Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, September 30, 2009

Bagan Pinang Pemangkin Perubahan Selatan Semenanjung Malaysia

Dzulfikar Mashoor
Wed | Sep 30, 09 | 11:43:05 am MYT

BAGAN PINANG, 30 Sept:Pakatan Rakyat mahu menjadikan N31 sebagai pemangkin perubahan rakyat mewakili Selatan Semenanjung, sebagaimana yang telahpun ditunjukkan rakyat Pantai Barat Semenanjung dalam Thunami Politik 8 Mac lalu.

Zulkefly Mohamad Omar semalam menganggap pencalonannya bukan sekadar mewakili PAS, sebaliknya mewakili kehendak perubahan rakyat Negeri Sembilan, khususnya penduduk tempatan, di sini sendiri.

"Kita mewakili Pakatan Rakyat untuk buat perubahan. Kita masuk (sertai pilihan raya) kerana bersama kehendak rakyat,"katanya.

Mengakui pencabarnya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad lebih dikenali ahli-ahli Umno tempatan, Zulkefly mengaku beliau juga sebenarnya anak jati Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkeyakinan pengundi N31 bijak membuat perhitungan dengan memilih calon yang bersih dan amanah.

Nada yang sama turut dikongsi Presiden PAS Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang sendiri.

ImageHadi berkeyakinan rakyat akan terus menyokong calon terbaik PAS, sebagaimana yang dapat dilihat dalam tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Kita sudah melihat perubahan (dalam) tujuh (pilihan raya kecil) sebelum ini. Insya-Allah, kita yakin rakyat berkehendak perubahan di Bagan Pinang juga ujar Hadi.

Hadi turut berkeyakinan perubahan yang diramalkan berlaku di Bagan Pinang akan merebak ke negeri adat perpatih itu.

Turut menyertai sidang media di Markas Utama DAP di Batu 9, di sini; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden PKR Dr. Syed Husin Ali; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas; dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Penampilan sulung Zulkefly bersama muafakat pemimpin-pemimpin utama PAS, DAP dan PKR semalam dipercayai khalayak, mampu mengukuhkan sokongan rakyat pada cita-cita perubahan bersama Pakatan seperti sebelum ini.

Ar-Ruhul Jadid - Versi Parti Islam SeMalaysia

Puisi 9

RINTIHAN ANAK PERANTAUAN

kami tidak sanggup bersemdirian,
pada hari penuh lebaran tahun ini,
kami rindu pada suasana desa sana,
sambutannya amatlah ketara sekali.

gema takbir pada pagi hari raya,
kami bersiap sedia untuk ke surau,
tunaikan amalan solat sunat hari raya,
setahun hanyalah sekali sahaja disambut.

solat selesai makan pun selesai,
kami menadah tangan momohon ampun,
moga ayah bonda maafkan silap kami,
kekhilafan kami begitu dirasai kini.

terbayang pula suasana meriah di desa,
suasananya sungguh meriah sekali,
terkenang wajah rupa sanak saudara,
segala isi hati hanya Tuhan yang mengerti.

diakhiri rintihan dengan satu harapan,
semoga hari raya akan datang penuh erti,
kami di sini turut memohon maaf,
kerana kami tidak mampu pulang...


Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa