabkan jantungnya tidak stabil sehingga terpaksa mendapat rawatan di Unit Rawatan Jantung pagi semalam.

“Dan pada sebelah petang doktor menasihatkan Menteri Besar berehat di wad bagi memulihkan keadaan jantungnya.

“Keadaan kesihatan Tuan Guru agak terganggu sejak seminggu lalu disebabkan kepenatan kerana menghadiri banyak program di merata tempat,” katanya di sini.

Oleh itu katanya, Menteri Besar tidak dapat memenuhi banyak undangan termasuk di Kuala Lumpur sehari dua ini disebabkan keadaan kesihatannya belum lagi mengizinkan.

Pada Julai 2004 Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjalani koronari angiogram, iaitu memasukkan wayar ke dalam saluran jantung untuk melihat penyumbatan di Unit Kardiologi HUSM.

Selepas itu beliau dipindahkan ke Institut Jantung Negara bagi menjalani rawatan koronari angioplasty dengan memasuk bateri menguatkan pergerakan jantungnya.

Wan Nik berkata, keadaannya sekarang beransur pulih dan doktor menasihat supaya banyak berehat.

Thursday, March 4, 2010

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM



TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM
(KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR,LORONG KIRI 5,JALAN DATUK KERAMAT,KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.

Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut
. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

 
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

 
Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir 

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUPSesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa