Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, July 27, 2009

Puisi 7

APABILA DIPANAH PETIR

temanku;
aku tak mampu memberi segalanya,
kau berikanlah aku keyakinanmu,
dalam meredah onak pilu dijiwaku,
kiniku menggarapkan cinta abadimu.

temanku;
jangan tinggalkan daku lagi,
aku tak sanggup menatapmu,
aku juga pasrah pada takdir ilahi,
andainya itu semua satu realiti.

temanku;
jauhmu akan kukejari lagi,
meskipun dikau tak sanggup,
aku mohon jasa baikmu kasih,
aku tak mampu bersendirian.

teman;
aku cinta padamu hingga kini waktu,
selamanya walau kau tak mampu,
hatiku tetap menyayangi dirimu,
tuhan...restuilah perpisahan kami ini.

teman;
ku akhiri dengan kenangan terindah,
biarlah kau pergi ke sana jua kelak,
ku hanya mampu mengharapkan,
kau kembali dalam ketenangan.

teman;
kuucapkan salam yang teristimewa,
saat kau pergi di kala pagi hari,
ku tak mampu membawa diri ini,
akhirnya aku tetap mendapatkanmu.

Sunday, July 26, 2009

Aeman - Ibu bapa




marilah sama-sama kita mengenangkan kembali jasa baik ibubapa kita di mana sememangnya tidak terbalas dengan kata-kata serta harta.renung-renungkanlah.


sekian, terima kasih.


wassalam.

Senior Al-Amin Bangi G8



Hijjaz - Kau Sahabat Kau Teman



selamat menghayati...

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 25, 2009

Nilai Dan Pengajaran Daripada Konserto Terakhir

assalamualaikum w.b.t.

Konserto Terakhir adalah antara novel yang dikaji bagi pelajar SPM bagi Komsas Tingkatan 5. fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Bahasa Melayu...insya-Allah.

nilai-nilainya :
  1. taat kepada Allah
  2. kasih sayang
  3. memberikan pertolongan
  4. berani
  5. tegas
pengajaran-pengajarannya :
  1. jangan bertindak mengikut emosi
  2. mengingkari perintah Allah
  3. mengamalkan sifat tolong-menolong
  4. leka akan kemewahan
keterangan di atas adalah isi sahaja dan penghuraian memerlukan ayat dan kefahaman sendiri berdasarkan teks novel yang dikaji mengikut peringkat sesebuah zon.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku rujukan Komsas T5

Wednesday, July 22, 2009

Keagungan-Mu Bukanlah Imaginasi

assalamualaikum w.b.t.

bertemu lagi pada petang yang sayup-sayup ini dengan kudrat daripada yang menjadikan serta menghidupkan kembali dari tidur di mana tidur merupakan mati kecil ataupun sepupu kepada ajal maut. ingatlah, sesungguhnya kematian itu satu penyaksian bahawa kita sudah berikrar bahawa kita adalah Islam, maksudnya, segala amalan amar ma'ruf nahi mungkar akan dinilai bermula sahaja kita sudah sahaja disahkan sebagai mukallaf.

ingin aku bicarakan pada petang ini ialah mengenai fatamorgana yang tersergam nian indah sekali sejak kita dibangkitkan diri dari tidur di malam hari. mengapa? kita perlu bersyukur atas nikmat kehidupan ini selagi mana hayat dikandung badan, Allah masih memberi kita jalan taubat yang sempurna lagi terbuka buat hamba-hambaNya yang masih terkapai-kapai di lautan penuh manusia ini.

biarpun kita masih muda-mudi yang seringkali dikaitkan dengan tanggungjawab yang hanyalah sederhana sahaja sedangkan dalam al-Qur'an Allah telah mentakrifkan bahawa setiap daripada kita adalah pemimpin sehinggalah kepada pemimpin sesebuah kerajaan itu sendiri. namun, remaja kini senantiasa mahu berhibur sehinggalah terleka dengan duniawi semata-mata, buktinya, kebanyakan remaja Malaysia kini telah terjebak dengan pelbagai konfik sosiolis dan lain-lain. impaknya, mereka akan mundur dalam mendalami ilmu agama Islam sendiri malahan ada antara mereka yang tidak tahu-menahu untuk mengerjakan solat dan amalan-amalan wajib.

ketika ini, wajarlah pihak kerajaan yang berkuasa kini mengubah corak pemikiran rakyat-rakyatnya mengenai aspek agama rasmi ini dengan lebih serius lagi berbanding perkara lain lebih-lebih lagi dalam bidang sukan tanah air. lebih meruncing pada masyarakat kini, status agama Islam kian dipinggirkan yang boleh dibuktikan dengan kefahaman politik yang langsung tidak berteraskan kepada al-Qur'an dan as-Sunnah namun hanya pandai berkata-kata tetapi hanya...........

akan bersambung.............sambungannya ialah kalian perlu mencari redha Allah itu walaupun terdapat banyak halangan dalam mendapatkan redha-Nya walhal Baginda sendiri sanggup naik turun naik di langit untuk mengurangkan kadar rakaat bagi solat fardhu dan ketika inilah dinamakan juga peristiwa Isra' dan Mi'raj. selamat menghayati dan akan memberi inisiatif kepada kita semua untuk menerokai segala kekuasaan serta Sunnatuallah dalam alam ini.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Saturday, July 18, 2009

Kemanisan Iman

assalamualaikum w.b.t.

di sini, ingin aku kongsikan bersama para pengunjung mengenai bagaimana untuk mendapatkan kemanisan iman dalam kehidupan seharian serta disusuli pula dengan kesannya. dalam masa yang sama, fakta ini sedikit sebanyak dapat membantu aku dalam menjawab SPM bagi subjek Pendidikan Syariah Islamiyyah...insya-Allah.

cara-caranya :
  1. cinta kepada Allah dan Rasul-Nya lebih daripada cinta kepada orang lain
  2. mengasihi sahabatnya semata-mata kerana Allah
  3. membenci untuk kembali kepada kekufuran
  4. sabar menghadapi ujian dan cabaran
  5. istiqamah dalam mengerjakan ibadah
  6. memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat sunat dan membaca al-Qur'an
kesan-kesannya :
  1. seseorang itu bertambah rajin melakukan amal ibadah
  2. hati bertambah tenang dan tenteram
  3. wajahnya kelihatan berseri-seri
  4. rezekinya bertambah berkat
  5. sanggup berkorban nyawa dan harta untuk membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan
  6. memiliki semangant jihad yang tinggi untuk mempertahankan agama, bangsa, dan negara
secara keseluruhannya, ayuhlah kita semua menyedari dan menginsafi peranan iman sebagai penggerak utama bagi setiap individu Muslim malahan senantiasa bersedia untuk berkorban demi agama, bangsa, dan negara.

sekian, terima kasih.

wassalam.


sumber : buku teks PSI T4

Skrip Al-Qur'an

Your IP and Google Map location

Skrip As-Sunnah

Media Massa