Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, January 13, 2010

MOHD NAZREE YUNUS: Bertanggungjawab dalam jaga integriti agama


Mohd Nazree Yunus  



Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia) menyeru agar semua pihak pelbagai agama termasuk pimpinan parti-parti politik tidak mempolitikkan isu agama termasuk isu penggunaan kalimah Allah.





Agama tidak boleh dipolitikkan secara khianat namun kita harus menggunakan pendekatan dan nilai keilmuan yang wujud dalam agama untuk menangani masalah yang berlaku melibatkan pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh sebuah majalah terbitan pihak Kristian. Dengan kaedah ini maka imej dan integriti agama dan pengamal agama dapat dikekalkan.





Gerak bimbang jika isu ini dipolitikkan untuk tujuan sempit sesetengah pihak termasuk menyalahgunakan penggunaan kalimah Allah maka integriti agama bagi agama-agama yang terlibat dalam pertikaian ini akan terjejas.





Gerak menggesa agar seluruh rakyat yang menganuti agama Islam dan Kristian bertenang dan tidak menimbulkan ketegangan agar isu penggunaan kalimah Allah ini tidak menjejaskan integriti agama masing-masing.





Mana-mana pihak yang sengaja mempolitikkan isu ini secara khianat sama ada oleh pengamal agama mahupun ahli politik adalah secara tidak langsung menjerumuskan diri mereka untuk meletakkan nilai integriti agama mereka pada tahap yang rendah. Ini tidak dibolehkan oleh mana-mana agama sekalipun.





Bagi kumpulan yang ingin mempertahankan tindakan mereka pula perlu untuk merujuk kepada fakta-fakta atau dalil-dalil yang terdapat di dalam ajaran agama masing-masing untuk meletakkan kembali isu ini pada tahap yang sebenar.





Tindakkan untuk cuba memanipulasikan dalil-dalil agama bagi tujuan jahat tertentu juga adalah tidak dibenarkan dan ini sememangnya jelas terkandung dalam ajaran Islam.  Dalam aspek yang lain, tindakan mempertahankan agama tanpa hujah yang berkesan juga akan menimbulkan kekeliruan terhadap kelompok masyarakat yang lain.





Gerak ingin menegaskan agar semua pihak bersedia untuk bertoleransi secara bertanggungjawab agar isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan secepat mungkin bagi memelihara nilai integriti dan kesucian agama.





Toleransi ini wajar dikembalikan kepada nilai keilmuan yang wujud dan juga dinisbahkan kepada kondisi suasana dakwah di Malaysia.





--------------------------------


Penulis adalah Pengerusi Gerak Malaysia

Eye on disita,berapa duit rakyat hangus?


Sofi Wahab  
Walaupun Eye On Malaysia telah disita kira-kira seminggu lalu tetapi sehingga kini tiada penjelasan konkrit mengapa ianya disita dan berapa kerugian yang ditanggung oleh pihak terbabit.

Roda gergasi atau lebih dikenali Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang dibawa ke Melaka lebih setahun lalu, disita pihak berkuasa minggu lalu.

Peristiwa ini benar-benar memalukan negeri Melaka disaat Melaka dikatakan menjadi negeri maju pada tahun ini.

Sehingga kini kerajaan negeri Melaka masih gagal memberikan penjelasan yang konkrit mengapa ianya disita dan berapa kerugian yang dialami oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Tindakan menyita Eye On berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda gergasi berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambilnya balik dari Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik roda itu di Melaka.

Arahan menyita dan mengambil alih roda berkenaan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu.

Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Eom, Mahadzir Yunus di tapak roda gergasi terbabit minggu lalu.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Roda itu kemudian dibawa ke Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.
Malangnya syarikat berkenaan gagal membayar hutang kepada pemilik asal Eye On.

Terbukti projek ini menanggung kerugian sehingga hutang Eom gagal membayar hutang. Oleh itu rakyat negeri Melaka berhak untuk mengetahui mengapa syarikat Eom gagal membayar hutangnya.
Adakah disebabkan produk pelancongan gagal menarik pelancong mengunjunginya atau adakah terdapat penyelewengan sehingga hutang tidak dapat dibayar.

Rakyat sudah pasti ingin mengetahui kedudukan kewangan syarikat ini dan punca ianya gagal membawa keuntungan. Jumlah wang rakyat yang dilaburkan melalui Kumpulan Melaka Berhad untuk membawa dan mendirikan Eye On Malaysia bukannya sedikit.

Kerajaan negeri Melaka mesti memperincikan berapa jumlah pelaburan KMB dan berapa kerugian terkumpul setakat ini. Rakyat sudah tentu tidak mahu kerajaan negeri lepas tangan begitu sahaja.

Kegagalan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri dan agensinya sekali lagi gagal menguruskan kewangan rakyat dengan baik sehingga ianya merugikan rakyat.

Ini bukanlah pertama kali syarikat yang berkaitan dengan kerajaan di sita oleh pihak berkuasa. Sebelum ini pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pernah disita pada tahun 2006 berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta.

Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

ISA ?!

Johar   
Terdapat gesaan daripada banyak pihak yang meminta Menteri Dalam Negeri mengenakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang terlibat serangan terhadap gereja, 
Soalnya kenapa perlu ISA terhadap mereka yang terlibat dalam kes serangan dan membakar gereja?,

Apakah perlu ISA digunakan bagi membenteras anasir jahat ini? Adakah kita tidak percayakan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Paling penting ialah siasatan rapi dari pihak polis bagi mencari bukti kukuh untuk mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 

Kerajaan perlu menyiasat serangan ke atas gereja bagi membolehkan pihak terbabit diidakwa di mahkamah, bukannya menahan mereka di bawah ISA.

Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sekiranya kerajaan berkeras juga untuk mengenakan ISA ke atas pihak yang terlibat dengan serangan ke atas gereja, ianya memperlihatkkan kegagakan proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terutama dalam mengemukakan bukti.

"Kerajaan tidak boleh mengambil jalan mudah dan rakyat tidak harus diugut dengan ISA sedangkan penyiasatan boleh dillakukan, pendakwaan dan pihak yang tertuduh ada saluran membela diri," katanya saperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan 12 Januari lalu.

Rakyat mahu mereka yang melakukan jenayah itu di bawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama mereka yang dituduh diberikan peluang membela diri. 

Dalam Islam pun jika berlaku kesalahan, mereka yang dituduh di mahkamah diberikan peluang membela diri.

Rakyat berharap kerajaan 1 Malaysia juga akan memberikan peluang membela diri kepada pihak yang tertuduh untuk membela diri, bukannya menahan mereka tanpa diadili dan dibicarakan. Kerajaan perlu rasional dalam menghadapi kes ini.

Dalam soal ini, apakah ISA boleh menyelesaikan masalah yang ada kini, iaitu serangan terhadap gereja. Adakah ini kaidah terbaik yang diambil oleh kerajaan? 

Bagi Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, menegaskan ISA tidak akan membantu menyelesaikan masalah.

"Jika niat menggunakan ISA , sebenarnya kerajaan mengulangi kesilapan dengan menzalimi hak asasi manusia yang ditahan tanpa perbicaraan," katanya.

Kerajaan sewajarnya tidak terpengaruh dengan desakan pelbagai pihak untuk menggunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini. Biarkan pihak polis membuat siasatan. Jika benar mereka yang terlibat melakukan kesalahan, bawa ke mahkamah untuk diadili.

KIta pun bimbang bila ada sahaja kejadian yang tidak disenangi, Menteri Dalam Negeri cepat cepat melatah untuk menggunakan ISA. Sikit sikit ISA, sikit sikit ISA. 

Kita pun naik bimbang, Ada orang nantinya fobia dengan ISA. Rakyat pun boleh jadi fobia dengan ISA. Kita berharap senjata ISA ini tidak digunakan sewenang wenangnya.

Fikit fikirkanlah adakah ISA jalan penyelesaian terhadap kes ini? . Atau kita ada pilihan lain untuk menghentikan perbuatan pihak yang tidak bertamadun di negara ini.

Lawat gereja kerna simpati - Tok Guru MB KEL.

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 12 Jan: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kesediaan melawat beberapa gereja di Kuala Lumpur baru-baru ini kerana simpati penganiayaan yang dilakukan.

Beliau berkata, kunjungan ke gereja yang terbakar kerana dikhianati sama seperti menziarahi orang yang sakit.

“Islam mengajar umatnya bersimpati terhadap orang teraniaya seperti kejadian membakar gereja di beberapa tempat di Lembah Klang baru-baru ini.

“Perbuatan itu sememangnya tidak boleh diterima oleh Islam kerana menggunakan kaedah kekerasan,” katanya ketika ditemui pemberita sekembali dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, hari ini.

Baru-baru ini Menteri Besar Kelantan melawat tiga gereja di Kuala Lumpur termasuk  Gereja Katholik Assumption, Jalan Assunta dan Gereja St Francis Xavier di Jalan Gasing bagi melihat dari dekat kesan kerosakan akibat dikhianat pihak tidak bertanggungjawab.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pihak terbabit sehingga merosakkan rumah ibadat orang bukan Islam.

“Saya pergi kerana rasa simpati terhadap mereka yang teraniaya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatannya ke gereja hanya boleh dijadikan isu kepada mereka yang berfikiran sempit.

“Sebelum ini pun saya pernah melawat kuil Hindu dan Buddha di Tumpat beberapa kali. Sami-sami Buddha juga datang ke pejabat saya,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lawatan tersebut secara tidak langsung dapat menterjemahkan keindahan Islam kepada golongan bukan muslim.

Kenyataan Tentang Serangan Gereja

Blogs Category
Saya mengutuk tindakan tidak bertoleransi ini dan yang lain sepertinya. Insiden-insiden keganasan atau tindakan mengancam, bermotivasikan perbezaan agama, sosial atau politik, adalah satu ancaman terhadap keharmonian dan kestabilan negara kita. Semua rakyat Malaysia berasa terkejut dengan tindakan sebegini dan saya mengutuk sekeras-kerasnya mereka yang bertanggungjawab.
Peristiwa ini yang cuba memecah-belahkan kita, dan yang lain-lain seumpamanya, tidak mewakili Malaysia ataupun Islam. Mereka tidak mewakili keluarga kita, masyarakat kita, atau usaha yang telah kita lakukan dalam mengukuhkan 1Malaysia.
Siasatan ke atas perkara ini telah dimulakan, dan mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.
Pihak polis telah diarahkan untuk memperketatkan keselamatan di tempat-tempat ibadat termasuk gereja-gereja bagi memastikan tiada lagi keganasan berlaku. Kita tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku sekali lagi di mana-mana tempat beribadat.
Malaysia berbangga dengan sikap saling menghormati di antara agama dan menggunakan saluran-saluran yang aman dan sah untuk menyelesaikan sebarang perbezaan. Kita menggalakkan rakyat untuk menyuarakan pandangan masing-masing dengan penuh tanggungjawab, namun keganasan tidak pernah diterima sebagai satu cara meluahkan perasaan.
Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum dan agama dengan sejarah coexistence antara masyarakat Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Ramai rakyat Malaysia yang menganut agama Kristian, dan mengamalkannya secara bebas.
Sebagai sebuah negara yang meraikan kepelbagaian, kita mengharapkan rakyat menghormati agama saudara kita, biar apapun kepercayaannya.
Kita tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan-kegiatan yang boleh membahayakan atau mengancam keselamatan sesama rakyat.
Dato' Sri Mohd Najib

AQ.3



Abdullah Fahmi (Finalis Akademi Al-Quran)


Monday, January 11, 2010

Andai Ku Tahu Pangkah BN Jadi Begini


NegaraKu - PAS


Lagu Rasmi Parti Islam se-Malaysia


Change Player Size Watch this video in a new windowlagu bola kelantan - SEMANGAT ANOK JATE


Baju Baru Kota Bharu 2010

Kelantan Bangga Bawa Pulang Satu Mata

Ditulis oleh Kosmo   
MONDAY, 11 JANUARY 2010 02:38

AKMAL (bekakang) mengasak penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat pada aksi Liga Super malam kelmarin.
 
TERENGGANU seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Sharbinee Allawee Ramli yang menidakkan peluang Kelantan untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu dalam perlawanan pertama Liga Super malam kelmarin.

Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui bahawa Terengganu bernasib baik kerana penjaga gol muda itu beraksi cemerlang selepas Kelantan hampir menguasai keseluruhan permainan.
Bagaimanapun, Sathianathan berkata, beliau begitu berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan sebagai petanda baik ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) baru bermula.

"Kita bermain dengan baik dan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan apabila kita banyak mencipta gerakan dan hampir menjaringkan gol, namun penyudah sedikit tumpul.

"Saya juga mengakui bahawa penjaga gol Terengganu (Sharbinee) bermain dengan baik apabila berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan kami," kata Sathianathan ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambahnya, satu mata sudah memadai memandangkan rekod Kelantan ketika bertandang ke Terengganu sebelum ini kurang baik.

Jelas Sathianathan, apa yang penting para pemainnya memahami tugas masing-masing dan mampu mencipta peluang untuk memburu gol.

"Bagaimanapun, kita perlu bekerja lebih keras di bahagian benteng yang agak kurang konsisten terutama ketika sera- ngan balas pantas dan hantaran bola tinggi pihak lawan.

"Apa yang penting perlawanan semalam menampakkan bahawa semua pemain mampu berperanan menghasilkan gol dan tidak mengharapkan baha- gian serangan sahaja," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan penyerang Kelantan, Norfar- han Mohamad, Sathianathan memberi- tahu: "Saya lebih senang untuk bercakap mengenai tanggungjawab semua pemain dan bukannya mengharapkan seorang pemain sahaja yang mampu melakukan sesuatu.

"Keseluruhan Liga M mempunyai 26 hingga 30 perlawanan dan jika anda hanya mengharapkan seorang pemain sahaja, ia sudah tentu menyukarkan," jelasnya.

Beliau turut memuji gandingan Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar yang semakin serasi dan percaya kedua-dua pemain ini mampu memberi tonik baru kepada Kelantan.

Terengganu, Kelantan Sama Kuat

Ditulis oleh RedsFc
MONDAY, 11 JANUARY 2010 01:34

Terengganu bermula hambar dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2010 apabila diikat Kelantan tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Masing-masing turun mencari tiga mata, Kelantan memulakan serangan awal dengan melakukan beberapa percubaan melalui rangkaian Indra Putra, Hairudin, Akmal dan Chanturu tetapi semuanya berjaya disekat Marzuki Yusof di bahagian pertahanan.

Peluang pertama hadir melalui rembatan Indra Putra yang melepasi kawalan dua pertahanan lawan tetapi Sharbinee Aliwee lebih bersedia untuk merebahkan badan menangkap bola sepakan leret tersebut.

Kelantan sekali lagi mengancam melalui Hairudin yang melakukan hantaran satu dua dengan Akmal sebelum melorongkan bola kepada Chanturu yang pantas melakukan sepakan terus ke dakapan Sharbinee pada minit ke-17.

Sharbinee terus menjadi penyelamat Terengganu apabila bijak menahan sepakan Akmal Rizal pada minit ke-24 melegakan 10000 penyokong lawan.

Menyedari kerap diasak, Terengganu melakukan beberapa serangan melalui Manaf Mamat dengan bantuan Zairo Annuar tetapi kebanyakan serangan mereka berjaya dihalang oleh kekentalan Azizi dan Subramaniam yang pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Walaupun begitu, Terengganu hampir didepan apabila Manaf Mamat yang melarikan bola hasil kesilapan awal Daudsu gagal memanfaatkan peluang terbuka berhadapan Syed Adney apabila sepakannya hanya melintasi depan pintu gol Kelantan pada minit ke-32.

Sorakan penyokong Kelantan yang memenuhi sebahagian tempat duduk stadium bergema seketika setelah Hairudin melompat tinggi melepaskan satu tandukan yang hampir menembusi gawang Terengganu tetapi Marzuki lebih bersedia mengeluarkan bola diatas garisan gol.

Terengganu juga tidak ketinggalan apabila mendapat sepakan percuma didepan gawang Kelantan setelah Wan Mohd Alif dijatuhkan Daudsu tetapi sepakan Zairo Annuar ditangkap kemas penjaga gol Kelantan.

Bersambung babak kedua, Terengganu melakukan sepak mula dengan mengatur gerak pantas mencari ruang untuk membolosi gawang pelawat.

Terengganu mendapat peluang terbaik mereka seawal minit ke-46 apabila K. Rajan berjaya melakukan hantaran kedepan gol Kelantan melalui satu lintangan dari sebelah kiri pintu gol memaksa Adney keluar menumbuk bola.

Mereka semakin bernafsu menyerang apabila sekali lagi memaksa Adney menumbuk bola sebelum dikeluarkan Farisham Ismail hasil percubaan Manaf Mamat minit ke-55.

Pertengahan babak kedua, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang mencari bekalan awal.

Minit ke-73, Terengganu dianugerahkan satu sepakan percuma dari jarak 25 meter pintu gol Kelantan dan Zairo Annuar yang mengambil sepakan itu melepaskan rembatan kencang memecahkan benteng Kelantan memaksa Syed Adney sekali lagi melakukan aksi menyelamat cantik menepis keluar percubaan tersebut.

Selepas percubaan itu, Terengganu dilihat memperlahankan rentak perlawanan dan peluang ini digunakan sepenuhnya barisan serangan Kelantan yang mula mengatur serangan berbahaya setelah kemasukan Nor Sharul Idlan mengantikan Akmal Rizal yang dilanda kecederaan setelah diterjah pertahanan Terengganu.

Kemasukan Idlan menghidupkan jentera serangan selain membuka ruang kepada Hairudin untuk lebih bergerak bebas.

Entah dimana silap, Kelantan dinafikan sepakan penalti pada minit ke-77 apabila Indra yang sedang mengawal bola mendakwa ditarik pemain lawan didalam kotak penalti tetapi pengadil seakan-akan membenarkan kesalahan itu menyebabkan Sathianathan dan Hashim Mustapha bingkas bangun membantah keputusan pengadil.

Badri Radzi pula melepaskan peluang terbaik memecah kebuntuan pada minit ke-86 apabila memilih menyepak leret bola hantaran Idlan hasil dummy dari Hairudin mengecewakan 3000 penyokong Kelantan.

Chanturu juga terlepas peluang mencatatkan nama sebagai penjaring apabila sepakan terus hasil lantunan percubaan awal dari Idlan terkena palang dan sepakan susulan dari Hairudin Omar pula keluar sedikit dari pintu gol walaupun ketika itu Sharbinee tidak berada di posisinya.

Minit-minit terakhir, tuan rumah melakukan dua serangan berbahaya melalui Manaf yang dilihat berjaya menjalankan tugas untuk mengucar kacirkan pertahanan Kelantan apabila larian pantas dari satu serangan balas hampir memberi gol kepada Terengganu tetapi mujur percubaan pemain ini keluar ke sebelah kanan pintu gol.

Mereka juga dikurniakan satu sepakan percuma luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-90 apabila Subramaniam sengaja menjatuhkan pemain Terengganu dan sepakan itu tidak memberi sebarang hasil sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Man Of The Match:
Kelantan - Syed Adney Syed Hussien
Terengganu - Mohd Sharbinee Allawee
*Dua-dua PG sebab banyak save bola bahaya.

Kad Kuning:
Kelantan - 2
Terengganu - 5

Pertukaran:
Kelantan - Akmal Rizal --> Norsharul Idlan Talaha
Terengganu - Player 16 --> (Tok Tahu)

Ball Possesion
Terengganu 45% - 55% Kelantan

Seri Tanpa Jaringan

Ditulis oleh Kencana   
SUNDAY, 10 JANUARY 2010 11:36

KUALA TERENGGANU – Pertemuan dua musuh tradisi Kelantan dan Terengganu berakhir dengan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan TM Liga Super 2010 di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Syah malam tadi.

Beraksi di arena lawan bukanlah halangan buat Kelantan apabila bermain secara menyerang dan mengusai hampir keseluruhan perlawanan semalam. Sebaliknya Terengganu yang beraksi di laman sendiri gagal menggunakan kelebihan tersebut.
Memburu tiga mata penting, Kelantan mempertaruhkan kesebelasan terbaik mereka, apabila memberikan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan.

Kelantan berpeluang memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke- 11 menerusi kapten pasukan Indra Putra Mahyudin namun gagal membuahkan hasil. Serangan bertali arus memaksa pemain Terengganu berkampung di laman sendiri.

Tersentak dengan serangan berlati arus pasukan pelawat, tuan murah mula memperkemaskan jentera serangan.  Mereka hampir berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 17,  namun sepak percuma Zairol berjaya di selamatkan oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan sekali lagi berpeluang berada dihadapan namun hantaran Akmal Rizal di minit ke 21 gagal di sambut oleh rakan sepasukan, walaupun pintu gol sudah pun terbuka luas. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mengusai hampir keseluruhan permainan, namun di gagalkan oleh penyudahan yang tumpul.

Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan tampil lebih bernafsu  apabila melancarkan serangan berlati arus memburu gol pembukaan. Hasilnya diminit ke 46 kelantan hampir- hampir berjaya memecahkan kebuntuan namun sepakan menerusi percuma dari Kapten Pasukan indra terus kedakapan pengaja gol Terengganu Mohd Sarbinee Alawi.  Selang seminit kemudian pasukan tuan rumah pula mengamcam kubu Kelantan menerusi sepakan kencang dari Zairol namun berjaya diselamatkan oleh Syed Adney.

Menyedari ketumpulan jentera penyudah, Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan membuat  pertaruhan apabila membawa masuk tonggak utama kebangsaan Nor Sharul Idlan untuk menambah sengat dibahagian depan. Kemasukan Shahrul ternyata memberikan nafsu lebih besar kepada Kelantan untuk memburu gol. Serangan bertali arus Kelantan hampir membuahkan hasil diminit -minit akhir perlawanan, namun kekebalan Mohd Sarbinee Alawi di pintu gol Terengganu menyaksikan Kelantan membawa pulang 1 mata dari Kuala Terengganu.

Saturday, January 9, 2010

UDIM

Program Pengajian PDF Cetak Emel

Program Pengajian di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)

UDM mempunyai 9 buah fakulti yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah), sarjana muda dan diploma. Jumlah keseluruhan program yang ditawarkan pada tahun 2009 ialah 18 program di peringkat ijazah sarjana muda dan 23 program pengajian diploma. Butiran bagi program pengajian ijazah sarjana muda dan diploma yang ditawarkan mengikut fakulti pada Sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

  • Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan kepujian (3 tahun)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian (3 tahun)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan kepujian (3 tahun)
  • Sarjana Muda Pengajian Islam (Antropologi & Dakwah) dengan kepujian (4 tahun)
  • Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling dengan kepujian (3 tahun)
  • Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan kepujian (4 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Syariah) (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Bahasa & Kesusasteraan Arab) (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Dakwah) (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Al-Sunnah) (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam) (3 tahun)


Fakulti Pengurusan Perniagaan & Perakaunan

  • Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian (4 tahun)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian (4 tahun)
  • Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan kepujian (4 tahun)
  • Diploma Pengajian Bank (3 tahun)
  • Diploma Pengajian Insurans (3 tahun)
  • Diploma Kewangan (3 tahun)
  • Diploma Pemasaran (3 tahun)
  • Diploma Perdagangan Antarabangsa (3 tahun)
  • Diploma Perakaunan (3 tahun)
  • Diploma Pengurusan Sumber Manusia (3 tahun)


Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa

  • Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian (4 tahun)
  • Diploma Undang-Undang (3 tahun)


Fakulti Informatik

  • Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian (4 tahun)
  • Diploma Teknologi Maklumat (3 tahun)
  • Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (3 tahun)


Fakulti Bahasa & Komunikasi

  • Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan kepujian (4 tahun)
  • Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) (3 tahun)


Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi

  • Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (3 ½ tahun)
  • Diploma Teknologi Pembuatan (3 tahun)
  • Diploma Reka Bentuk Perindustrian (3 tahun)


Fakulti Pertanian & Bioteknologi

  • Sarjana Muda Sains Bioteknologi Pertanian dengan kepujian (4 tahun)
  • Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan kepujian (4 tahun)


Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

  • Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (5 Tahun)
  • Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian (4 Tahun)
  • Diploma Sains Kejururawatan (3 tahun)
  • Diploma Radiografi (3 tahun)
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (3 tahun)
  • Diploma Fisioterapi (3 tahun)


Fakulti Teknologi Makanan

  • Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian(4 tahun)

التعريف بالجامعة

تمت الموافقة على تأسيس جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (أوسيم) (جامعة العلوم الإسلامية بماليزيا (كويم) سابقا) في اجتماع مجلس الوزراء بالتاريخ 11 يونيو 1997م، وتم الإعلان عنها رسمياً في 13 مارس 1998م. وبدأت الجامعة استخدام اسمها الجديد رسميا ابتداء يوم الواحد من شهر فبراير 2007م. وهي تمثل الجامعة الحكومية الأولى التي أسستها الحكومة الماليزية في مطلع القرن الحادي والعشرين، وتعد الجامعة الثانية عشرة من بين الجامعات الحكومية في الدولة.

الغاية العظمى من تأسيس (أوسيم) هي رفع مستوى التعليم الإسلامي وإدراجه في تيار التعليم الرئيسي للدولة والذي يقوم على استخدام وسائل تكنولوجيا المعلومات والاتصالات في المجال الأكاديمي، وخاصة في مجالي التدريس والبحث العلمي. ولتحقيق تلك الأمنية النبيلة، تؤكد الجامعة على ضرورة إتقان اللغتين وهما العربية والإنجليزية في عملية التنمية الأكاديمية والشخصية لدى طلابها، بجانب اللغة الوطنية كلغة إدارية في الجامعة.

نواجه في عصر العولمة تحديات متزايدة وخاصة في الاقتصاد العالمي، حيث تتزايد فيه المنافسة، ومن ثم فإن وجود جامعة العلوم الإسلامية الماليزية، ستؤدي دورها على ضرورة مواصلة الجهود من أجل التنافس مع البلدان المتقدمة ، وذلك من خلال تنفيذ مختلف البرامج الدراسية والتعليمية المقدَّمة من قبل الجامعة والتي تستند على التكامل بين العقل والنقل لجميع المجالات العلمية مثل مجالات: القرآن الكريم، والسنة، والفقه، والشريعة، والقانون، والاقتصاد، والمعاملات، الإتصالات، والإدارة، والإستشارية، والعلوم، والطب، والتكنولوجيا، وغيرها من المجالات التي يمكن أن تترجم الجامعة جوهر التعليم الاسلام الحقيقي فيها.

ومحاولة لتعزيز التقدم الاقتصادي للبلد، فإن جامعة العلوم الإسلامية الماليزية تتقدم خطوة إلى الأمام مع التركيز على توفير المزيد من الموارد البشرية، المبتكرة، والحيل الجديدة، والمستندة إلى التعليم الإسلامي. ولذلك، فإن الجامعة على ثقة ويقين في تدريب أكبر عدد ممكن من الموارد البشرية ذات القيم والجودة العالية مع العلوم المتقدمة والثقافة العالية، وبهذا أصبح معلما بارزا للدولة الماليزية وفقا لتنفيذ برنامج "الإسلام الحضاري".

وكذلك تهدف الجامعة إلى:
• توليد العالم الإسلامي المتكامل والمتوازن بين النظرية والتطبيق، متصفا بالموسوعية ومتمكنا من قيادة المجتمع متعدد الأجناس ومستحقا لإعمار البلاد وتنميتها.
• الاسترجاع على التراث العلمي الإسلامي الفريد وإيجاد البيئة المشجّعة على إنجاب العالم المسلم المتمكن من تبليغ الإسلام ووعيه.
استغلال التكنولوجيا بصورة كاملة من قبل الأكاديميين، والإداريين، والطلبة بوصفه مبدأ رئيسي ووسيلة فعالة للنظام التعليمي متسجبةً على دعوة الحكومة إلى إنتاج المجتمع الواعي بالتكنولوجيا.

REMAJA PALESTIN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

WAWASAN UMMAH-MU

1. TEKADKAN DIRI UNTUK MENDAPAT REDHA-NYA

2. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI LEBIH DEWASA

3. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH

4. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI ANAK SOLEH JUA MUSLEH

5. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PELAJAR YANG TERHORMAT

6. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PENGAJAR DI AL-AMIN

7. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PENDAKWAH BERIKTIRAF

8. TEKADKAN DIRI UNTUK MENGERJAKAN AMAR MA'RUF

9. TEKADKAN DIRI UNTUK MENGERJAKAN IBADAH SUNAT

10. TEKADKAN DIRI UNTUK BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT

MUNDURNYA AGAMA KERANA TAQWANYA

Sebermula abad ke-21, umat Islam makin terlalai dengan duniawi malahan hanya nama sahaja berpegang pada agama Allah S.W.T. sedangkan Islam itu sendiri indah sekiranya dihayati dan juga diterjemahkan dalam bentuk lisan. Kerana agama jua tamadun-tamadun di dunia ini mampu bangkit meneruskan perjuangan pewaris-pewaris terdahulu demi agama, bangsa dan negara amnya dan khususnya di Malaysia sendiri. Secara tidak langsung, Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbagai-bagai keistimewaannya yang tersendiri termasuklah dari sudut geografinya yang jauh lebih berbeza ketenangannya berbanding negara Asia di negara-negara lain di luar sana. Jelasnya, Islam pernah mencatat sejarahnya yang terulung di dunia kerana pernah memerintah 2 daripada 3 dunia dahulu lamanya kerana kekuatan Islam telahpun terpahat pada tiap-tiap sanubari si pulan bin si pulan. Benarkah Islam itu membawa kepada kemunduran?, tidak sama sekali kerana ayat al-Qur’an ada bernadakan bahawa kitalah yang menetapkan takdir kita sendiri amnya, Surah al – Insan, ayat 2 ;

" Sesungguhnya Kami telah menunjukkinya jalan ( yang benar dan yang salah ). Sama ada dia ( kita ) mahu bersyukur ataupun berlaku kufur "

Berdasarkan petikan ayat di atas, sesungguhnya Dia tunjukkan kepada manusia dua jalan umum, atau Dia tunjuk dan jelaskan kepada manusia jalan kebaikan dan jalan kejahatan melalui perantaraan syariat yang diturunkan dan para rasul yang diutuskan setelah Dia anugerahkan kepada mereka minda dan keampunan mengamati sesuatu perkara.

Friday, January 8, 2010

Agong titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.

Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.

Seri Paduka menzahirkan harapan itu kerana kerajaan sedang mengambil langkah perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katholik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara. - Bernama

Sunday, December 6, 2009

Biography of Tuan Guru Nik Aziz Part 2

Biography of Tuan Guru Nik Aziz Part 1

In A Life Of Tuan Guru Nik Abdul Aziz Part 2

In A Life Of Tuan Guru Nik Abdul Aziz Part 1

Ceramah Munajat Perdana YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Desakan Nik Aziz undur ditolak golongan muda

Zainal Abidin Husein

KOTA BHARU, 5 Dis: Penyertaan begitu ramai golongan muda dalam perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam menunjukkan campurtangan Umno dalam kemelut ini hanya akan meningkatkan lagi populariti Mursyidul Am PAS itu.

Dr Rosli Alaani Abdul Kader yang berucap mewakili pemuda PAS dalam perhimpunan itu berkata pihaknya sentiasa berdiri teguh di belakang kepimpinan Tuan Guru serta tidak akan berdiam diri sekiranya tokoh ulama itu diganggu gugat.

Menurutnya, tidak ada sebab kenapa Tuan Guru meletakkan jawatannya kerana kepimpinannya masih lagi utuh serta berintegriti.

“Hari ini kita beramai-ramai untuk menyatakan sokongan kita kepada Tuan Guru dan tidak sekali-kali membiarkan ada pihak yang ingin mengganggu gugat kepimpinannya,”ujarnya lagi.

Lim Guan Seng yang mewakili belia kaum Cina berkata, belia Cina tidak pernah berasa susah apa lagi tertekan di bawah kepimpinan Tuan Guru, sebaliknya berasa aman dan selesa.

“Kedatangan kita hari ini tidak dibayar sesen pun bukan sebagaimana pihak yang mendesak Tuan Guru baru ini yang dibayar oleh pihak tertentu.

“Namun kita hari ini datang dengan ikhlas, dengan pendirian yang jitu demi untuk mempertahankan Tuan Guru, integriti Tuan Guru jangan cuba dipersoalkan,”ujarnya lagi.

Wakil pemuda India, Tharuman yang turut berucap dalam bahasa ibundanya juga turut menyatakan pendirian yang sama.

Sambungnya, masyarakat India di Kelantan telah banyak mengalami perubahan khususnya dalam era 20 tahun kebelakangan ini.

Turut berucap di perhimpunan itu Ketua Pemuda PKR Kelantan Wan Mohd Khairul Ihsan.

Apa yang menarik golongan belia pelbagai kaum hadir dengan lilitan "We love Tok Guru" di kepala masing-masing.

Sekumpulan belia Cina mempersembahkan tarian singa untuk menarik perhatian hadirin.

Kemelut berkaitan desakan supaya Menteri Besar Kelantan berundur bertukar menjadi panas apabila sekumpulan penyokong UMNO berdemonstrasi di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 1 Disember lalu.

Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.

Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.

“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam.

Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya.

“Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah.

“Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya.

Mengulas perhimpunan hari ini, beliau berkata ianya menggambarkan demontrasi yang begitu hebat.

“Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar.

“Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya.

Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan.

“Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar.

“Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

“Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974.

“Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru.

“Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya.

Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat.

“Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri.

“Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN.

“Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar.

Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan.

Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya.

Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar.

Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009.

“Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya.

Tuesday, December 1, 2009

Doa Tok Guru:Takut Rupanya Mereka

Oleh:Lan Iisma

Kita digegerkan lagi dengan kenyataan Tok Guru Nik Aziz supaya Najib dan Umno menjadi tak betul, bahasa mudahnya. Begitu sedap gegeran ini dimainkan akhbar, dibesarkan seberapa boleh, ‘Doa Nik Aziz Dikecam’, kalau mampu diwarna-warnikan lagi.

Lantas ulama tersohor yang nampaknya lebih Umno dari Umno Tan Sri Harussani dan Datuk Nooh Gadut (insyaallah dapat Tan Sri) membuat rumusan yang nampaknya seakan tidak adil. Penyataan mereka ada kebenarannya tetapi dalam konteks apa yang yang diperkatakan oleh Tok Guru ialah mereka yang dizalimi, yang sepatutnya mendapat hak tetapi sebaliknya. Kenapa dua tokoh agama berkenaan menyatakan sesuatu yang lebih menyedapkan mereka sahaja.

Jelas kepada kita yang Tok Guru merasakan dirinya dizalimi begitu juga Kerajaan Pas dan rakyat Kelantan sepatutnya mendapat haknya. Selama 19 tahun, kelazimannya Kerajaan Pas Kelantan dizalimi dan selama 19 tahun juga Tok Guru bersabar dan sekarang diminta supaya PM melaksanakan haknya.

Rupa-rupanya mereka takut kepada doa orang yang dizalimi, Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Lagi peringatan Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Maka huha-huhalah mereka membela Najib menghentam Tok Guru, Menteri Besar Perak yang tak halal menyatakan "seolah-olah terdesak untuk mendapat sokongan Rakyat," apa kebendanya minta berdoa kaitannya sokongan rakyat. Tiada kerja lain sokongan sahaja yang dicari. Nik aziz berdoa mendapatkan sokongan daripada Allah. Tambahnya, "menakut-nakutkan musuh politiknya dengan mempergunakan agama", nada mereka yang pernah menzalimi orang lain.

"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan Pas berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang Pas tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (Pas) sendiri," "tak masuk akal," kata Hishammuddin. Baiknya Umno, memang mereka tidak mendoakan Pas berpecah, mungkin takut nak berdoa tetapi mereka hemtam cukup-cukup melalui tindakan walau apa cara pun.

Apa-apa pun kita mengharapkan hak yang sepatutnya diperolehi dikembalikan. Jangan selalu menegakkan benang basah. Sememangnya mereka takut doa daripada orang yang mereka zalimi dan janganlah selalu kita menzalimi orang nanti mereng tak berkesudahan.


Halim Sasar Juara Tebus Kegagalan


Ditulis oleh Sinar Harian
SUNDAY, 29 NOVEMBER 2009 11:16



KOTA BHARU - Penjaga gol sensasi Kelantan, Halim Napi bertambah yakin dengan kebolehan pemain Kelantan dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja setelah berjaya menjuarai peringkat kumpulan.

Setelah seminggu menjalani latihan kini beliau bersedia bagi berhadapan dengan pasukan Kedah di perlawanan pusingan suku akhir yang bakal diadakan Isnin ini di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

Menurutnya, beliau meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan ini bagi menebus kegagalan beliau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ketika bertemu Negeri Sembilan.

“Walau masa latihan untuk bersiap sedia agak singkat tetapi saya tetap yakin pasukan ini boleh menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akan datang.

“Selain saya pasukan ini juga telah diperkuatkan dengan kehadiran lima pemain Liga Malaysia yang bakal membantu pasukan ini untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan,” katanya.

Lima pemain tersebut ialah Azlan Ismail dari Terengganu, Tengku Hasbullah Tengku Hassan dari KL Plus, Faizal Abdullah dari Melaka, Khairoza Azmi dan Arman Zairi dari PDRM bakal memperkasakan barisan Kelantan.

“Saya lihat melalui persaingan tahun ini, pasukan PBSMK ada harapan untuk menang lebih-lebih lagi kesemua pemain telah menjalani latihan lebih awal.

“Berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan dalam perlawanan persa-habatan lalu kesemua pemain berada dalam keadaan yang baik malah kecergasan mereka semakin bertambah setelah menjalani latihan yang ketat,” katanya.

Berdasarkan pengalaman yang ada, beliau yakin pasukan ini bakal menjuarai Piala Agong tahun ini untuk mengubati kekecewaan peminat pasukan Kelantan di atas kekalahan lalu.

“Pasukan ini perlu menjuarai kejohanan ini agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Kelantan dan saya berharap agar penyokong Kelantan hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan ini.

“Dengan sokongan penyokong Kelantan ia dapat meningkatkan lagi semangat pemain dalam perlawanan itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kecicirannya dalam pasukan Red Warriors bagi musim 2010, beliau enggan mengulas mengenainya malah beliau telah ditawarkan sebagai jurulatih penjaga gol Kelantan musim hadapan.

Sunday, November 22, 2009

Puisi 11

CEKALKAN NALURIKU

ujian adalah anugerah dari Allah,
ujian mendatang tidak kenal masa,
sebulan ini kuperlukan kecekalan,
sebulan ini kuperlukan ketenangan.

hari ini cuaca sungguh baik sekali,
baiknya cuaca menenangkan diri,
hari ini gurunya penuh bermotivasi,
baiknya pelajarnya membawa diri.

hidup ini bagai pelangi di awanan,
daku inginkan kedamaian di hati,
7 pelangi mewarnai indahnya...,
curahkan nur-Mu pada diriku ini .

berkatilah hidupku dengan cahaya..,
tuhan...cucurilah ilmu dari langit-Mu,
keredhaan-Mu jua akan diharapkan,
berilah aku kejayaan dalam hidup ini.

Saturday, November 21, 2009

PENAWAR RINDU DI HUJUNG KALBU

Sayup-sayup angin pagi membuatkan Ahmad berasa sayu dan rindu akan si dia. Semua ini gara-gara si dia yang melayang jauh di ufuk timur. Ketika itu, Ahmad mula terkenangkan saat-saat manis bersamanya terutamanya pada hari terakhir perjumpaan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Si dia berangkat ke sana dengan tujuan ingin menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran selama 5 tahun lamanya. Dengan rasa dukacitanya Ahmad melepaskan kekasihnya demi cita-cita si dia tercapai kelak. Manakala Ahmad pula bergiat aktif dalam bidang kesusasteraan di Malaysia selama lebih kurang 4 tahun sebelum berkhidmat sebagai wartawan di salah sebuah syarikat akhbar melayu di Putrajaya.

Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya si dia pulang dari perantauan dengan penuh keceriaan tambahan pula si dia bakal menjadi doktor di salah sebuah hospital kerajaan kelak. setibanya di KLIA, Ahmad begitu teruja melihat kekasihnya yang bertambah menawan berbanding 5 tahun sebelum ini. Oleh itu, kasihnya pada si dia makinlah bertambah pada diri Ahmad itu sendiri. Dalam masa yang sama, Ahmad masih mencari jalan untuk meluahkan isi hatinya iaitu ingin memperisterikan si dia dengan harapan kekasihnya dapat menerimanya dengan sebaik yang mungkin…mungkinkah ini semua bakal berlaku…??? Ya, Allah S.W.T. telah menjodohkan Ahmad dan kekasihnya dengan penuh pengertian antara satu sama lain. Akhirnya, mereka bersatu dengan ikatan yang sah tanpa adanya halangan dari pihak lain. Benarlah kata pepatah bahawa bagai pinang di belah dua.

Bersambung...





Sunday, October 4, 2009

Puisi 10

NUR KASIH-MU DINANTIKAN
DALAM NALURI KAMI INI

Ya Allah;
bantulah kami di kala kesempitan,
terangilah kami hidayah-mu tuhan,
curahkanlah jiwa kami bersama nur-mu,
hidayah-mu amat dihargai sekali.

Ya Allah;
aku hanyalah insan yang kerdil bagi-mu,
tanpa cintanya pada-nya aku kian lupai,
islam adalah ajaran yang teristimewa,
moga dikau merahmati segalanya...

Ya Allah;
ampunkan semua khilaf kami di dunia,
dunia jua akhirat kelak pula menanti...



Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang Pemangkin Perubahan Selatan Semenanjung Malaysia

Dzulfikar Mashoor
Wed | Sep 30, 09 | 11:43:05 am MYT

BAGAN PINANG, 30 Sept:Pakatan Rakyat mahu menjadikan N31 sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

Zulkefly Mohamad Omar semalam menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

"Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihan raya) kerana bersama kehendak rakyat,"katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkeyakinan pengundi N31 bijak membuat perhitungan dengan memilih calon yang bersih dan amanah.

Nada yang sama turut dikongsi Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sendiri.

ImageHadi berkeyakinan rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihan raya kecil) sebelum ini. Insya-Allah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke negeri adat perpatih itu.

Turut menyertai sidang media di Markas Utama DAP di Batu 9, di sini; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas; dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Penampilan sulung Zulkefly bersama muafakat pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP dan PKR semalam dipercayai khalayak, mampu mengukuhkan sokongan rakyat pada cita-cita perubahan bersama Pakatan seperti sebelum ini.

Ar-Ruhul Jadid - Versi Parti Islam SeMalaysia

Puisi 9

RINTIHAN ANAK PERANTAUAN

kami tidak sanggup bersemdirian,
pada hari penuh lebaran tahun ini,
kami rindu pada suasana desa sana,
sambutannya amatlah ketara sekali.

gema takbir pada pagi hari raya,
kami bersiap sedia untuk ke surau,
tunaikan amalan solat sunat hari raya,
setahun hanyalah sekali sahaja disambut.

solat selesai makan pun selesai,
kami menadah tangan momohon ampun,
moga ayah bonda maafkan silap kami,
kekhilafan kami begitu dirasai kini.

terbayang pula suasana meriah di desa,
suasananya sungguh meriah sekali,
terkenang wajah rupa sanak saudara,
segala isi hati hanya Tuhan yang mengerti.

diakhiri rintihan dengan satu harapan,
semoga hari raya akan datang penuh erti,
kami di sini turut memohon maaf,
kerana kami tidak mampu pulang...


Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa