Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, February 7, 2009

Puisi 5

Tibanya Hari Kemusnahan

Ambang kengerian kian hampir,
Manusia masih lagi kucar-kacir,
Di mana harusnya kita bertebar,
Masjid ke kelab malam jadi tamar.

Kemusnahan itu suatu keadilan,
Haruskah kita disaksikan Tuhan,
Yang Esa sentiasa mengharapkan,
Mereka yang celaka itu kegagalan.

'Izrael datang tanpa amaran,
Mereka datang untuk tujuan,
Berdoalah tika sudah keinsafan,
Hanya Allah saja akan ampunkan.

Kini sudah dewasa hakikatnya,
Renungilah segala kesilapan kita,
Setibanya hari kemusnahan sebenarnya,
Tiada lagi taubat akan diterima-Nya.


Sekapur Sirih Buat Pembaca

assalamu'alaikum w.b.t.

bulan ini adalah bulan yang kedua dalam Hijriah mahupun Masihi. sebenarnya, perbezaan yang begitu ketara dapat dilihat ketika seseorang itu menyambut ulang tahun hari jadinya dalam setiap tahun. dalam Islam, terdapat beberapa bulan yang melimpah-ruah ganjarannya malahan Ramadhan adalah bulan yang sememangnya dipenuhi barakah. namun, kalendar Masihi lebih diberi perhatian kerana mereka menganggap bahawa itulah satu-satunya tarikh dan waktu yang sempurna berbanding yang lain terutamanya dalam menyambut ulang tahun hari jadi.

dalam usia kini, kitab-kitab Islam kian dipinggirkan dan seolah-olah generasi muda telahpun dimegah-megahkan dengan tarikh Masihi. jadi, bulan-bulan Islam tidak lagi menjadi relevan seperti zaman Baginda serta para sahabat yang sanggup bermati darah dalam memperjuangkan agama Allah. maka, segala kenikmatan Allah pada ummatnya telahpun pudar kerana kita sendiri telah menyebabkan agama barakah ini telah dimain-mainkan oleh golongan Yahudi La'natuallah.

konklusinjya, keberkatan itu hadir pada mereka yang benar-benar bersyukur dengan keesaan dan anugerah yang dikurniakan oleh-Nya. keseluruhannya, marilah kita menegakkan kembali agama nabi kita dengan penuh kesungguhan dan ketabahan.

sekian, terima kasih.

wassalam.

' Imbasan Ilhamku '

assalamu'alaikum w.b.t.

sebenarnya, hampir sebulan sudah aku menggunakan alamat baharu untuk blogku ini. kini, aku sedang mencari kisah-kisah yang menarik agar dapat dinikmati bersama para pembaca sekalian. apa-apapun sebenarnya, cukuplah sekadar imbasan ilhamku yang akan menerangi seluruh kegelapan dalam masyarakat kini.

harapanku pada lembaran kali ini agar lebih memberi gambaran umum mengenai permasalahan dunia Islam setelah berkurun lamanya yang pernah bertakhta sehingga 2 per 3 dunia sekaligus. aku selaku penulis buat kali ini, pembacaan bahan ilmiah selain al-Qur'an dan as-Sunnah begitu membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalah melainkan ajal maut.

baiklah, para pembaca yang budiman dan diredhai Allah, aku ingin luahkan segala-galanya namun takdir tidak memberikan aku untuk sentiasa aktif dalam menyiapkan sesuatu bahan itu dalam masa terdekat seperti ini. akhir kalam, aku akan terus-menerus untuk menyebarkan segala kebaikan berdasarkan pengalaman mahupun pembacaan dari segala aspek umumnya.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Friday, February 6, 2009

Sunday, February 1, 2009

Februari Sudah Bermula

assalamu'alaikum w.b.t.

bersyukur kepada Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. hari ini sudahpun memasuki bulan Februari. bagi aku, masa kian kesempitan andai aku belum benar-benar bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM yang akan tiba sekitar bulan 11 kelak. sebagai langkah awal, aku berusaha untuk mengurangkan penggunaan komputer termasuklah mengemas kini laman ini. aku memohon maaf kepada para pembaca kerana bahan-bahan yang ingin dikongsikan mungkin akan dikurangkan dari semasa ke semasa.

pada bulan ini juga, sekolah akan mengadakan beberapa kali latihan sukan malahan kelas tambahan akan bermula pada hari Isnin dan Khamis tetapi sepanjang latihan sukan kelas tambahan hari Isnin akan ditunda sehingga latihan tersebut selesai. aku juga bercadang ingin menyusun masa dengan perkara-perkara yang bermanfaat ketika masa lapang.

akhir kalam, doakan kami semua semoga berjaya di dunia dan akhirat. segala yang baik adalah dari Allah manakala yang buruk hadir dari kesilapan kami sendiri. benarlah kata pepatah, ' rambut sama hitam tetapi hati lain-lain '.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Skrip Al-Qur'an

Your IP and Google Map location

Skrip As-Sunnah

Media Massa