Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, August 2, 2009

Kesilapan Perlukan Tarbiyah

assalamualaikum w.b.t.

pejam celik pejam celik rupanya sudah di bulan Sya'ban dan juga Ogos. bagi kebanyakan pelajar tingkatan 5 khususnya yang bakal menduduki SPM tahun ini cukuplah besar debarannya dari hari ke hari. tambahan pula, pada bulan hadapan insya-Allah kami akan menjalani peperiksaan percubaan SPM. ini adalah sebagai langkah-langkah untuk menghadapi peperiksaan sebenar amnya.

sebenarnya, sesuatu kesilapan itu adalah fitrah bagi seseorang manusia itu. mengapa? kita seringkali ditimpa berbagai-bagai kerumitan dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini. sememangnya, kita memerlukan seseorang untuk mentarbiyah diri kita agar kita akan menjadi pemimpin kepada orang lain kelak. secara tidak langsung, rakan sebaya adalah yang paling sesuai untuk kita berkongsi kisah suka dan duka.

dalam masa yang sama, tarbiyah ataupun pembimbing perlukan banyak kesabaran dalam memahami sesuatu konflik yang dihadapi oleh seseorang individu itu. lebih penting lagi, kita semestinya perlu mendalami serta memahami situasi seseorang itu malah kita sendiri perlu bayangkan bahawa kita sedang berada di tempat mereka. maka, implikasinya kita akan turut terkesan dengan kata-kata kita sendiri termasuk seseorang individu tersebut.

penghujung kata, marilah sama-sama kita mengharapkan keredhaan Allah sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh kasih sayang ini.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Monday, July 27, 2009

Puisi 7

APABILA DIPANAH PETIR

temanku;
aku tak mampu memberi segalanya,
kau berikanlah aku keyakinanmu,
dalam meredah onak pilu dijiwaku,
kiniku menggarapkan cinta abadimu.

temanku;
jangan tinggalkan daku lagi,
aku tak sanggup menatapmu,
aku juga pasrah pada takdir ilahi,
andainya itu semua satu realiti.

temanku;
jauhmu akan kukejari lagi,
meskipun dikau tak sanggup,
aku mohon jasa baikmu kasih,
aku tak mampu bersendirian.

teman;
aku cinta padamu hingga kini waktu,
selamanya walau kau tak mampu,
hatiku tetap menyayangi dirimu,
tuhan...restuilah perpisahan kami ini.

teman;
ku akhiri dengan kenangan terindah,
biarlah kau pergi ke sana jua kelak,
ku hanya mampu mengharapkan,
kau kembali dalam ketenangan.

teman;
kuucapkan salam yang teristimewa,
saat kau pergi di kala pagi hari,
ku tak mampu membawa diri ini,
akhirnya aku tetap mendapatkanmu.

Sunday, July 26, 2009

Aeman - Ibu bapa




marilah sama-sama kita mengenangkan kembali jasa baik ibubapa kita di mana sememangnya tidak terbalas dengan kata-kata serta harta.renung-renungkanlah.


sekian, terima kasih.


wassalam.

Senior Al-Amin Bangi G8



Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman



selamat menghayati...

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Nilai Dan Pengajaran Daripada Konserto Terakhir

assalamualaikum w.b.t.

Konserto Terakhir adalah antara novel yang dikaji bagi pelajar SPM bagi Komsas Tingkatan 5. fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Bahasa Melayu...insya-Allah.

nilai-nilainya :
  1. taat kepada Allah
  2. kasih sayang
  3. memberikan pertolongan
  4. berani
  5. tegas
pengajaran-pengajarannya :
  1. jangan bertindak mengikut emosi
  2. mengingkari perintah Allah
  3. mengamalkan sifat tolong-menolong
  4. leka akan kemewahan
keterangan di atas adalah isi sahaja dan penghuraian memerlukan ayat dan kefahaman sendiri berdasarkan teks novel yang dikaji mengikut peringkat sesebuah zon.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku rujukan Komsas T5

Wednesday, July 22, 2009

Keagungan-Mu Bukanlah Imaginasi

assalamualaikum w.b.t.

bertemu lagi pada petang yang sayup-sayup ini dengan kudrat daripada yang menjadikan serta menghidupkan kembali dari tidur di mana tidur merupakan mati kecil ataupun sepupu kepada ajal maut. ingatlah, sesungguhnya kematian itu satu penyaksian bahawa kita sudah berikrar bahawa kita adalah Islam, maksudnya, segala amalan amar ma'ruf nahi mungkar akan dinilai bermula sahaja kita sudah sahaja disahkan sebagai mukallaf.

ingin aku bicarakan pada petang ini ialah mengenai fatamorgana yang tersergam nian indah sekali sejak kita dibangkitkan diri dari tidur di malam hari. mengapa? kita perlu bersyukur atas nikmat kehidupan ini selagi mana hayat dikandung badan, Allah masih memberi kita jalan taubat yang sempurna lagi terbuka buat hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di lautan penuh manusia ini.

biarpun kita masih muda-mudi yang seringkali dikaitkan dengan tanggungjawab yang hanyalah sederhana sahaja sedangkan dalam al-Qur'an Allah telah mentakrifkan bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin sehinggalah kepada pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri. namun, remaja kini senantiasa mahu berhibur sehinggalah terleka dengan duniawi semata-mata, buktinya, kebanyakan remaja Malaysia kini telah terjebak dengan pelbagai konfik sosiolis dan lain-lain. impaknya, mereka akan mundur dalam mendalami ilmu agama Islam sendiri malahan ada antara mereka yang tidak tahu-menahu untuk mengerjakan solat dan amalan-amalan wajib.

ketika ini, wajarlah pihak kerajaan yang berkuasa kini mengubah corak pemikiran rakyat-rakyatnya mengenai aspek agama rasmi ini dengan lebih serius lagi berbanding perkara lain lebih-lebih lagi dalam bidang sukan tanah air. lebih meruncing pada masyarakat kini, status agama Islam kian dipinggirkan yang boleh dibuktikan dengan kefahaman politik yang langsung tidak berteraskan kepada al-Qur'an dan as-Sunnah namun hanya pandai berkata-kata tetapi hanya...........

akan bersambung.............sambungannya ialah kalian perlu mencari redha Allah itu walaupun terdapat banyak halangan dalam mendapatkan redha-Nya walhal Baginda sendiri sanggup naik turun naik di langit untuk mengurangkan kadar rakaat bagi solat fardhu dan ketika inilah dinamakan juga peristiwa Isra' dan Mi'raj. selamat menghayati dan akan memberi inisiatif kepada kita semua untuk menerokai segala kekuasaan serta Sunnatuallah dalam alam ini.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 18, 2009

Kemanisan Iman

assalamualaikum w.b.t.

di sini, ingin aku kongsikan bersama para pengunjung mengenai bagaimana untuk mendapatkan kemanisan iman dalam kehidupan seharian serta disusuli pula dengan kesannya. dalam masa yang sama, fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiyyah...insya-Allah.

cara-caranya :
  1. cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cinta kepada orang lain
  2. mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
  3. membenci untuk kembali kepada kekufuran
  4. sabar menghadapi ujian dan cabaran
  5. istiqamah dalam mengerjakan ibadah
  6. memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan membaca al-Qur'an
kesan-kesannya :
  1. seseorang itu bertambah rajin melakukan amal ibadah
  2. hati bertambah tenang dan tenteram
  3. wajahnya kelihatan berseri-seri
  4. rezekinya bertambah berkat
  5. sanggup berkorban nyawa dan harta untuk membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan
  6. memiliki semangant jihad yang tinggi untuk mempertahankan agama, bangsa, dan negara
secara keseluruhannya, ayuhlah kita semua menyedari dan menginsafi peranan iman sebagai penggerak utama bagi setiap individu Muslim malahan senantiasa bersedia untuk berkorban demi agama, bangsa, dan negara.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku teks PSI T4

Tuesday, June 9, 2009

Isu Semasa

BI syarat wajib lulus SPM

Oleh Nazura Ngah ( Sumber : Berita Harian, 9 Jun 2009 )
nazura@bharian.com.my


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.

Thursday, June 4, 2009

Tragedi Buruk PCB


Kota Bharu, 3 Jun 2009 – Pada waktu senja, satu kejadian yang tidak disangka sama sekali telahpun berlaku di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan di mana jalan ke tempat kejadian adalah jalan utama untuk ke pusat pelancongan khususnya Pantai Cahaya Bulan yang kini makin bertambah popularitinya. Umumnya, Pantai Cahaya Bulan pada dasarnya dikenali sebagai ‘Pantai Cinta Berahi’. Apabila tampuk pemerintahan diambil alih dan diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) maka namanya telah ditukar seperti di atas. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan nama tempat pelancongan yang diminati ramai tersebut. Maka, era baharu telahpun bermula pada awal tahu 1990-an di mana ia diketuai oleh seorang ulama’ tersohor di Kelantan. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat. Oleh itu, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil melalui kejadian tersebut.

Pertama sekali, kejadian sepeti ini sebenarnya begitu jarang berlaku di sini dan cuma sekali-sekala sahaja pernah berlaku bah besar yang mengakibatkan kebanyakan perumahan di situ rosak teruk. Dalam masa yang sama, kejadian seperti ini amat membahayakan keselamatan penduduk setempat tambahan pula mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah warga emas. Lebih meruncingkan lagi, kejadian ini kemungkinan besar boleh membawa maut jikalau mereka tidak sedarkan diri semasa dilanda angin yang kuat seperti gambar di atas. Selaku penyelidik, sesebuah tragedi yang terjadi perlulah dikaji oleh pihak yang berkenaan agar amaran awal dapat dimaklumkan kepada seluruh penduduk kampung khususnya Jabatan Kaji Cuaca. Sekurang-kurangnya, perkara tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang akan ditempuhi oleh penduduk setempat. Maka, keputusan yang utama terletak pada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan permasalahan seperti ini.

Seringkali kita merasakan bahawa kejadian tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tertentu di sebalik apa yang berlaku itu. Kebiasaannya, kita boleh kaitkannya melalui dua bahagian iaitu ilmu sains mahupun ilmu tauhid dan aqidah. Melalui ilmu sains, kejadian ini boleh dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu melalui tiupan angin monsun dan suhu di sesuatu tempat manakala ilmu agama pula akan dikaitkan dengan yang Maha Pencipta. Ilmu agama lebih kepada tuhan yang mencipta seluruh alam ini kerana Dialah yang berkuasa atas sesuatu pergerakan makhluk-Nya termasuklah alam semesta ini. Hakikatnya, Islam senantiasa mengaitkannya dengan amalan manusia sendiri yang sentiasa bertaqwa dengan Rob-Nya iaitu sama ada mengerjakan amal soleh ataupun melakukan kemungkaran maka secara tidak langsung akan menimpakan bala atas kaum tersebut termasuklah mereka yang tidak berdosa sekalipun.

Ketika ini, kebanyakan penduduk kampung tersebut mungkin sedang bertungkus-lumus untuk bergotong-royonh membersihkan atap bumbung yang rosak dan berlubang agar dapat diperbaiki sebaik yang mampu. Setibanya waktu yang sesuai, insya-Allah mereka akan memperbaikinya dengan lebih baik dan cantik lagi sekiranya mempunyai pendapatan yang mencukupi. Keperluan dan kehendak bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu dari semasa ke semasa amatlah membimbangkan dan memilukan hati yang memandang dan lebih pasrah lagi apabila melihat keadaan keluarganya yang sungguh kelesuan dan kealpaan. Jadi, peranan pihak berkuasa amat diperlukan segera tanpa memberi alasan sedikitpun kerana keadaan kini sudah menjadi kenyataan dan bukan ilusi lagi.

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama berdoa semoga tragedi yang membinasakan diri sendiri ini akan terkubur kelak dan mereka semua mengambil pengajaran lalu bertaubat dengan benar-benar taubat pada yang mentadbir sekalian alam ini. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersembunyi di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun memerlukan ketaqwaan yang tinggi dan dengan izin-Nya baharulah kita dapat melihatnya dengan mata hati. Al-Qur’an sendiri telah menceritakan bahawa banyak perkara yang aneh akan berlaku pada umat akhir zaman ini. Semoga kita semua sentiasa bersedia dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi lalu mengharapkan keberakatan-Nya sentiasa di mana sahaja kita berada.

Konklusinya, marilah kita mencadangkan agar seluruh manusia terutamanya umat Islam agar bersatu teguh untuk menegak ad-Deen Islam seluruh dunia ini tanpa mengharapkan balasan semata-mata dan ganjaran yang berlipat ganda. Meskipun kita masih insan yang kerdil namun tuhan Maha Penyampun selagi ajal kita belum sampai di kerokong dan hari kiamat kelak. Untuk pengetahuan kalian, keampunan Ilahi tidak setaraf dengan kemaafan dengan manusia biasa sedangkan para anbiya’ pun tidak pernah tercicir daripada melakukan kesilapan sama ada kacil atau besar. Malahan, Allah masih memandang pada kemaafan dan kebajikan yang dilakukan oleh para anbiya’. Oleh itu, marilah kita semua mengagungkan keabadian dan kerahmatan Ilahi tanpa mempersoalkan sama sekali.

Monday, June 1, 2009

Menara Gading Menjadi Inspirasi

assalamualaikum w.b.t.

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat-Nya kita masih diberi peluang untuk bermuhasabah diri. hari ini merupakan penggal kedua bagi tahun ini dan juga cuti untuk penggal pertama akan bermula manakala kebanyakan sekolah akan mengadakan beberapa program khas buat mereka yang akan menduduki PMR dan SPM.

pada masa yang sama, sekolah kami akan menganjurkan satu program yang dinamakan perkampungan ilmu musim pertama yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 4 Jun ini. tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar sekalian mengenai teknik-teknik menjawab soalan dan disusuli pula dengan satu slot motivasi bersama penceramah jemputan.

ketika ini, sesetengah para pelajar dan guru juga akan merancang berbagai-bagai aktiviti di samping keluarga tercinta selain daripada memenuhi agenda yang ditetapkan oleh sekolah. apa yang membanggakan kami ialah cuti selama 2 minggu membolehkan sesebuah program yang dirancang akan berjalan dengan lancar lagi menyeronokkan.

keseluruhannya, marilah kita semua memanfaatkan cuti kita dengan segala aktiviti yang akan memberikan impak yang besar pada minda setiap daripada kita sebagai umat Islam. umumnya, Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang penuh dedikasi dalam setiap perbuatan malahan apa yang dicari ialah keredhaan Allah dalam setiap amalan sama ada umum ataupun khusus.

maka dengan ini, bermulalah era baru dalam tahun ini iaitu penggal kedua telahpun bermula beberapa jam yang lalu. kita doakan moga segala amalan kita senantiasa dicucuri rahmat-Nya.

akhir bicara, hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya manakala kita hanya mampu bertekad serta berpasrah atas segala ketentuannya.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Friday, May 29, 2009

Khas Buat Teman Dan Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

assalamualaikum w.b.t.

sempena hari guru, kami di sini ingin melayangkan warkah buat para pendidik yang bijaksana lagi budiman. kami amatlah berbangga dengan para pendidik meskipun gaji yang diterima tidaklah setanding guru kerajaan.

oleh itu, di kesempatan ini jua kami memohon jutaan terima atas segala pengorbanan kalian.

akhir kalam, semoga jasa-jasa para guru diredhai Allah.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, May 23, 2009

Masanya Kian Menghampiri

assalamualaikum w.b.t.

rupa-rupanya, sudah hampir 5 bulan aku di sekolah. maknanya, lebih kurang 2 bulan lagi kami akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. dalam kesempatan ini, saya ingin mewakili semua pelajar tingkatan 5 untuk memohon restu daripada para guru agar merahmati segala wadah yang dicurahkan. kami juga sentiasa mendoakan kejayaan para guru dalam bidang pendidikan amnya.

maka, kami sekali lagi memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. secara tidak langsung, kami mungkin telah melukakan hati sesetengah golongan guru di sekolah. sebenarnya, kami tidak berhajat untuk menyakiti hati kalian tetapi mungkin kami sedang berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi hanya tinggal beberapa bulan untuk menduduki peperiksaan yang besar bagi kami ini.

akhir kata, apa yang baik adalah dari Allah dan yang kurang adalah dari kami sendiri yang masih memerlukan banyak bimbingan.


sekian, terima kasih.

wassalam.

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

assalamualaikum w.b.t.

khas buat para guru di Sekolah Sri Al-Amin Bangi sama ada yang baharu mahupun yang lama. semoga segala ilmu yang dicurahkan itu diberkati.

akhir kalam, semoga jasa-jasa para guru diredhai Allah.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, April 4, 2009

Tika Masih Bernyawa

assalamualaikum w.b.t.

sebenarnya, hari semakin singkat dalam kehidupan kita. mengapa? kita sebenarnya makin menghampiri saat-saat kematian. oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri bersama.

antaranya, aku mahu bicarakan di sini bahawa kita adalah hamba di hadapan yang berkuasa mentadbir fatamorgana ini. apabila kita mengenangkan kisah-kisah dahulu kala, kita akan terbayangkan kisah-kisah baik dan juga buruk. maknanya, dalam kegembiraan itu juga ada pula keresahan di dalam hati.

sememangnya, kita sekadar manusia biasa yang perlu bertekad untuk mencari kebahagiaan dunia malah akhirat. ada pepatah arab berbunyi, " jika seseorang itu mengejar akhirat maka dia akan mendapat kelebihan dunia dan akhirat manakala seandainya seseorang itu mengejar dunia maka kedua-duanya dia tidak akan memperolehnya. "

selebihnya, marilah kita semua memikirkannya sendiri dan berkongsi kisah-kisah menarik mengenai masa yang telah berlalu dan dijadikan pengajaran.

aku sudahi dengan ucapan selamat bermuhasabah sesama kita.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Wednesday, March 11, 2009

Puisi 6

Pendidik Yang Berkaliber

Guru oh guruku;
Ku kutip segala wadahmu,
Ku sanjung segala pengorbananmu,
Ku mencari segala mutiaramu,
Ku tabah atas pemergianmu.

Guru oh guruku;
Bila masa akan kutemuimu,

Bila jarak sudah memisahkanmu,
Bila ilmumu menjadi kenanganku,
Bila qada' dan qadar tetapan Tuhan-Mu.

Guru oh guruku;
Andai kita bertemu lagi nanti,
Andaiku mendapat kejayaan nanti,
Andaiku memperoleh kerjaya nanti,
Andai ini juga hari terakhir kami.

Guru oh guruku;
Biar hari ini terpisah lagi,
Biar ombak menenggelamkan kami,
Biar wajahku menanti senja ini,
Biar akhir kalam menjadi bicara kami.


Sunday, March 8, 2009

PPSMI Perlu Dibanteraskan Serta Merta

assalamualaikum w.b.t.

sebagai anak kelantan dan juga warganegara malaysia turut berasa amat kecewa yang amat sangat ketika kerajaan hanya memandang sebelah mata mengenai pendidikan yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini. fikirlah suatu hari nanti, kita semua akan merana disebabkan pemimpin kini sudah tidak lagi mementingkan kebajikan rakyat serta kemudahan sedia ada yang dikurniakan allah. sewajarnya kita turut membangkang dengan segala bentuk termasuklah perhimpunan beramai-ramai demi mempertahankan anugerah yang telah dikurniakan.

sebenarnya, tradisi dan adat sesuatu bangsa perlu diterapkan hingga ke hari ini malahan kita perlu memartabatkan apa yang diajar sejak nenek moyang kerana itu satu adat warisan yang perlu dipelihara hingga ke hari ini. namun demikian, pemimpin kini sudah hilang arah tuju dalam mentadbir serta mendidik anak bangsa sendiri. ingin aku tekankan bahawa ini bukan atas dasar politik semata-mata tetapi ini hak kita sebagai hamba allah. sebaik-baiknya, kita adalah harapan kepada negara jadi bahasa ibunda perlulah dititikberatkan sama sekali agar ekonomi kita terus maju.

saat ini juga, seluruh rakyat telahpun berkecimpung dalam satu perarakan ke istana negara dengan tujuan bahasa melayu dikembalikan dalam pembelajaran sains dan matematik dan agak membanggakan sasterawan negara turut bertekad untuk mengembalikan semuanya kepada bahasa ibunda. a samad said telahpun menyuarakan dengan nada tegas bahawa kita boleh mengajar kerajaan dengan tidak mengundi mereka dalam pilihan raya kelak. semua ini adalah gara-gara sikap mereka yang terlalu mengejar kemewahan dan sudah melupai kederitaan rakyat di bawah.

oleh itu, cukuplah setakat ini dahulu celotehku sempena ulangtahun hari jadiku yang ke-17.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, March 7, 2009

Amani - AMAR (Buat Wanita Solehah)



Selamat menghayati juga !

Far East - Harga Sekuntum Cinta



Selamat mentafsir dengan baik !

Keadilan Seharusnya Ditegakkan

assalamualaikum w.b.t.

ingin aku bicarakan mengenai suatu kejadian yang sememangnya menjadi satu sensitif pada diriku. dalam keadaan begini, aku hanya sekadar bersabar sahaja dengan tuduhan yang diterima daripada banyak pihak tertentu. oleh itu, aku hanya sekadar menegur kembali mereka yang menuduh aku bukan-bukan dengan memberi alasan yang munasabah.

apabila difikirkan, tuduhan adalah satu cara untuk mereka menjatuhkan air muka kita di khalayak ramai tanpa bukti yang sukar disangkal. aku turut hairan, mengapa sesekali aku ingin rapat dengan seseorang akan timbul satu kontrovesi antara kami berdua khususnya tapi mungkin satu ujian untuk diri aku ini yang memerlukan satu dorongan ketika dalam keadaan sebegini.

rasanya, cukup dahulu sekadar ini perkongsian kita bersama.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Thursday, March 5, 2009

Apabila Terpisah Jauh

assalamualaikum w.b.t.

kini aku seringkali dalam keadaan kesepian di kala ingin mencari kebahagiaan. ayahanda tercinta telah hampir seminggu bermalam di hospital. dalam masa yang sama, aku terpaksa mencari jalan dalam menyelesaikan konflik ini sebagaimana yang telah aku rancangkan sebelum ini supaya aku tidaklah terlalu bosan. maka, aku mengambil keputusan untuk menghabiskan masa dengan ulangkaji dan sekali-sekala melayari internet.

jika direnungkan kembali, ibu dan bapa merupakan satu-satunya anugerah serta nikmat yang benar-benar mengasihi kita sedangkan kita masih lagi di awan-awangan. sebenarnya, mereka sentiasa memikirkan yang terbaik untuk kita sebagai anaknya. ada guruku mengatakan bahawa perlu banyak bersabar dalam menempuhi dugaan ini, kata beliau, " apa-apapun terjadi pada ayahku, perlu banyakkan berdoa dan pasrahkan segala-galanya pada yang berkuasa ".

sebelum berundur, selaku penulis benar-benar berbesar hati dengan pihak sekolah yang merelakan diri untuk meneruskan solat hajat di kala aku berada di padang khasnya pihak pelajar perempuan yang sanggup melawan kepenatan semata-mata untuk mendoakan kebahagiaan ayahanda.

akhir kalam, segala pertolongan itu semoga mendapat balasan yang setimpal di akhirat kelak.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, February 7, 2009

Puisi 5

Tibanya Hari Kemusnahan

Ambang kengerian kian hampir,
Manusia masih lagi kucar-kacir,
Di mana harusnya kita bertebar,
Masjid ke kelab malam jadi tamar.

Kemusnahan itu suatu keadilan,
Haruskah kita disaksikan Tuhan,
Yang Esa sentiasa mengharapkan,
Mereka yang celaka itu kegagalan.

'Izrael datang tanpa amaran,
Mereka datang untuk tujuan,
Berdoalah tika sudah keinsafan,
Hanya Allah saja akan ampunkan.

Kini sudah dewasa hakikatnya,
Renungilah segala kesilapan kita,
Setibanya hari kemusnahan sebenarnya,
Tiada lagi taubat akan diterima-Nya.


Sekapur Sirih Buat Pembaca

assalamu'alaikum w.b.t.

bulan ini adalah bulan yang kedua dalam Hijriah mahupun Masihi. sebenarnya, perbezaan yang begitu ketara dapat dilihat ketika seseorang itu menyambut ulang tahun hari jadinya dalam setiap tahun. dalam Islam, terdapat beberapa bulan yang melimpah-ruah ganjarannya malahan Ramadhan adalah bulan yang sememangnya dipenuhi barakah. namun, kalendar Masihi lebih diberi perhatian kerana mereka menganggap bahawa itulah satu-satunya tarikh dan waktu yang sempurna berbanding yang lain terutamanya dalam menyambut ulang tahun hari jadi.

dalam usia kini, kitab-kitab Islam kian dipinggirkan dan seolah-olah generasi muda telahpun dimegah-megahkan dengan tarikh Masihi. jadi, bulan-bulan Islam tidak lagi menjadi relevan seperti zaman Baginda serta para sahabat yang sanggup bermati darah dalam memperjuangkan agama Allah. maka, segala kenikmatan Allah pada ummatnya telahpun pudar kerana kita sendiri telah menyebabkan agama barakah ini telah dimain-mainkan oleh golongan Yahudi La'natuallah.

konklusinjya, keberkatan itu hadir pada mereka yang benar-benar bersyukur dengan keesaan dan anugerah yang dikurniakan oleh-Nya. keseluruhannya, marilah kita menegakkan kembali agama nabi kita dengan penuh kesungguhan dan ketabahan.

sekian, terima kasih.

wassalam.

' Imbasan Ilhamku '

assalamu'alaikum w.b.t.

sebenarnya, hampir sebulan sudah aku menggunakan alamat baharu untuk blogku ini. kini, aku sedang mencari kisah-kisah yang menarik agar dapat dinikmati bersama para pembaca sekalian. apa-apapun sebenarnya, cukuplah sekadar imbasan ilhamku yang akan menerangi seluruh kegelapan dalam masyarakat kini.

harapanku pada lembaran kali ini agar lebih memberi gambaran umum mengenai permasalahan dunia Islam setelah berkurun lamanya yang pernah bertakhta sehingga 2 per 3 dunia sekaligus. aku selaku penulis buat kali ini, pembacaan bahan ilmiah selain al-Qur'an dan as-Sunnah begitu membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah melainkan ajal maut.

baiklah, para pembaca yang budiman dan diredhai Allah, aku ingin luahkan segala-galanya namun takdir tidak memberikan aku untuk sentiasa aktif dalam menyiapkan sesuatu bahan itu dalam masa terdekat seperti ini. akhir kalam, aku akan terus-menerus untuk menyebarkan segala kebaikan berdasarkan pengalaman mahupun pembacaan dari segala aspek umumnya.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Friday, February 6, 2009

Sunday, February 1, 2009

Februari Sudah Bermula

assalamu'alaikum w.b.t.

bersyukur kepada Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. hari ini sudahpun memasuki bulan Februari. bagi aku, masa kian kesempitan andai aku belum benar-benar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan tiba sekitar bulan 11 kelak. sebagai langkah awal, aku berusaha untuk mengurangkan penggunaan komputer termasuklah mengemas kini laman ini. aku memohon maaf kepada para pembaca kerana bahan-bahan yang ingin dikongsikan mungkin akan dikurangkan dari semasa ke semasa.

pada bulan ini juga, sekolah akan mengadakan beberapa kali latihan sukan malahan kelas tambahan akan bermula pada hari Isnin dan Khamis tetapi sepanjang latihan sukan kelas tambahan hari Isnin akan ditunda sehingga latihan tersebut selesai. aku juga bercadang ingin menyusun masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat ketika masa lapang.

akhir kalam, doakan kami semua semoga berjaya di dunia dan akhirat. segala yang baik adalah dari Allah manakala yang buruk hadir dari kesilapan kami sendiri. benarlah kata pepatah, ' rambut sama hitam tetapi hati lain-lain '.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Sunday, January 25, 2009

Ujian Allah Terhadap Ummah-Nya

assalamu'alaikum w.b.t.

bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih berpeluang untuk menghirup udara segar di muka bumi ini. pada masa yang sama, aku juga berharap tahun yang baharu ini akan meningkatkan lagi prestasi aku dalam menulis pelbagai bahan ilmiah agar boleh dibincangkan dengan lebih relevan lagi.

maka, aku sebenarnya ingin menyelitkan beberapa perkara dalam tahun yang baharu ini. antaranya, isu semasa; rencana; cerpen; dialog; dan juga perbincangan. andai kata saudara mahupun saudari sedang membacanya, selaku penulis mengharapkan segala komentar yang terbaik.

akhir bicara, harapan yang ingin aku katakan adalah kejujuran seseorang itu dalam menegakkan agama Islam adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah s.w.t.

selamat membaca !

sekian, terima kasih.

wassalam.

Kita Adalah Khalifah

assalamu'alaikum w.b.t.

khalifah boleh ditafsirkan sebagai pemimpin. sebenarnya, setiap daripada kita adalah pemimpin dan lebih jelas lagi bahawa buktinya terdapat dalam al-qur'an. ketika bumi palestin sedang diserang, kita sepatutnya membantu dari segi rohani dan jasmani. antara cara yang mampu dilakukan ialah dengan mengerjakan solat hajat dan berdoa dengan penuh pasrah.

pada masa yang sama, mereka yang bergelar pelajar juga boleh dikaitkan sedikit sebanyak dengan pengertian khalifah ini. bagi saya, kita sebagai pelajar perlu bertekad untuk mendisiplinkan diri dalam proses pembelajaran seharian selain mengharapkan barakah. maka, insya-allah hasilnya akan setimpal dengan usaha yang kita kerjakan itu.

akhir kalam, semoga segala amalan yang dilakukan akan diterima serta mendapat manfaat sama ada dalam masa terdekat mahupun akan datang.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Monday, January 12, 2009

Palestin Makin Dikhianati

Salam sejahtera kepada semua, bumi Islam merupakan amanah kepada umat Islam sebenarnya. Maka, marilah kita menghayati nasyid ini dengan penuh keimanan. Marilah kita bermunajat agar bumi Gaza akan terus dinaungi oleh orang Islam.Takbir!





Selamat Menghayati!
Wassalam.

Wednesday, January 7, 2009

Ayat Hafazan Pendidikan Al-Qur'an dan As-Sunnah

Surah As-Sajjadah



Amar - Sahabat

Nasyid ini sebagai lagu tema dalam persahabatan kerana Allah khususnya untuk tahun ini.

Sekolah Telah Dibuka Kembali

Minggu ini merupakan minggu pertama sesi pertama bagi tahun 2009. Sebagai acara tradisi, sekolah telahpun mengadakan program orientasi pada hari Isnin dan Rabu. Tema yang diberikan ialah " Orientasikan Dirimu " dan pada masa yang sama tema tersebut mempunyai maksud yang dalam walaupun hanya ringkas dan padat. Malahan, program tersebut diserikan lagi dengan cabutan bertuah sebagai iklan.

Secara kesuluruhannya, program yang dijalankan berjalan dengan begitu lancar dan meriah sekali. Keadaan menjadi agak kecoh ketika Johan dan Naib Johan bagi program suai kenal diumumkan semasa acara penutup bagi tahun ini.

Pada pandangan aku, tahun ini merupakan tahun yang menentukan masa depan kerana SPM hanya tinggal lebih kurang 10 bulan lebih lagi. Jika mengikut kiraan Percubaan SPM, kami hanya mempunyai hanya lebih kurang 7 bulan lagi. Bagi aku, Percubaan SPM amat penting supaya dapat mengisi borang permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti Jordan. Kenyataan tersebut telah disahkan sendiri oleh salah seorang guru di sekolah.

Tuesday, January 6, 2009

Puisi 4

SELOKA 4 IBN-KHALDUN 2008/2009

Gurunya manis berkeretakan Innova,
Masih baharu lagi di sekolah kami,
Guru bahasa Inggeris di kelas kami,
Mlmh.Norlidalah jua guru kelas kami.

Sikapnya tegas seperti komando,
Beliau adalah jaguh kelas kami,
Wataknya periang setiap hari,
Muhammad namanya diberi.

Orangnya pemalu seperti daun semalu,
Berkaca mata tampak menawan sekali,
Penolong ketua kelas di dalam kelas kami.
Nama yang dikenali ialah Saudari Hanisah.

Sekolah kami ada SPPM,
Setiap kelas ada mentor,
Mentor 4IK amat peramah,
Beliaulah Mlmh.Marhamah.

Mereka ini sentiasa berada dalam berkumpulan,
Amir, Fathor, Hafizan, Muadz, Nawawi, Shakir,
Mereka adalah penghibur lara di kelas 4IK,
Tiada mereka maka tiadalah keceriaan 4IK.

Mereka duduk sebaris malahan semeja,
Dua berkaca mata seorang pula tidak,
Adneen dan Hajar yang berkaca mata,
Fitri pula masih terang pancaran matanya.

Sentiasa petah berbicara di dalam kelas,
Orangnya manis seperti madu lebah,
Orangnya memang tegas sekali di 4IK,
Inilah dia Aliyah, Hanim, Nadhirah,
Sarihah, Suhailah.

Orangnya ceria tidak terkata di mulut,
Dialah pelajar harapan antara guru-guru,
Pergi dan pulang bersama Proton Saga,
Siapa lagi kalau bukan Abdul Salam.

Pemuda ini sungguh berhati-hati,
Kadangkala berkeadaan tegas sekali,
Beliau juga diam-diam ubi berisi,
Marwan, Sayyaf, Yunus itulah mereka.

Asyik bersama walau ke mana sahaja,
Ikatan ukhwah pegangan mereka sesama,
Meskipun air dicincang ia takkan putus,
Merekalah Athif, Izzuddin, Naim, Faiz.

Saturday, December 13, 2008

Hari Raya Haji

Umumnya, Hari Raya 'Idul Adha ataupun lebih dikenali juga dengan nama Hari Raya Korban kerana pada hari tersebut kebanyakan umat Islam di seluruh dunia akan mengorbankan sekurang-kurangnya seekor binatang ternakan yang cukup umur. Sejarahnya bermula ketika Nabi Ibrahim telah mendapat wahyu supaya menyembelihnya anaknya Nabi Ismail. Dari situ, kita dapat melihat bahawa ayahnya Nabi Ibrahim begitu taat dan patuh pada pencipta-Nya meskipun itu adalah anak kesayangannya. Maka, bermulalah amalan melakukan korban di seluruh dunia-dunia Islam yang telah disampaikan melalui pelbagai bentuk.

Secara keseluruhannya, proses menjalankan ibadah korban dapat dijadikan iktibar kepada kita sebagai umat Islam kerana ia memerlukan suatu pengorbanan yang besar dalam kehidupan. Sebagai seorang pelajar muslim, kita perlu mengorbankan masa demi mencapai cita-cita kelak. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengorbankan jiwa dan raga demi memperjuang din Islam suatu hari nanti.



Thursday, December 4, 2008

Brothers - Teman Sejati

Sebenarnya, ingin aku tujukan nasyid ini pada seorang teman karib aku yang bernama Abdurrahman Naufal bin Mohd.Hatta. Semenjak aku mengenalinya ketika di tingkatan 2, beliau banyak mengajar aku mengenai kehidupan. Aku bersyukur sangat kerana Allah telah pertemukan aku dengannya. Bagi aku, beliaulah antara yang terbaik dalam kehidupan aku malahan hanya beliaulah yang boleh membuatkan aku tersenyum lebar sehingga sukar untuk diberhentikan. Andai beliau membaca artikel ini, diharap saudara dapat menerima aku seadanya. Hanya Allah sahaja yang tahu mengenai keakraban kita.

Rumahku Ditimpa Bencana

Gambar banglo di atas merupakan rumah kebanggaan aku kerana di sinilah aku mengenal erti kehidupan yang sememangnya penuh dugaan. Setelah aku dilahirkan ke muka bumi ini, rumah ini hampir siap sepenuhnya di bawah rekaan ayah aku sendiri. Malahan, aku bangga dengan kekreatifan ayah aku dalam mereka cipta rupa bentuk rumah ini. Tahun ini genaplah 15 tahun rumah ini bertapak di Kubang Kerian. Aku berasa begitu bersyukur kerana rumah tersebut terbina sebaris dengan masjid. Memang strategik sekali di mana letaknya rumah ini, ayah aku sememangnya bijak mencari tempat yang sesuai supaya boleh membina sebuah mahligai kebahagian kami semua. Cuma, kini aku jarang pulang ke sana kerana aku masih menetap di negeri lain. Kami masih berada di negeri Selangor untuk menyempurnakan tugas masing-masing. Kemungkinan aku akan menetap di sini ketika ayah aku sudah bersara dari bekerja dan aku pula habis belajar.

Sejak akhir-akhir ini, rumah yang aku cintai ini telah hampir dimasuki oleh seorang penagih dadah. Pada masa kejadian, nenek aku sedang tidur dan tiba-tiba ada tangan yang menjolok masuk melalui tingkap. Lalu, nenek aku dengan keadaan cemas terus menjerit menunjukkan reaksi ketakutan. Sejurus kemudian, jiran-jiran sebelah terus mengejar penagih dadah tersebut namun gagal untuk menangkap kembali. Cuma nenek aku berasa lega kerana beg tangan yang diambil itu tidak mempunyai sebarang barang kepentingan termasuklah kad pengenalan. Dalam minggu yang sama, satu kejadian lagi telah berlaku iaitu banjir melanda rumah aku. Tapi, aku bersyukur kerana banjir itu tidak masuk ke dalam rumah tetapi hampir naik ke anak tangga.

Sebenarnya, sudah lama aku tidak pulang ke sana sejak hari raya puasa sebelum ini. Oleh itu, aku akan pulang ke sana untuk menyambut hari raya haji pula pada hari Sabtu jika keadaan banjir di sana kian pulih sepenuhnya. Aku berasa sedikit kecewa kerana pada tahun hadapan aku mungkin tidak berpeluang untuk pulang berkali-kali kerana aku bakal menduduki peperiksaan SPM. SPM jugalah akan menentukan arah tuju aku pada masa akan datang kelak. Aku bercadang untuk menyambung belajar di Jordan mahupun UIA dalam jurusan bahasa Arab dan syari'ah.

Wednesday, December 3, 2008

Hanya Setahun Lagi Aku Di Sini

Sekolah Islam al-Amin Bangi merupakan tempat pertama aku mengutip segala mutiara yang bercahaya. Di sini, aku telah ditarbiyahkan oleh didikan agama yang menyeluruh. Aku berasa bersyukur kerana aku dihantar ke sini dengan pelbagai tujuan. Apa yang aku betul-betul bersyukur ialah aku berjaya mengkhatam al-Qur'an beberapa kali sejak di bangku sekolah lagi. Antara guru yang aku sukar lupakan ialah Mlm.Shamsul dan juga guru-guru yang lain. Andai kata aku tidak berada di sini, mungkin aku masih terpinga-pinga untuk mencari kebenaran di alam yang kian bermasalah dari sehari ke sehari. Inilah tempat yang aku cari.

Kini aku hampir meninggalkan bangunan tiga tingkat di sebelah aku ini kerana hanya lebih kurang setahun lagu aku akan berada di sana. Sebenarnya, aku dan rakan-rakan seperjuangan akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan. Tahun ini aku berada di kelas 4 Ibn-Khaldun bagi aliran sastera ikhtisas. Selama 10 tahun aku di sini, banyak kenangan pahit aku di sini kerana aku telah melalui banyak pengalaman termasuklah boleh belajar di dua bangunan sekolah menengah yang baharu. Gambar di sebelah adalah bangunan kedua yang terletak di tepi padang yang terbentang luas.

