Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, July 27, 2009

Puisi 7

APABILA DIPANAH PETIR

temanku;
aku tak mampu memberi segalanya,
kau berikanlah aku keyakinanmu,
dalam meredah onak pilu dijiwaku,
kiniku menggarapkan cinta abadimu.

temanku;
jangan tinggalkan daku lagi,
aku tak sanggup menatapmu,
aku juga pasrah pada takdir ilahi,
andainya itu semua satu realiti.

temanku;
jauhmu akan kukejari lagi,
meskipun dikau tak sanggup,
aku mohon jasa baikmu kasih,
aku tak mampu bersendirian.

teman;
aku cinta padamu hingga kini waktu,
selamanya walau kau tak mampu,
hatiku tetap menyayangi dirimu,
tuhan...restuilah perpisahan kami ini.

teman;
ku akhiri dengan kenangan terindah,
biarlah kau pergi ke sana jua kelak,
ku hanya mampu mengharapkan,
kau kembali dalam ketenangan.

teman;
kuucapkan salam yang teristimewa,
saat kau pergi di kala pagi hari,
ku tak mampu membawa diri ini,
akhirnya aku tetap mendapatkanmu.

Sunday, July 26, 2009

Aeman - Ibu bapa




marilah sama-sama kita mengenangkan kembali jasa baik ibubapa kita di mana sememangnya tidak terbalas dengan kata-kata serta harta.renung-renungkanlah.


sekian, terima kasih.


wassalam.

Senior Al-Amin Bangi G8



Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman



selamat menghayati...

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Nilai Dan Pengajaran Daripada Konserto Terakhir

assalamualaikum w.b.t.

Konserto Terakhir adalah antara novel yang dikaji bagi pelajar SPM bagi Komsas Tingkatan 5. fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Bahasa Melayu...insya-Allah.

nilai-nilainya :
  1. taat kepada Allah
  2. kasih sayang
  3. memberikan pertolongan
  4. berani
  5. tegas
pengajaran-pengajarannya :
  1. jangan bertindak mengikut emosi
  2. mengingkari perintah Allah
  3. mengamalkan sifat tolong-menolong
  4. leka akan kemewahan
keterangan di atas adalah isi sahaja dan penghuraian memerlukan ayat dan kefahaman sendiri berdasarkan teks novel yang dikaji mengikut peringkat sesebuah zon.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku rujukan Komsas T5

Wednesday, July 22, 2009

Keagungan-Mu Bukanlah Imaginasi

assalamualaikum w.b.t.

bertemu lagi pada petang yang sayup-sayup ini dengan kudrat daripada yang menjadikan serta menghidupkan kembali dari tidur di mana tidur merupakan mati kecil ataupun sepupu kepada ajal maut. ingatlah, sesungguhnya kematian itu satu penyaksian bahawa kita sudah berikrar bahawa kita adalah Islam, maksudnya, segala amalan amar ma'ruf nahi mungkar akan dinilai bermula sahaja kita sudah sahaja disahkan sebagai mukallaf.

ingin aku bicarakan pada petang ini ialah mengenai fatamorgana yang tersergam nian indah sekali sejak kita dibangkitkan diri dari tidur di malam hari. mengapa? kita perlu bersyukur atas nikmat kehidupan ini selagi mana hayat dikandung badan, Allah masih memberi kita jalan taubat yang sempurna lagi terbuka buat hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di lautan penuh manusia ini.

biarpun kita masih muda-mudi yang seringkali dikaitkan dengan tanggungjawab yang hanyalah sederhana sahaja sedangkan dalam al-Qur'an Allah telah mentakrifkan bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin sehinggalah kepada pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri. namun, remaja kini senantiasa mahu berhibur sehinggalah terleka dengan duniawi semata-mata, buktinya, kebanyakan remaja Malaysia kini telah terjebak dengan pelbagai konfik sosiolis dan lain-lain. impaknya, mereka akan mundur dalam mendalami ilmu agama Islam sendiri malahan ada antara mereka yang tidak tahu-menahu untuk mengerjakan solat dan amalan-amalan wajib.

ketika ini, wajarlah pihak kerajaan yang berkuasa kini mengubah corak pemikiran rakyat-rakyatnya mengenai aspek agama rasmi ini dengan lebih serius lagi berbanding perkara lain lebih-lebih lagi dalam bidang sukan tanah air. lebih meruncing pada masyarakat kini, status agama Islam kian dipinggirkan yang boleh dibuktikan dengan kefahaman politik yang langsung tidak berteraskan kepada al-Qur'an dan as-Sunnah namun hanya pandai berkata-kata tetapi hanya...........

akan bersambung.............sambungannya ialah kalian perlu mencari redha Allah itu walaupun terdapat banyak halangan dalam mendapatkan redha-Nya walhal Baginda sendiri sanggup naik turun naik di langit untuk mengurangkan kadar rakaat bagi solat fardhu dan ketika inilah dinamakan juga peristiwa Isra' dan Mi'raj. selamat menghayati dan akan memberi inisiatif kepada kita semua untuk menerokai segala kekuasaan serta Sunnatuallah dalam alam ini.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 18, 2009

Kemanisan Iman

assalamualaikum w.b.t.

di sini, ingin aku kongsikan bersama para pengunjung mengenai bagaimana untuk mendapatkan kemanisan iman dalam kehidupan seharian serta disusuli pula dengan kesannya. dalam masa yang sama, fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiyyah...insya-Allah.

cara-caranya :
  1. cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cinta kepada orang lain
  2. mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
  3. membenci untuk kembali kepada kekufuran
  4. sabar menghadapi ujian dan cabaran
  5. istiqamah dalam mengerjakan ibadah
  6. memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan membaca al-Qur'an
kesan-kesannya :
  1. seseorang itu bertambah rajin melakukan amal ibadah
  2. hati bertambah tenang dan tenteram
  3. wajahnya kelihatan berseri-seri
  4. rezekinya bertambah berkat
  5. sanggup berkorban nyawa dan harta untuk membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan
  6. memiliki semangant jihad yang tinggi untuk mempertahankan agama, bangsa, dan negara
secara keseluruhannya, ayuhlah kita semua menyedari dan menginsafi peranan iman sebagai penggerak utama bagi setiap individu Muslim malahan senantiasa bersedia untuk berkorban demi agama, bangsa, dan negara.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku teks PSI T4

Tuesday, June 9, 2009

Isu Semasa

BI syarat wajib lulus SPM

Oleh Nazura Ngah ( Sumber : Berita Harian, 9 Jun 2009 )
nazura@bharian.com.my


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.

Thursday, June 4, 2009

Tragedi Buruk PCB


Kota Bharu, 3 Jun 2009 – Pada waktu senja, satu kejadian yang tidak disangka sama sekali telahpun berlaku di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan di mana jalan ke tempat kejadian adalah jalan utama untuk ke pusat pelancongan khususnya Pantai Cahaya Bulan yang kini makin bertambah popularitinya. Umumnya, Pantai Cahaya Bulan pada dasarnya dikenali sebagai ‘Pantai Cinta Berahi’. Apabila tampuk pemerintahan diambil alih dan diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) maka namanya telah ditukar seperti di atas. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan nama tempat pelancongan yang diminati ramai tersebut. Maka, era baharu telahpun bermula pada awal tahu 1990-an di mana ia diketuai oleh seorang ulama’ tersohor di Kelantan. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat. Oleh itu, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil melalui kejadian tersebut.

Pertama sekali, kejadian sepeti ini sebenarnya begitu jarang berlaku di sini dan cuma sekali-sekala sahaja pernah berlaku bah besar yang mengakibatkan kebanyakan perumahan di situ rosak teruk. Dalam masa yang sama, kejadian seperti ini amat membahayakan keselamatan penduduk setempat tambahan pula mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah warga emas. Lebih meruncingkan lagi, kejadian ini kemungkinan besar boleh membawa maut jikalau mereka tidak sedarkan diri semasa dilanda angin yang kuat seperti gambar di atas. Selaku penyelidik, sesebuah tragedi yang terjadi perlulah dikaji oleh pihak yang berkenaan agar amaran awal dapat dimaklumkan kepada seluruh penduduk kampung khususnya Jabatan Kaji Cuaca. Sekurang-kurangnya, perkara tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang akan ditempuhi oleh penduduk setempat. Maka, keputusan yang utama terletak pada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan permasalahan seperti ini.

Seringkali kita merasakan bahawa kejadian tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tertentu di sebalik apa yang berlaku itu. Kebiasaannya, kita boleh kaitkannya melalui dua bahagian iaitu ilmu sains mahupun ilmu tauhid dan aqidah. Melalui ilmu sains, kejadian ini boleh dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu melalui tiupan angin monsun dan suhu di sesuatu tempat manakala ilmu agama pula akan dikaitkan dengan yang Maha Pencipta. Ilmu agama lebih kepada tuhan yang mencipta seluruh alam ini kerana Dialah yang berkuasa atas sesuatu pergerakan makhluk-Nya termasuklah alam semesta ini. Hakikatnya, Islam senantiasa mengaitkannya dengan amalan manusia sendiri yang sentiasa bertaqwa dengan Rob-Nya iaitu sama ada mengerjakan amal soleh ataupun melakukan kemungkaran maka secara tidak langsung akan menimpakan bala atas kaum tersebut termasuklah mereka yang tidak berdosa sekalipun.

Ketika ini, kebanyakan penduduk kampung tersebut mungkin sedang bertungkus-lumus untuk bergotong-royonh membersihkan atap bumbung yang rosak dan berlubang agar dapat diperbaiki sebaik yang mampu. Setibanya waktu yang sesuai, insya-Allah mereka akan memperbaikinya dengan lebih baik dan cantik lagi sekiranya mempunyai pendapatan yang mencukupi. Keperluan dan kehendak bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu dari semasa ke semasa amatlah membimbangkan dan memilukan hati yang memandang dan lebih pasrah lagi apabila melihat keadaan keluarganya yang sungguh kelesuan dan kealpaan. Jadi, peranan pihak berkuasa amat diperlukan segera tanpa memberi alasan sedikitpun kerana keadaan kini sudah menjadi kenyataan dan bukan ilusi lagi.

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama berdoa semoga tragedi yang membinasakan diri sendiri ini akan terkubur kelak dan mereka semua mengambil pengajaran lalu bertaubat dengan benar-benar taubat pada yang mentadbir sekalian alam ini. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersembunyi di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun memerlukan ketaqwaan yang tinggi dan dengan izin-Nya baharulah kita dapat melihatnya dengan mata hati. Al-Qur’an sendiri telah menceritakan bahawa banyak perkara yang aneh akan berlaku pada umat akhir zaman ini. Semoga kita semua sentiasa bersedia dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi lalu mengharapkan keberakatan-Nya sentiasa di mana sahaja kita berada.

Konklusinya, marilah kita mencadangkan agar seluruh manusia terutamanya umat Islam agar bersatu teguh untuk menegak ad-Deen Islam seluruh dunia ini tanpa mengharapkan balasan semata-mata dan ganjaran yang berlipat ganda. Meskipun kita masih insan yang kerdil namun tuhan Maha Penyampun selagi ajal kita belum sampai di kerokong dan hari kiamat kelak. Untuk pengetahuan kalian, keampunan Ilahi tidak setaraf dengan kemaafan dengan manusia biasa sedangkan para anbiya’ pun tidak pernah tercicir daripada melakukan kesilapan sama ada kacil atau besar. Malahan, Allah masih memandang pada kemaafan dan kebajikan yang dilakukan oleh para anbiya’. Oleh itu, marilah kita semua mengagungkan keabadian dan kerahmatan Ilahi tanpa mempersoalkan sama sekali.

Monday, June 1, 2009

Menara Gading Menjadi Inspirasi

assalamualaikum w.b.t.

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat-Nya kita masih diberi peluang untuk bermuhasabah diri. hari ini merupakan penggal kedua bagi tahun ini dan juga cuti untuk penggal pertama akan bermula manakala kebanyakan sekolah akan mengadakan beberapa program khas buat mereka yang akan menduduki PMR dan SPM.

pada masa yang sama, sekolah kami akan menganjurkan satu program yang dinamakan perkampungan ilmu musim pertama yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 4 Jun ini. tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar sekalian mengenai teknik-teknik menjawab soalan dan disusuli pula dengan satu slot motivasi bersama penceramah jemputan.

ketika ini, sesetengah para pelajar dan guru juga akan merancang berbagai-bagai aktiviti di samping keluarga tercinta selain daripada memenuhi agenda yang ditetapkan oleh sekolah. apa yang membanggakan kami ialah cuti selama 2 minggu membolehkan sesebuah program yang dirancang akan berjalan dengan lancar lagi menyeronokkan.

keseluruhannya, marilah kita semua memanfaatkan cuti kita dengan segala aktiviti yang akan memberikan impak yang besar pada minda setiap daripada kita sebagai umat Islam. umumnya, Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang penuh dedikasi dalam setiap perbuatan malahan apa yang dicari ialah keredhaan Allah dalam setiap amalan sama ada umum ataupun khusus.

maka dengan ini, bermulalah era baru dalam tahun ini iaitu penggal kedua telahpun bermula beberapa jam yang lalu. kita doakan moga segala amalan kita senantiasa dicucuri rahmat-Nya.

akhir bicara, hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya manakala kita hanya mampu bertekad serta berpasrah atas segala ketentuannya.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Friday, May 29, 2009

Khas Buat Teman Dan Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

assalamualaikum w.b.t.

sempena hari guru, kami di sini ingin melayangkan warkah buat para pendidik yang bijaksana lagi budiman. kami amatlah berbangga dengan para pendidik meskipun gaji yang diterima tidaklah setanding guru kerajaan.

oleh itu, di kesempatan ini jua kami memohon jutaan terima atas segala pengorbanan kalian.

akhir kalam, semoga jasa-jasa para guru diredhai Allah.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, May 23, 2009

Masanya Kian Menghampiri

assalamualaikum w.b.t.

rupa-rupanya, sudah hampir 5 bulan aku di sekolah. maknanya, lebih kurang 2 bulan lagi kami akan menduduki peperiksaan percubaan SPM. dalam kesempatan ini, saya ingin mewakili semua pelajar tingkatan 5 untuk memohon restu daripada para guru agar merahmati segala wadah yang dicurahkan. kami juga sentiasa mendoakan kejayaan para guru dalam bidang pendidikan amnya.

maka, kami sekali lagi memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. secara tidak langsung, kami mungkin telah melukakan hati sesetengah golongan guru di sekolah. sebenarnya, kami tidak berhajat untuk menyakiti hati kalian tetapi mungkin kami sedang berada dalam keadaan tertekan lebih-lebih lagi hanya tinggal beberapa bulan untuk menduduki peperiksaan yang besar bagi kami ini.

akhir kata, apa yang baik adalah dari Allah dan yang kurang adalah dari kami sendiri yang masih memerlukan banyak bimbingan.


sekian, terima kasih.

wassalam.

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

assalamualaikum w.b.t.

khas buat para guru di Sekolah Sri Al-Amin Bangi sama ada yang baharu mahupun yang lama. semoga segala ilmu yang dicurahkan itu diberkati.

akhir kalam, semoga jasa-jasa para guru diredhai Allah.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, April 4, 2009

Tika Masih Bernyawa

assalamualaikum w.b.t.

sebenarnya, hari semakin singkat dalam kehidupan kita. mengapa? kita sebenarnya makin menghampiri saat-saat kematian. oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri bersama.

antaranya, aku mahu bicarakan di sini bahawa kita adalah hamba di hadapan yang berkuasa mentadbir fatamorgana ini. apabila kita mengenangkan kisah-kisah dahulu kala, kita akan terbayangkan kisah-kisah baik dan juga buruk. maknanya, dalam kegembiraan itu juga ada pula keresahan di dalam hati.

sememangnya, kita sekadar manusia biasa yang perlu bertekad untuk mencari kebahagiaan dunia malah akhirat. ada pepatah arab berbunyi, " jika seseorang itu mengejar akhirat maka dia akan mendapat kelebihan dunia dan akhirat manakala seandainya seseorang itu mengejar dunia maka kedua-duanya dia tidak akan memperolehnya. "

selebihnya, marilah kita semua memikirkannya sendiri dan berkongsi kisah-kisah menarik mengenai masa yang telah berlalu dan dijadikan pengajaran.

aku sudahi dengan ucapan selamat bermuhasabah sesama kita.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Wednesday, March 11, 2009

Puisi 6

Pendidik Yang Berkaliber

Guru oh guruku;
Ku kutip segala wadahmu,
Ku sanjung segala pengorbananmu,
Ku mencari segala mutiaramu,
Ku tabah atas pemergianmu.

Guru oh guruku;
Bila masa akan kutemuimu,

Bila jarak sudah memisahkanmu,
Bila ilmumu menjadi kenanganku,
Bila qada' dan qadar tetapan Tuhan-Mu.

Guru oh guruku;
Andai kita bertemu lagi nanti,
Andaiku mendapat kejayaan nanti,
Andaiku memperoleh kerjaya nanti,
Andai ini juga hari terakhir kami.

Guru oh guruku;
Biar hari ini terpisah lagi,
Biar ombak menenggelamkan kami,
Biar wajahku menanti senja ini,
Biar akhir kalam menjadi bicara kami.


Sunday, March 8, 2009

PPSMI Perlu Dibanteraskan Serta Merta

assalamualaikum w.b.t.

sebagai anak kelantan dan juga warganegara malaysia turut berasa amat kecewa yang amat sangat ketika kerajaan hanya memandang sebelah mata mengenai pendidikan yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini. fikirlah suatu hari nanti, kita semua akan merana disebabkan pemimpin kini sudah tidak lagi mementingkan kebajikan rakyat serta kemudahan sedia ada yang dikurniakan allah. sewajarnya kita turut membangkang dengan segala bentuk termasuklah perhimpunan beramai-ramai demi mempertahankan anugerah yang telah dikurniakan.

sebenarnya, tradisi dan adat sesuatu bangsa perlu diterapkan hingga ke hari ini malahan kita perlu memartabatkan apa yang diajar sejak nenek moyang kerana itu satu adat warisan yang perlu dipelihara hingga ke hari ini. namun demikian, pemimpin kini sudah hilang arah tuju dalam mentadbir serta mendidik anak bangsa sendiri. ingin aku tekankan bahawa ini bukan atas dasar politik semata-mata tetapi ini hak kita sebagai hamba allah. sebaik-baiknya, kita adalah harapan kepada negara jadi bahasa ibunda perlulah dititikberatkan sama sekali agar ekonomi kita terus maju.

saat ini juga, seluruh rakyat telahpun berkecimpung dalam satu perarakan ke istana negara dengan tujuan bahasa melayu dikembalikan dalam pembelajaran sains dan matematik dan agak membanggakan sasterawan negara turut bertekad untuk mengembalikan semuanya kepada bahasa ibunda. a samad said telahpun menyuarakan dengan nada tegas bahawa kita boleh mengajar kerajaan dengan tidak mengundi mereka dalam pilihan raya kelak. semua ini adalah gara-gara sikap mereka yang terlalu mengejar kemewahan dan sudah melupai kederitaan rakyat di bawah.

oleh itu, cukuplah setakat ini dahulu celotehku sempena ulangtahun hari jadiku yang ke-17.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa