| Ditulis oleh Kosmo |
| MONDAY, 11 JANUARY 2010 02:38 |
| AKMAL (bekakang) mengasak penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat pada aksi Liga Super malam kelmarin. TERENGGANU seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Sharbinee Allawee Ramli yang menidakkan peluang Kelantan untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu dalam perlawanan pertama Liga Super malam kelmarin. Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui bahawa Terengganu bernasib baik kerana penjaga gol muda itu beraksi cemerlang selepas Kelantan hampir menguasai keseluruhan permainan. Bagaimanapun, Sathianathan berkata, beliau begitu berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan sebagai petanda baik ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) baru bermula. "Kita bermain dengan baik dan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan apabila kita banyak mencipta gerakan dan hampir menjaringkan gol, namun penyudah sedikit tumpul. "Saya juga mengakui bahawa penjaga gol Terengganu (Sharbinee) bermain dengan baik apabila berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan kami," kata Sathianathan ketika ditemui Kosmo! semalam. Tambahnya, satu mata sudah memadai memandangkan rekod Kelantan ketika bertandang ke Terengganu sebelum ini kurang baik. Jelas Sathianathan, apa yang penting para pemainnya memahami tugas masing-masing dan mampu mencipta peluang untuk memburu gol. "Bagaimanapun, kita perlu bekerja lebih keras di bahagian benteng yang agak kurang konsisten terutama ketika sera- ngan balas pantas dan hantaran bola tinggi pihak lawan. "Apa yang penting perlawanan semalam menampakkan bahawa semua pemain mampu berperanan menghasilkan gol dan tidak mengharapkan baha- gian serangan sahaja," ujarnya. Ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan penyerang Kelantan, Norfar- han Mohamad, Sathianathan memberi- tahu: "Saya lebih senang untuk bercakap mengenai tanggungjawab semua pemain dan bukannya mengharapkan seorang pemain sahaja yang mampu melakukan sesuatu. "Keseluruhan Liga M mempunyai 26 hingga 30 perlawanan dan jika anda hanya mengharapkan seorang pemain sahaja, ia sudah tentu menyukarkan," jelasnya. Beliau turut memuji gandingan Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar yang semakin serasi dan percaya kedua-dua pemain ini mampu memberi tonik baru kepada Kelantan. |
Suara Murni
Create a playlist at MixPod.com
Monday, January 11, 2010
Kelantan Bangga Bawa Pulang Satu Mata
Terengganu, Kelantan Sama Kuat
MONDAY, 11 JANUARY 2010 01:34
Terengganu bermula hambar dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2010 apabila diikat Kelantan tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Masing-masing turun mencari tiga mata, Kelantan memulakan serangan awal dengan melakukan beberapa percubaan melalui rangkaian Indra Putra, Hairudin, Akmal dan Chanturu tetapi semuanya berjaya disekat Marzuki Yusof di bahagian pertahanan.
Peluang pertama hadir melalui rembatan Indra Putra yang melepasi kawalan dua pertahanan lawan tetapi Sharbinee Aliwee lebih bersedia untuk merebahkan badan menangkap bola sepakan leret tersebut.
Kelantan sekali lagi mengancam melalui Hairudin yang melakukan hantaran satu dua dengan Akmal sebelum melorongkan bola kepada Chanturu yang pantas melakukan sepakan terus ke dakapan Sharbinee pada minit ke-17.
Sharbinee terus menjadi penyelamat Terengganu apabila bijak menahan sepakan Akmal Rizal pada minit ke-24 melegakan 10000 penyokong lawan.
Menyedari kerap diasak, Terengganu melakukan beberapa serangan melalui Manaf Mamat dengan bantuan Zairo Annuar tetapi kebanyakan serangan mereka berjaya dihalang oleh kekentalan Azizi dan Subramaniam yang pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Walaupun begitu, Terengganu hampir didepan apabila Manaf Mamat yang melarikan bola hasil kesilapan awal Daudsu gagal memanfaatkan peluang terbuka berhadapan Syed Adney apabila sepakannya hanya melintasi depan pintu gol Kelantan pada minit ke-32.
Sorakan penyokong Kelantan yang memenuhi sebahagian tempat duduk stadium bergema seketika setelah Hairudin melompat tinggi melepaskan satu tandukan yang hampir menembusi gawang Terengganu tetapi Marzuki lebih bersedia mengeluarkan bola diatas garisan gol.
Terengganu juga tidak ketinggalan apabila mendapat sepakan percuma didepan gawang Kelantan setelah Wan Mohd Alif dijatuhkan Daudsu tetapi sepakan Zairo Annuar ditangkap kemas penjaga gol Kelantan.
Bersambung babak kedua, Terengganu melakukan sepak mula dengan mengatur gerak pantas mencari ruang untuk membolosi gawang pelawat.
Terengganu mendapat peluang terbaik mereka seawal minit ke-46 apabila K. Rajan berjaya melakukan hantaran kedepan gol Kelantan melalui satu lintangan dari sebelah kiri pintu gol memaksa Adney keluar menumbuk bola.
Mereka semakin bernafsu menyerang apabila sekali lagi memaksa Adney menumbuk bola sebelum dikeluarkan Farisham Ismail hasil percubaan Manaf Mamat minit ke-55.
Pertengahan babak kedua, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang mencari bekalan awal.
Minit ke-73, Terengganu dianugerahkan satu sepakan percuma dari jarak 25 meter pintu gol Kelantan dan Zairo Annuar yang mengambil sepakan itu melepaskan rembatan kencang memecahkan benteng Kelantan memaksa Syed Adney sekali lagi melakukan aksi menyelamat cantik menepis keluar percubaan tersebut.
Selepas percubaan itu, Terengganu dilihat memperlahankan rentak perlawanan dan peluang ini digunakan sepenuhnya barisan serangan Kelantan yang mula mengatur serangan berbahaya setelah kemasukan Nor Sharul Idlan mengantikan Akmal Rizal yang dilanda kecederaan setelah diterjah pertahanan Terengganu.
Kemasukan Idlan menghidupkan jentera serangan selain membuka ruang kepada Hairudin untuk lebih bergerak bebas.
Entah dimana silap, Kelantan dinafikan sepakan penalti pada minit ke-77 apabila Indra yang sedang mengawal bola mendakwa ditarik pemain lawan didalam kotak penalti tetapi pengadil seakan-akan membenarkan kesalahan itu menyebabkan Sathianathan dan Hashim Mustapha bingkas bangun membantah keputusan pengadil.
Badri Radzi pula melepaskan peluang terbaik memecah kebuntuan pada minit ke-86 apabila memilih menyepak leret bola hantaran Idlan hasil dummy dari Hairudin mengecewakan 3000 penyokong Kelantan.
Chanturu juga terlepas peluang mencatatkan nama sebagai penjaring apabila sepakan terus hasil lantunan percubaan awal dari Idlan terkena palang dan sepakan susulan dari Hairudin Omar pula keluar sedikit dari pintu gol walaupun ketika itu Sharbinee tidak berada di posisinya.
Minit-minit terakhir, tuan rumah melakukan dua serangan berbahaya melalui Manaf yang dilihat berjaya menjalankan tugas untuk mengucar kacirkan pertahanan Kelantan apabila larian pantas dari satu serangan balas hampir memberi gol kepada Terengganu tetapi mujur percubaan pemain ini keluar ke sebelah kanan pintu gol.
Mereka juga dikurniakan satu sepakan percuma luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-90 apabila Subramaniam sengaja menjatuhkan pemain Terengganu dan sepakan itu tidak memberi sebarang hasil sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.
Man Of The Match:
Kelantan - Syed Adney Syed Hussien
Terengganu - Mohd Sharbinee Allawee
*Dua-dua PG sebab banyak save bola bahaya.
Kad Kuning:
Kelantan - 2
Terengganu - 5
Pertukaran:
Kelantan - Akmal Rizal --> Norsharul Idlan Talaha
Terengganu - Player 16 --> (Tok Tahu)
Ball Possesion
Terengganu 45% - 55% Kelantan
Seri Tanpa Jaringan
| Ditulis oleh Kencana |
| SUNDAY, 10 JANUARY 2010 11:36 |
KUALA TERENGGANU – Pertemuan dua musuh tradisi Kelantan dan Terengganu berakhir dengan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pembukaan TM Liga Super 2010 di Stadium Sultan Ismail Nasarudin Syah malam tadi. Beraksi di arena lawan bukanlah halangan buat Kelantan apabila bermain secara menyerang dan mengusai hampir keseluruhan perlawanan semalam. Sebaliknya Terengganu yang beraksi di laman sendiri gagal menggunakan kelebihan tersebut. Memburu tiga mata penting, Kelantan mempertaruhkan kesebelasan terbaik mereka, apabila memberikan persembahan bertenaga dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu lawan. Kelantan berpeluang memecahkan kebuntuan jaringan pada minit ke- 11 menerusi kapten pasukan Indra Putra Mahyudin namun gagal membuahkan hasil. Serangan bertali arus memaksa pemain Terengganu berkampung di laman sendiri. Tersentak dengan serangan berlati arus pasukan pelawat, tuan murah mula memperkemaskan jentera serangan. Mereka hampir berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke 17, namun sepak percuma Zairol berjaya di selamatkan oleh pertahanan Kelantan. Kelantan sekali lagi berpeluang berada dihadapan namun hantaran Akmal Rizal di minit ke 21 gagal di sambut oleh rakan sepasukan, walaupun pintu gol sudah pun terbuka luas. Separuh masa pertama menyaksikan Kelantan mengusai hampir keseluruhan permainan, namun di gagalkan oleh penyudahan yang tumpul. Separuh masa kedua menyaksikan Kelantan tampil lebih bernafsu apabila melancarkan serangan berlati arus memburu gol pembukaan. Hasilnya diminit ke 46 kelantan hampir- hampir berjaya memecahkan kebuntuan namun sepakan menerusi percuma dari Kapten Pasukan indra terus kedakapan pengaja gol Terengganu Mohd Sarbinee Alawi. Selang seminit kemudian pasukan tuan rumah pula mengamcam kubu Kelantan menerusi sepakan kencang dari Zairol namun berjaya diselamatkan oleh Syed Adney. Menyedari ketumpulan jentera penyudah, Ketua Jurulatih Kelantan B. Sathianathan membuat pertaruhan apabila membawa masuk tonggak utama kebangsaan Nor Sharul Idlan untuk menambah sengat dibahagian depan. Kemasukan Shahrul ternyata memberikan nafsu lebih besar kepada Kelantan untuk memburu gol. Serangan bertali arus Kelantan hampir membuahkan hasil diminit -minit akhir perlawanan, namun kekebalan Mohd Sarbinee Alawi di pintu gol Terengganu menyaksikan Kelantan membawa pulang 1 mata dari Kuala Terengganu. |
Saturday, January 9, 2010
UDIM
| Program Pengajian | | | |
Program Pengajian di Universiti Darul Iman Malaysia (UDM)
UDM mempunyai 9 buah fakulti yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah tinggi (sarjana dan doktor falsafah), sarjana muda dan diploma. Jumlah keseluruhan program yang ditawarkan pada tahun 2009 ialah 18 program di peringkat ijazah sarjana muda dan 23 program pengajian diploma. Butiran bagi program pengajian ijazah sarjana muda dan diploma yang ditawarkan mengikut fakulti pada Sesi 2009/2010 adalah seperti berikut:
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) dengan kepujian (3 tahun)
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) dengan kepujian (3 tahun)
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah) dengan kepujian (3 tahun)
- Sarjana Muda Pengajian Islam (Antropologi & Dakwah) dengan kepujian (4 tahun)
- Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kaunseling dengan kepujian (3 tahun)
- Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan kepujian (4 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Syariah) (3 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) (3 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Bahasa & Kesusasteraan Arab) (3 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Dakwah) (3 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Al-Quran & Al-Sunnah) (3 tahun)
- Diploma Pengajian Islam (Pentadbiran Islam) (3 tahun)
Fakulti Pengurusan Perniagaan & Perakaunan
- Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian (4 tahun)
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan kepujian (4 tahun)
- Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko & Takaful) dengan kepujian (4 tahun)
- Diploma Pengajian Bank (3 tahun)
- Diploma Pengajian Insurans (3 tahun)
- Diploma Kewangan (3 tahun)
- Diploma Pemasaran (3 tahun)
- Diploma Perdagangan Antarabangsa (3 tahun)
- Diploma Perakaunan (3 tahun)
- Diploma Pengurusan Sumber Manusia (3 tahun)
Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa
- Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian (4 tahun)
- Diploma Undang-Undang (3 tahun)
Fakulti Informatik
- Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian (4 tahun)
- Diploma Teknologi Maklumat (3 tahun)
- Diploma Teknologi Maklumat (Multimedia) (3 tahun)
Fakulti Bahasa & Komunikasi
- Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan kepujian (4 tahun)
- Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) (3 tahun)
Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi
- Sarjana Muda Reka Bentuk Perindustrian dengan Kepujian (3 ½ tahun)
- Diploma Teknologi Pembuatan (3 tahun)
- Diploma Reka Bentuk Perindustrian (3 tahun)
Fakulti Pertanian & Bioteknologi
- Sarjana Muda Sains Bioteknologi Pertanian dengan kepujian (4 tahun)
- Sarjana Muda Produksi dan Kesihatan Haiwan dengan kepujian (4 tahun)
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
- Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (5 Tahun)
- Sarjana Muda Dietetik dengan Kepujian (4 Tahun)
- Diploma Sains Kejururawatan (3 tahun)
- Diploma Radiografi (3 tahun)
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan (3 tahun)
- Diploma Fisioterapi (3 tahun)
Fakulti Teknologi Makanan
- Sarjana Muda Teknologi Makanan dengan Kepujian(4 tahun)
التعريف بالجامعة
الغاية العظمى من تأسيس (أوسيم) هي رفع مستوى التعليم الإسلامي وإدراجه في تيار التعليم الرئيسي للدولة والذي يقوم على استخدام وسائل تكنولوجيا المعلومات والاتصالات في المجال الأكاديمي، وخاصة في مجالي التدريس والبحث العلمي. ولتحقيق تلك الأمنية النبيلة، تؤكد الجامعة على ضرورة إتقان اللغتين وهما العربية والإنجليزية في عملية التنمية الأكاديمية والشخصية لدى طلابها، بجانب اللغة الوطنية كلغة إدارية في الجامعة.
نواجه في عصر العولمة تحديات متزايدة وخاصة في الاقتصاد العالمي، حيث تتزايد فيه المنافسة، ومن ثم فإن وجود جامعة العلوم الإسلامية الماليزية، ستؤدي دورها على ضرورة مواصلة الجهود من أجل التنافس مع البلدان المتقدمة ، وذلك من خلال تنفيذ مختلف البرامج الدراسية والتعليمية المقدَّمة من قبل الجامعة والتي تستند على التكامل بين العقل والنقل لجميع المجالات العلمية مثل مجالات: القرآن الكريم، والسنة، والفقه، والشريعة، والقانون، والاقتصاد، والمعاملات، الإتصالات، والإدارة، والإستشارية، والعلوم، والطب، والتكنولوجيا، وغيرها من المجالات التي يمكن أن تترجم الجامعة جوهر التعليم الاسلام الحقيقي فيها.
ومحاولة لتعزيز التقدم الاقتصادي للبلد، فإن جامعة العلوم الإسلامية الماليزية تتقدم خطوة إلى الأمام مع التركيز على توفير المزيد من الموارد البشرية، المبتكرة، والحيل الجديدة، والمستندة إلى التعليم الإسلامي. ولذلك، فإن الجامعة على ثقة ويقين في تدريب أكبر عدد ممكن من الموارد البشرية ذات القيم والجودة العالية مع العلوم المتقدمة والثقافة العالية، وبهذا أصبح معلما بارزا للدولة الماليزية وفقا لتنفيذ برنامج "الإسلام الحضاري".
وكذلك تهدف الجامعة إلى:
• توليد العالم الإسلامي المتكامل والمتوازن بين النظرية والتطبيق، متصفا بالموسوعية ومتمكنا من قيادة المجتمع متعدد الأجناس ومستحقا لإعمار البلاد وتنميتها.
• الاسترجاع على التراث العلمي الإسلامي الفريد وإيجاد البيئة المشجّعة على إنجاب العالم المسلم المتمكن من تبليغ الإسلام ووعيه.
استغلال التكنولوجيا بصورة كاملة من قبل الأكاديميين، والإداريين، والطلبة بوصفه مبدأ رئيسي ووسيلة فعالة للنظام التعليمي متسجبةً على دعوة الحكومة إلى إنتاج المجتمع الواعي بالتكنولوجيا.
WAWASAN UMMAH-MU
2. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI LEBIH DEWASA
3. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH
4. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI ANAK SOLEH JUA MUSLEH
5. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PELAJAR YANG TERHORMAT
6. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PENGAJAR DI AL-AMIN
7. TEKADKAN DIRI UNTUK MENJADI PENDAKWAH BERIKTIRAF
8. TEKADKAN DIRI UNTUK MENGERJAKAN AMAR MA'RUF
9. TEKADKAN DIRI UNTUK MENGERJAKAN IBADAH SUNAT
10. TEKADKAN DIRI UNTUK BERJAYA DI DUNIA AKHIRAT
MUNDURNYA AGAMA KERANA TAQWANYA
Friday, January 8, 2010
Agong titah semua pihak bertenang, hormati tempat ibadah
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, menitahkan seluruh rakyat Malaysia supaya saling menghormati tempat ibadah tanpa mengira kaum.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara hari ini, Seri Paduka amat berharap agar semangat perpaduan dan hormat menghormati antara kaum dan agama yang menjadi tunjang kekuatan negara ini sentiasa dijaga.
Tuanku Mizan menitahkan semua pihak terutamanya umat Islam agar bertenang berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan penggunaan kalimah Allah.
Seri Paduka menzahirkan harapan itu kerana kerajaan sedang mengambil langkah perlu berikutan keputusan mahkamah itu dan semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
"Bagi menjamin suasana aman dan harmoni di antara penganut yang berlainan agama, maksud dan rujukan kalimah Allah dalam konteks umum hendaklah menepati sifat yang ditetapkan oleh Islam kerana amalan ini sekian lama telah diterima baik oleh semua penganut agama lain di Malaysia," titah Tuanku Mizan.
Menurut kenyataan itu, Tuanku Mizan memandang serius terhadap isu penggunaan kalimah Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sunday, December 6, 2009
Desakan Nik Aziz undur ditolak golongan muda
| Zainal Abidin Husein |
| KOTA BHARU, 5 Dis: Penyertaan begitu ramai golongan muda dalam perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu semalam menunjukkan campurtangan Umno dalam kemelut ini hanya akan meningkatkan lagi populariti Mursyidul Am PAS itu. |
Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno
| Muhammad Yusri Amin |
|
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia. “Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam. Serentak dengan itu, beliau bersetuju dengan cadangan supaya Pakatan Rakyat Malaysia yang kini dalam proses pendaftaran diketuai Nik Aziz sebagai Pengerusinya. “Menteri Besar Kelantan perlu menjadi pemimpin kepada Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Malaysia), dan jika perkara ini terbentuk, ia akan menjadi ketumbukan yang kuat bagi melawan BN yang kini sudah lemah. “Jadi kalau dibentuk satu Pakatan Rakayat yang kuat di mana Tok Guru Menteri Besar menjadi Pengerusi atau pun ketuanya bersama sahabat yang lain dalam Pakatan, insya Allah satu pasukan yang kuat dapat dibentuk bagi mencapai kesejahteraan yang baik untuk rakyat Malaysia umumnya,” katanya. “Saya selaku aktivis pemuda, belum lagi tengok satu demontrasi yang diadakan begitu hebat, yang mana kita sama-sama menyokong kepimpinan Tok Guru Menteri Besar. “Dan kita mendoakan supaya Tok Guru Menteri Besar terus diberi kesihatan yang baik, kebijaksanaan dan kekuatan fizikal, mental dan spiritual untuk terus memerintah Kelantan,” katanya. Mengulas gesaan Umno-BN supaya Menteri Besar Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat meletak jawatan, beliau berkata sepatutnya Najib lah yang sepatutnya meletakkan jawatan. “Yang sepatutnya meletak jawatan ialah Najib dan bukan Tok Guru Menteri Besar. “Ini memandangkan pengkhianatan yang dilakukan Najib terhadap pemberian royalti minyak kepada Kelantan. “Semenangnya Najib yang sepatutnya meletakkan jawatan. Ini kerana kita semua tahu bahawa perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas telah pun termeterai sejak 1974. “Jadi oleh kerana perjanjian ini tidak dipenuhi, tidak dipatuhi mengikut saluran undang-undang, jadi dialah yang sepatutnya meletakkan jawatan dan bukan Tok Guru. “Kita adalah rakyat Kelantan, royalti minyak itu hak rakyat Kelantan, kita patut menuntut hak kita. Islam pun menuntut (supaya) kita menuntut hak kita dan kita akan teruskan usaha ini sehingga kita dapat royalty, insya Allah,” tegasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). “Jadi kalau berlaku lagi gerakan meminta supaya Tok Guru meletakkan jawatan, insya Allah seluruh ‘massa’, setiap peringkat dari semua kaum akan bangun menentang gerakan ini, dan difahamkan bahawa gerakan ini akan diteruskan di seluruh negeri dan negara,” katanya. Mengenai pengorbanannya meletakkan jawatan yang disandangnya (sebagai CEO PMBK) dianggap pengorbanan yang suci yang wajar dicontohi pegawai dan anggota kerajaan yang lain, beliau memberitahu bahawa beliau meletak jawatan itu adalah atas nasihat Tok Guru dan pimpinan PAS Pusat. “Dan perletakan jawatan ini akan ‘memutihkan’ unsur-unsur yang membolehkan Umno-BN membuat tuduhan terhadap amalan kronisma. Pun perlantikan saya, saya melihat bahawa atas kepercayaan Tok Guru dan juga apa yang telah saya lakukan selama satu tahun setengah dan sepanjang saya berada di PMBK selama lapan tahun, bahawa saya fikir saya telah banyak menyumbang kepada Islam itu sendiri dan Kerajaan Negeri. “Jadi pada hemat saya, perletakan jawatan saya merupakan satu pengorbanan, di atas nasihat pimpinan, dan saya kira dengan perletakan jawatan ini, saya harap dapat memadamkan unsur-unsur yang boleh memberi ruang melakukan fitnah oleh Umno-BN. “Namun saya tidak akan berhenti di sini, saya akan terus menyumbang untuk kesejahteraan rakyat Kelantan, parti PAS dan jamaah Islam,” katanya yang juga menantu Meneri Besar. Isu Ariffahmi CEO PMBK menjadi kontoversi apabila ada dakwaan menjadikan imej PAS tercalar dan memburukkan imej mertuanya Mursyidul Am PAS yang juja Menteri Besar Kelantan. Namun kini beliau berkorban untuk parti PAS dan jamaah Islam dengan melepaskan jawatannya setelah dikatikan dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam PMBK, manakala Mursyidul Am PAS Dato’ Nik Abdul Aziz sendiri menunjukkan sikap tegas apabila berdepan dengan isu Ariffahmi menantunya demi menjaga survival Islam dan PAS khususnya. Dalam menghadapi isunya yang kontroversi itu, Ariffahmi pada 23 November lalu pada sidang medianya menegaskan bahawa beliau akan sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat Menteri Besar. Dan menerusi siaran medianya semalam, beliau setelah berbincang dengan Menteri Besar dan pengurusan PMBK memaklumkan bahawa beliau memberi notis perletakan jawatan pada 24 Disember 2009. “Saya perlu memberi notis 90 hari dan ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010,” katanya. |
Tuesday, December 1, 2009
Doa Tok Guru:Takut Rupanya Mereka
Lantas ulama tersohor yang nampaknya lebih Umno dari Umno Tan Sri Harussani dan Datuk Nooh Gadut (insyaallah dapat Tan Sri) membuat rumusan yang nampaknya seakan tidak adil. Penyataan mereka ada kebenarannya tetapi dalam konteks apa yang yang diperkatakan oleh Tok Guru ialah mereka yang dizalimi, yang sepatutnya mendapat hak tetapi sebaliknya. Kenapa dua tokoh agama berkenaan menyatakan sesuatu yang lebih menyedapkan mereka sahaja.
Jelas kepada kita yang Tok Guru merasakan dirinya dizalimi begitu juga Kerajaan Pas dan rakyat Kelantan sepatutnya mendapat haknya. Selama 19 tahun, kelazimannya Kerajaan Pas Kelantan dizalimi dan selama 19 tahun juga Tok Guru bersabar dan sekarang diminta supaya PM melaksanakan haknya.
Rupa-rupanya mereka takut kepada doa orang yang dizalimi, Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tidak ada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Lagi peringatan Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya amalan soleh maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tidak ada baginya kejahatan, maka akan diambil kejahatan orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Maka huha-huhalah mereka membela Najib menghentam Tok Guru, Menteri Besar Perak yang tak halal menyatakan "seolah-olah terdesak untuk mendapat sokongan Rakyat," apa kebendanya minta berdoa kaitannya sokongan rakyat. Tiada kerja lain sokongan sahaja yang dicari. Nik aziz berdoa mendapatkan sokongan daripada Allah. Tambahnya, "menakut-nakutkan musuh politiknya dengan mempergunakan agama", nada mereka yang pernah menzalimi orang lain.
"Kita di dalam Umno bukan mahu mendoakan Pas berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang Pas tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (Pas) sendiri," "tak masuk akal," kata Hishammuddin. Baiknya Umno, memang mereka tidak mendoakan Pas berpecah, mungkin takut nak berdoa tetapi mereka hemtam cukup-cukup melalui tindakan walau apa cara pun.
Halim Sasar Juara Tebus Kegagalan

SUNDAY, 29 NOVEMBER 2009 11:16

KOTA BHARU - Penjaga gol sensasi Kelantan, Halim Napi bertambah yakin dengan kebolehan pemain Kelantan dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja setelah berjaya menjuarai peringkat kumpulan.
Setelah seminggu menjalani latihan kini beliau bersedia bagi berhadapan dengan pasukan Kedah di perlawanan pusingan suku akhir yang bakal diadakan Isnin ini di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.
Menurutnya, beliau meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan ini bagi menebus kegagalan beliau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ketika bertemu Negeri Sembilan.
“Walau masa latihan untuk bersiap sedia agak singkat tetapi saya tetap yakin pasukan ini boleh menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akan datang.
“Selain saya pasukan ini juga telah diperkuatkan dengan kehadiran lima pemain Liga Malaysia yang bakal membantu pasukan ini untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan,” katanya.
Lima pemain tersebut ialah Azlan Ismail dari Terengganu, Tengku Hasbullah Tengku Hassan dari KL Plus, Faizal Abdullah dari Melaka, Khairoza Azmi dan Arman Zairi dari PDRM bakal memperkasakan barisan Kelantan.
“Saya lihat melalui persaingan tahun ini, pasukan PBSMK ada harapan untuk menang lebih-lebih lagi kesemua pemain telah menjalani latihan lebih awal.
“Berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan dalam perlawanan persa-habatan lalu kesemua pemain berada dalam keadaan yang baik malah kecergasan mereka semakin bertambah setelah menjalani latihan yang ketat,” katanya.
Berdasarkan pengalaman yang ada, beliau yakin pasukan ini bakal menjuarai Piala Agong tahun ini untuk mengubati kekecewaan peminat pasukan Kelantan di atas kekalahan lalu.
“Pasukan ini perlu menjuarai kejohanan ini agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Kelantan dan saya berharap agar penyokong Kelantan hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan ini.
“Dengan sokongan penyokong Kelantan ia dapat meningkatkan lagi semangat pemain dalam perlawanan itu,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kecicirannya dalam pasukan Red Warriors bagi musim 2010, beliau enggan mengulas mengenainya malah beliau telah ditawarkan sebagai jurulatih penjaga gol Kelantan musim hadapan.