Pada masa yang sama, sekolah ini dilengkapi dengan sebidang tanah yang luas untuk dijadikan sebagai padang bola sepak. Segala aktiviti kokurikulum menjadi lebih senang setelah adanya padang yang menghijau mewarnai pemandangan yang menarik dari tingkat atas. Kini, sekolah kami sudah ditumbuhi berbagai-bagai rumah dan kedai yang tumbuh seperti cendawan yang segar. Sekolah aku terletak jauh sedikit dari bandar-bandar kerana sekolah kami terletak di kawasan kampung. Namun, sekarang sudah banyak perubahan yang berlaku seperti jalan raya diperluaskan malahan bertar hitam. Begitu kagum aku dapat belajar di sini.

Secara kesuluruhannya, sekolah ini sememangnya menjadi kebanggaan semua pelajar di sekolah tersebut kerana apa yang mereka harapkan telah menjadi satu kenyataan. Ramai produk telah berjaya dikeluarkan melalui sekolah yang pelajarnya agak bertambah dari tahun ke tahun. Buktinya, bangunan sekolah menengah terpaksa ditambah pada tahun 2007 disebabkan kebanyakan ibu bapa mendaftar di situ kerana mereka mengharapkan anak mereka menjadi antara anak yang soleh dan solehah malahan boleh membimbing orang lain pula di luar sana. Semoga sekolah ini menjadi kenangan terindah dalam kehidupan aku yang makin pancaroba ini.





Tuesday, December 2, 2008

Puisi 3

Siapakah Aku Dipandangan-Mu

Tuhan,
Siapakah aku dipandangan-Mu,
Sudah banyak dosa-dosa ku ini,
Aku sudah buntu sebenarnya,
Hanya pada-Mu aku bertaubat.

Tuhan,
Andai aku terlanjur,
Bantulah diri aku ini,
Aku masih mencari-Mu,
Aku masih di awanan.

Tuhan,
Mulai saat ini juga,
Aku akan mula muhasabah,
Agar Engkau ampunkan,
Hanya pada-Mu aku pasrah.

Friday, November 14, 2008

Gambar sekitar KRTC















Program Cuti Sekolah - 3 Hari 2 Malam di KRTC

Pada tanggal 11 November 2008, pelajar-pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi telah mengadakan satu program tarbiah di Kalumpang Resort & Training Center yang terletak di antara Selangor dan Perak. Sebenarnya, tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan, disiplin dan mengeratkan ukhuwah antara pelajar.


Pada masa yang sama, program ini juga disertai oleh mentor-mentor SPPM masing-masing. Mereka semua akan mentaksir menti-mentinya untuk direkodkan dalam buku SPPM setiap pelajar. Jadi, mereka akan lebih masak dengan sikap dan tingkah laku anak-anak mentinya yang pelbagai itu. Benarlah kata pepatah ‘ Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain’ dan ‘ Banyak manusia maka banyaklah ragamnya’.


Pada hari pertama, antara aktiviti yang mula-mula sekali ialah Solat Asar berjemaah. Justeru, tazkirah yang berjudul ‘ Takut pada Allah ’ yang disampaikan oleh Saudara Mohd. Hafizan. Apa yang menarik dalam tazkirah tersebut ialah apabila beliau menceritakan sebuah kisah yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Selepas itu, kami semua diajak untuk makan petang di kantin dan ada antara kami yang pergi mandi sungai.


Hari seterusnya, kami semua memulakan aktiviti qiam bersama-sama. Kemudian, kami pun membuat sedikit senaman dan baharulah kami bersarapan. Beberapa jam kemudian, kami telah bermain satu ‘ game ’ yang dianjurkan oleh Mlmh. Roslina. Permainan tersebut agak menguji keakraban antara kami kerana ianya memerlukan kesanggupan untuk menyampaikan sekeping biskut dari bibir ke bibir. Di sinilah menunjukkan adakah ukhuwah sesama kita benar-benar akrab.


Pada hari yang sama, aku mengalami dua kemalangan yang agak menyakitkan. Pertama sekali, aku telah ditolak oleh arus sungai yang agak deras. Aku telah tersilap langkah lalu aku terus tergelincir di batu-batu yang licin sebelum ditolak oleh arus-arus sungai yang sedang mengalir. Aku bernasib baik kerana terdapat batu besar di tengah-tengah sungai tersebut yang membolehkan aku bertahan dari terus ditolak. Oleh sebab itu, badan aku terus berasa lenguh-lenguh akibat bertahan dari arus-arus yang mengalir kuat itu.


Kemalangan yang berikutnya adalah lagi mencemaskan dari yang mula-mula tadi. Pada waktu tengah hari, kami beramai-ramai ke sungai untuk menyejukkan badan. Pada mulanya, kami mandi-manda seperti biasa di tengah-tengah sungai. Pada ketika itu, Hafizan ingin mengajar aku untuk berenang tetapi aku menolak pada mulanya. Tetapi, aku terfikir bahawa aku telah menghampakan kesungguhan beliau untuk mengajar aku berenang maka aku pun sanggup untuk diajar kembali. Di situlah satu kisah yang agak membanggakan apabila aku diselamatkan oleh seorang sahabat bernama Hafizan kerana aku telah lemas pada ketika itu. Bagi aku, inilah pengalaman pahit manisku di sini kerana beliau sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi keselamatan aku.


Secara kesuluruhannya, program seperti ini banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Selain itu, erti kesetiaan yang perlu dititikberatkan dalam persahabatan seseorang. Kesimpulannya, kita perlulah berukhuwah kerana Allah untuk mendapatkan keredhaan dari-Nya.








Friday, October 31, 2008

Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya








Peperiksaan Akhir Tahun

Assalamu'alaikum.

Bulan ini adalah bulan peperiksaan akhir tahun untuk tahun ini. Oleh itu, aku perlulah mengulangkaji pelajaran pada minggu tersebut. Apa yang aku harapkanlah agar boleh jawab peperiksaan itu dengan tenang. Moga aku dan rakan-rakan memperoleh keputusan yang terbaik kelak.


Kepada sesiapa yang membaca isi kandungan ini, doakanlah kejayaan kami semua.




Wassalam.

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa