Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, October 9, 2010

PeMbErItAhUaN

salam...,

untuk pengetahuan semua, penulis telah menambah satu lagi blog.
tujuannya adalah kesinambungan dari blog ini, cuma agak lebih
kepada perbincangan dan pandangan umum di blog terkini.

alamatnya ialah, www.sinaranpujangga.blogspot.com

sekian, terima kasih.

Sunday, August 29, 2010

JADUAL PIALA M'SIA 2010

KUMPULAN A

  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS
KUMPULAN B
  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah
KUMPULAN C
  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM
KUMPULAN D
  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United
Jadual Suku Akhir (12 dan 16 Oktober 2010):
  • Match 1: Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan D
  • Match 2: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan C
  • Match 3: Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan B
  • Match 4: Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan A
Jadual Separuh Akhir (20 dan 23 Oktober 2010):
  • Pemenangan Match 1 vs Pemenang Match 3
  • Pemenangan Match 2 vs Pemenang Match 4
Jadual Perlawanan Akhir: 30 Oktober 2010:

  • Pemenangan Match 2 @ 4 vs Pemenang Match 1 @ 3

    Sunday, August 22, 2010

    Hujan Pembawa Rahmat

    ku berserah hanya pada-Mu,
    ku pendamkan resah di hati,
    ku mahukan keserasian lagi,
    ku hanya mampu berserah.


    andai diriku kini terhenti,
    andai kusisih lagi kelak,
    andai tatkala masih di sini, 
    andainya Kau ampuniku.. .


    biarkan hujan selalu berderai,
    biarkan tuduhan terus dilandai,
    biarkan aku terus begini kelak,
    biarkan kau tetap di sisiku.


    kalammu ibarat permata licin,
    kalammu ku teguh di hadapan,
    kalammu ku sanjung penuh.


    barakallah...ameen.

    Sunday, August 8, 2010

    AL KULLIYYAH [Berhias]

    From Wikipedia, the free encyclopedia

    Coordinates: 6°8′N 102°15′E

    Kota Bharu
    哥打巴鲁كوت بهارو

    Jalan Temenggong, Kota Bharu

    Kota Bharu is located in Malaysia

    Kota Bharu

    Coordinates: 6°8′0″N 102°15′0″E

    Country
    Malaysia

    State
    Kelantan

    Area

    - Total
    394 km2 (152.1 sq mi)

    Population (2009)

    - Total
    577,301

    - Density
    1,465/km2 (3,794.3/sq mi)

    Time zone
    MST (UTC+8)

    - Summer (DST)
    Not observed (UTC)

    Postcode

    Area code(s)
    09

    Website
    http://www.mpkb.gov.my/

    Kota Bharu (Jawi:كوت بهارو), a city in Malaysia, is the state capital and Royal City of Kelantan. It is also the name of the territory (jajahan) in which Kota Bharu City is situated. The name means 'new city' or 'new castle/fort' in Malay. Kota Bharu is situated in the northeastern part of Peninsular Malaysia, and lies near the mouth of the Kelantan Riverat 6°8′N 102°15′E. In 2005, it had an estimated population of 425,294, making it one of the largest towns on the east coast of Peninsular Malaysia. By 2009, it became by far the most populous town on the east coast of Peninsular Malaysia with an estimated population of 577,301 and continues to increase to the estimated population of 609,886 in 2010 thus make it the most dense town on the east coast of Peninsular Malaysia. Kota Bharu is at rank of 10th in the list of the largest cities in Malaysia.

    This northeastern Malaysian city is close to the Thai border, and is home to many mosques. Also of interest are various museums and the unique architecture of the old royal palace (still occupied by the sultan and sultanah and off-limits to visitors but viewable from outside) and former royal buildings (which can be visited) in the center of town.

    The City is served by Keretapi Tanah Melayu's East Coast Line at the nearby Wakaf Bharu Terminal Station, in the town of Wakaf Bharu across the Kelantan River to Stestn Railway Station and Sultan Ismail Petra Airport, located inPengkalan Chepa.

    Kubang Kerian

    From Wikipedia, the free encyclopedia

    Kubang Kerian is a town and also a parliamentary constituency in Kota Bharu district, Kelantan, Malaysia. The Universiti Sains Malaysia (USM) branch campus is located here. This campus is also referred to as the USM Health Campus. The campus houses 3 schools - the School of Medical Sciences, the School of Dentistry and the School of Health Sciences. A 800-bed teaching hospital is located on campus. This is the Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Kubang Kerian is about 10-15 minutes drive from Kota Bharu, the capital city. Kubang Kerian is about 40-45 minutes from the airport in Pengkalan Chepa.

    Kubang Kerian has become a new economic hub for Kelantan. The setup of the USM campus in Kubang Kerian since 1983 has attracted other businesses to move to Kubang Kerian, which help to boost the economy of Kubang Kerian. Kubang Kerian now has a fresh market, daily night markets, , Friday night market, Monday night market, several fresh chicken slaughter outlets, a recent KFC outlet, 2 bakeries, a few photoshops, 2 pharmacies, a few furniture shops, 2 bookshops, 1 shoe shop, a cobbler, many beauty shops and many eateries.

    A majority of the people of Kubang are Muslims. There are many mosques but no church nor temple. The largest mosque is the Kubang Kerian blue mosque, 5 minutes from USM.

    Misi Bantuan Gaza Tiba Di Kaherah

    Bantuan kemanusiaan Konvoi Ramadan di Gaza (Radig) yang dianjurkan oleh Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berlepas ke Gaza pada jam 9 malam tadi dengan misi untuk membantu rakyat Gaza yang dibeli kemelut politik Arab-Israel.

    Ketua Delegasi Radig, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata biarpun misi Gaza sebelum ini gagal namun masyarakat antarabangsa tidak putus asa dan akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

    Peserta konvoi Radig telah tiba di Kaherah Mesir pada jam 7 petang tadi.

    Misi Radig kali ini disertai oleh 45 peserta yang mewakili pelbagai jenis badan dan instutusi.

    Antaranya ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sendiri, aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO), pensyarah, usahawan, ahli parlimen, pelajar, peguam dan pihak media yang mewakili Sinar Harian, Astro Awani serta TV Selangor sendiri.

    “Tapi saya kira ini membuka ruang kepada kita bagaimana bantuan itu dapat disampaikan walaupun walaupun tidak dapat disampaikan dengan kunatiti yang kita hendak tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya ikut perancangan untuk kali ini.”

    Azmi berkata selain memberikan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, misi kali ini juga akan membuat pelbagai jenis kajian yang melibatkan status pendidikan, keadaan masjid, infrastuktur, taraf kesihatan dan nasib golongan wanita dan kanak-kanak di sana.

    Azmi turut berkata segala maklumat yang diperolehi kali ini  di Gaza akan didokumentasikan sebagai laporan rujukan untuk rakyat Malaysia yang akan disiarkan di media cetak dan elektronik. 

    Ketika ditanya TV Selangor, apakah pendorong bagi misi ke Gaza kali ini setelah misi yang lalu gagal, ini jawapan Azmi.

    “Dulu bantuan yang kita hendak bawa masuk disekat bermakna ia tidak berada di tangan Israel mahupun tangan kita bagaimanapun kali ini kita melalui jalan darat, dan kalau berlaku apa-apa lagi, kita boleh dapatkan bantuan daripada Gaza. Jadi saya yakin ini sahaja pilihan yang ada walaupun kita akan lalu melalui banyak tempat berhenti.”

    Pada Mei tahun ini, enam konvoi bantuan kemanusiaan Flotilla Pembebasan Gaza yang membawa bantuan perubatan, makanan dan bahan pembinaan diserbu dan dirampas angkatan tentera Israel.

    Konvoi anjuran Gerakan Bebaskan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia Turki ini adalah usaha antarabangsa yang kesembilan sejak 2008 untuk memecahkan sekatan laut yang dikenakan rejim Tel Aviv keatas Semenanjung Gaza, selepas gerakan Hamas memenangi pilihanraya demokrasi dan membentuk kerajaan yang sah.

    Dalam pada itu Dalam pada itu, TV Selangor juga mendapatkan reaksi peserta Radig. 

    “Memang kalau PR sebelum ini pun memang suka aktif dalam bantuan kemanusiaan, kita daripada PR memang adanya bencana dan sebagainya, kami menjadi orang pertama untuk ke depan yang memberikan bantuan kepada mereka-mereka yang teraniaya,” kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

    “Bantuan yang kita bawa sama ada dari segi bentuk kewangan, bantuan perubatan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak sebagainya, kita harap kita dapat masuk dan memberi satu input yang terbaiklah,” kata Adun Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

    “Saya beharapkan semangat Ramadan Gaza yang menuntut kita untuk melakukan pengorbanan dan jihad itu dapat digambarkan apabila rakan-rakan kita turun membantu teman-teman seagama di Gaza ini,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.

    “Alhamdullilah saya penuh harapan untuk dapat membantu sedikit sebanyak sebagai hamba Allah yang kekuatan yang terhap tetapi kita cuba membantu apa yang disarankan dan difirmankan yang dituntut dalam agama Islam,” kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin.

    “Itulah kekuatan yang kita ingin tunjukkan pada dunia bahawa Gaza tidak seorang, Israel ini pun bukan kuat sangat pun teta;pi barangkali dia pun takut pada masa flotilla lalu, Obama pun takut juga dengan tekanan dari Turkey itu,” kata NGO Teras Keupayaan Melayu, Jaliluddin Jamaluddin.

    “Kalau boleh masuk ke Gaza tengok tu baguslah tetapi mereka kata bergantung kepada keselamatan dan kalau keselamatan bagus, kita akan masuk ke Gaza,” kata Wartawan TV Selangor, Mustaffa Kamal Alias.

    “Saya rasa ini adalah salah satu daripada tugas dan mewakili TV  Selangor mendokumentasikan perjalan misi Gaza kali ini dan dalam masa yang sama juga kita dapat melihat sendiri yang selama ini di mata kaca tv sahaja,” kata Jurukamera Video TV Selangor, Ebrahim Harris Ismail.

    “Misi kedua masih lagi macam yang dulu, misi adalah untuk yang pertamanya kita sebagai wartawan kan adalah untuk mengetengahkan konflik AsiaBarat, bagaimana keadaan sebenar di Sempadan Rafah, kekangan yang dihadapi kerana itu kita boleh katakan sebagai talian hidup dan harapan setengah juta penduduk di Gaza dan bagi NGO kita jelas misinya adalah bagi menyekat sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis dan pihak Russia,” kata Wartawan Astro Awani, Ahswad Ismail.

    -Sumber-

    www.tvselangor.com

    Friday, August 6, 2010

    Sekat pergaulan bebas,bukan kahwin awal.

    Hazayani Zakaria

    KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar).

    Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

    "Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

    "Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

    "Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

    Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

    "Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

    "Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

    Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

    "Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

    Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

    "Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

    Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

    Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

    -Sumber-
    www.harakahdaily.net

    Thursday, August 5, 2010

    Keluhurannya Ibarat Sebutir Sinaran Mutiara

    Dewasa ini, kebanyakan golongan anak-anak masih menganggap kedua ibu bapa mereka hanyalah sekadar tempat untuk meminta bantuan pertolongan tatkala dalam kesukaran sahaja. Secara amnya, situasi sebegini amatlah perit bagi mereka yang bergelar ibu bapa kepada seseorang anak untuk menanggung keadaan sedemikian kerana jagaan mereka selama ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Sedangkan tujuan utama mereka adalah untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat hatta negara sekali pada masa akan datang ataupun di mana mereka tua kelak. Oleh itu, marilah sama-sama kita merungkai sebuah kisah yang berkisarkan seorang ibu tunggal yang tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anaknya sejak akhir-akhir ini.

    Sekitar tahun 2010 sahaja, berbagai-bagai kisah suka dan duka yang dilalui oleh ibu tunggal tersebut bersama beberapa orang anaknya yang masih lagi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pendidikan. Dalam masa yang sama, situasi seperti itu sedekitpun tidak mematahkan semangat si ibu untuk mentarbiyah anak-anaknya yang kian meningkat dewasa itu tetapi seringkali mendampingi setiap anak-anaknya setiap hari. Menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah merupakan rutin harian si ibu selain menyediakan keperluan harian seperti penyediaan makanan dan minuman. Walau berada dalam keadaan uzur, beliau masih lagi menyembukan kesakitannya demi pelajaran anak-anaknya tidak terjejas semakin teruk. Secara tidak langsung, keluarga ini sebenarnya sudah kehilangan ayah mereka pada 14 Februari yang disebabkan oleh kanser paru-paru yang dialaminya sejak setahun yang lalu. Hakikatnya, keluarga ini senantiasa menghadapi ujian yang sukar untuk diterima pada mata kasar. Semoga Allah memberkati keluarga ini hingga akhir hayat mereka.

    Selain itu, arwah ayah mereka merupakan salah seorang pendidik di Malaysia yang begitu banyak jasanya buat anak-anak bangsa kerana beliau adalah seorang guru yang berdedikasi dalam tugas yang diamanahkan kepadanya malahan beliau ialah seorang yang professional dalam apa jua perkara yang terjadi sama ada dalam keadaan genting mahupun tenteram. Beliau berkhidmat di bawah majikan MARA selama lebih kurang 20 tahun lamanya sebelum ditawarkan meneruskan pengajarannya di UKM dalam bidang Matematik Kejuruteraan amnya. Seperti mana yang diketahui oleh rakan-rakan karib beliau, beliau merupakan seorang individu yang bersifat tawadhu’ di waktu susah mahupun senang dan semua itu terbukti dengan ketekadan beliau untuk tidak menyusahkan orang lain meskipun dalam keadaan terdesak sekalipun. Ketika ini juga, anak sulongnya mengakui bahawa ayahnya kerap kali member dorongan dan mutiara kala dalam kehidupan seharian namun sejak dipanggil Ilahi anaknya sudah kehilangan sebuah sinaran mutiara yang tiada ganti. Dan pada akhir hayatnya juga beliau amat mementingkan pendidikan buat setiap anak-anaknya sendiri. Beliau layak digelar ‘ Bapa Mithali ’.

    Secara keseluruhannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengerti perjalanan keluarga dia atas. Akhir kalam, moga mereka sentiasa tabah dengan semua ujian ini dan melindungi mereka selaku anak yatim.

    Wallahu’alam.

    -Sumber-
    keluarga arwah Nik Rusdi bin Hj. Yaacob

    Muhyiddin Sabotaj Gagasan 1Malaysia Najib?

    Oleh Faizal Ezzany
    SHAH ALAM 5 Ogos - Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 1Malaysia gagal mencapai matlamat menyatukan rakyat membuktikan beliau tidak pernah bersetuju dengan gagasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.
    Persoalan timbul dipemikiran rakyat motif sebenar Muhyiddin mengeluarkan kenyataan itu tatkala bos beliau sedang bercuti di luar negara.
    Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad melontarkan teori sama ada 1Malaysia Najib kini telah menemui jalan mati apabila timbalannya sendiri serta mentor politiknya berpendapat gagasan itu gagal mencapai matlamatnya. 
    Beliau menjelaskan komen Muhyiddin tersebut mencerminkan keadaan sebenar yang sedang bergolak di dalam Umno dan juga pentadbiran Najib.Ia juga mengambarkan impian 1Malaysia hanyalah untuk kepentingan politik Perdana Menteri sahaja dan bukannya ikhlas terhadap rakyat.
    “Maka sahlah seperti yang dikatakan dan didakwa bahawa Datuk Seri Najib memang keseorangan memperjuangkan 1Malaysia. Musuh sebenar Najib ialah orang Umno sendiri dan dalam situasi begini, Najib tidak memerlukan musuh lain lagi.
    "Kegagalan 1Malaysia sebenarnya bukan disebabkan rakyat tetapi oleh golongan yang berada dalam Umno dan rapat dengan Najib. Sekarang jelas musuh sebenar Najib adalah mereka yang menjadi orang kepercayaannya bukannya kita daripada Pakatan Rakyat," kata Dr Dzulkefly pada sidang media di ibu pejabat PAS semalam.
    Sehubungan itu Ahli Parlimen Titi Wangsa Dr Lo' Lo' Ghazali, yang turut hadir pada sidang media itu melahirkan rasa hairan mengapa Muhyiddin membuat kenyataan tersebut semasa Najib bercuti.
    "Saya hairan kenapa isu 1Malaysia ini dibangkitkan ketika Najib berada di luar negara? Adakah Timbalan Perdana Menteri hanya berani bersuara tentang kegagalan 1Malaysia ketika Perdana Menteri bercuti, kenapa tidak mempersoalkannya sewaktu sidang Dewan Rakyat ataupun ketika Najib berada dalam negara?
    "Bagi saya konsep Najib bukan sahaja gagal menyatukan semua kaum di negara ini malah juga menjadi penyebab berlakunya perpecahan antara orang Melayu kerana politik sempit Umno," tegas Dr Lo' Lo'
    Ahli PArlimen Shah Alam Khalid Samad juga berkongsi pendapat dengan mengatakan kempen yang dikatakan telah meningkatkan ‘rating’ Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia mungkin ada asasnya kerana daripada pemantauan yang dibuat, rakyat menerima kempen tersebut. 
    "Kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre menunjukkan rakyat menerima kempen tersebut. Bagaimanapun ini tidak bermakna rakyat menerima tindakan Najib dan Umno tapi yang diterima rakyat adalah konsepnya. 
    Pada rakyat ini satu konsep yang perlu diperjuangkan tapi Umno bukanlah 'vehicle'nya "Bagi saya walaupun Umno mempelopori 1Malaysia namun Pakatan Rakyat sudah lebih dahulu menghayati konsep ini. Pakatan Rakyat sebenarnya yang layak menyatukan seluruh kaum di negara ini bukannya Umno," jelas Khalid Samad.
    1Malaysia diperkenalkan Najib sebagai slogan pentadbirannya sejurus mengangkat sumpah sebagai pPrdana Menteri keenam pada 3 April 2009.
    Namun pada Mac lalu, kajian Jabatan Penerangan mendapati rakyat tahu mengenai kewujudan konsep 1Malaysia tetapi masih belum faham mengenainya. 

    -Sumber-
    www.suara-keadilan.com



    Mahasiswa IPTA, IPTS Desak ISA, Auku Dimansuhkan, Janji Undi Pakatan Rakyat Pada PRU-13

    Oleh Rusnizam Mahat

    SHAH ALAM 5 Ogos - Pertubuhan mewakili golongan mahasiswa di dalam dan luar negara mengecam tindakan ganas dan tidak berperikemanusian yang dilakukan pihak keselamatan terhadap peserta perhimpunan aman majlis mengenang kezaliman 50 tahun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ahad lalu.

    Persatuan mahasiswa tersebut menyelar tindakan polis dan anggota Unit Simpannan Persekutuan (FRU) yang membelakangkan prinsip dan hak kebebasan bersuara seperti yang dijamin dalam Perlembagaan negara.

    Pertubuhan Demokratik Mahasiswa Bersekutu (PDMB) memberi amaran kepada kerajaan supaya segera memansuhkan ISA dan Akta Universiti dan Kolej (Auku).

    Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mahasiswa akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

    "Kami mahasiswa bersekutu di UKM, UM, USM, UUM, UIA, UPSI, UiTM, UTM, UPM, UMSbh, UMSwk dan lain-lain IPTA dan IPTS bersama-sama dengan Selproa dan jutaan rakyat Malaysia yang membenci ISA dan mahu akta zalim ini dihapuskan. Kami berjanji akan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat dalam PRU-13 jika ISA dan AUKU tidak dihapuskan sebelum PRU-13," kata PDMB dalam satu kenyataan.

    PDMB menyifatkan tindakan liar dan ganas pihak keselamatan terhadap peserta himpunan ISA minggu lalu didalangi oleh Umno-Barisan Nasional.

    "Ini kata dua kami kepada kerajaan Umno-BN. Oleh itu jangan mempersendakan pelajar IPTA/IPTS dengan kebusukan undang-undang Auku dan beri kebebasan kepada kami untuk berpolitik, jangan hanya guru sahaja dibenarkan sedangkan mereka 100 peratus penyokong secara paksa dan tanpa rela kepada Umno," tegas presidennya Iskandar Zulkarnain.

    Kenyataan tersebut merupakan reaksi daripada desakan Timbalan Presiden Keadilan, Senator Dr Syed Husin Ali di Dewan Negara Parlimen Isnin lalu berhubung pemanansuhan Auku dan penglibatan politik mahasiswa.

    Menurut Iskandar lagi, PDMB yang dianggotai 99 pertubuhan mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh negara turut membantah sekerasnya penahanan empat mahasiswa Universiti Malaya semasa pilihan raya kecil di Hulu Selangor April lalu.

    "Pertuduhan tersebut bersifat jahat, berat sebelah dan menghina tujuan baik pelajar tersebut untuk membuat kaji selidik berkenaan dengan kemantapan dan keberkesanan kempen pilihan raya dan gejala rasuah dalam siri pilihan raya kecil. 

    "Kami menyeru kerajaan Umno-BN supaya bertindak waras dan profesional, jika guru diberi kebebasan berpolitik kenapa kami kumpulan mahasiswa bakal pemimpin masa depan yang dedikasi dan berkarisma dinafikan hak kebebasan berpolitik mengikut pilihan dan kefahaman kami," ujar beliau.

    Sementara itu sokongan menuntut ISA dan Aiku dimansuhkan turut diterima dari bekas Persatuan Pelajar UTAR (KL), TARC (KL), Liverpool John Moores University (UK), Sheffield Hallam Universtiry (UK), Curtin Universiti (Miri), Swinburn University (Kch) dan Sunway Universtity yang membantah sekeras-kerasnya kewujudan kedua-dua akat zalim tersebut. 

    "Akta zalim berkenaan telah menafikan hak asasi tokoh politik, rakyat dan mahasiswa di negara ini. Kami berjanji akan mengundi pihak yang berkaliber untuk memansuhkan ISA dan Auku yang sedia ada dalam PRU-13 akan datang," tegas kumpulan pertubuhan mahasiswa tersebut.

    -Sumber-
    www.suara-keadilan.com

    Wednesday, August 4, 2010

    Persiapan Ramadan


    Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

    Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

    Apakah persiapan fizikal?

    Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

    Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?

    Persiapan yang kedua ialah akal.

    Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

    Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyers khusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

    Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

    Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

    Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

    Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

    Sekian, wassalam.

    -Sumber-
    http://www.iluvislam.com/

    Friday, April 30, 2010

    muhasabah diri - 4/2010


    بسم الله الرحمن الرحيم


    MENITI HARI MENDATANG DENGAN
    PENUH DEBARAN JUA
    PENGHARAPAN...

    dengan namaMu aku dihidupkan dan dimatikan, hanya Engkau tempat aku memohon rahmatMu. awwalan, kini aku sedang menanti hari-hari yang sungguh bermakna tatkala di dunia ini, aku berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang ugama di mana aku minati selama ini. cuma, mampu mahupun tidak untuk aku menjejaki ke tempat yang diidamkan sebelum ini...


    ketika ini, aku kian sibuk dengan urusan-urusan yang melibatkan keperluan asas di mana semua itu perlu disediakan sebelum meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. dalam fikiranku kini, aku memohon dan pasrah agar aku terpilih untuk diterima masuk belajar di salah sebuah universiti tempatan di Negeri Terengganu Darul Iman. dahulunya, dikenali sebagai KUSZA namun kini telah digabungkan pula dengan UDIM.


    secara tidak langsung, aku telahpun mendaftarkan diri di IPTS sebagai langkah awal sekiranya aku tidak meneruskan pengajian di UDIM. di situ, aku telah memilih bidang Dakwan Wal Qiadah, Dakwah Dan Kepimpinan. seboleh-bolehnya juga aku berharap supaya aku mampu menjadi da'ei yang bermaruah dan semestinya aku bercadang untuk berkecimpung dalam parti politik sebarang medan untuk teruskan perjuangan Islam...

     فقط لأجلك أعيش على هذه الأرض
    آمين

    Thursday, April 29, 2010

    Guru...


    Kenali Dirimu Wahai Guru
    www.iluvislam.com
    Dihantar oleh : permata emas
    Editor : arisHa27


    Dalam menyoroti perjuangan dan cabaran tugas seseorang guru itu, Sasterawan Negara, Dato' Usman Awang telah tergerak hati untuk menukilkan sebuah sajak khusus bagi menghargai jasa-jasa warga guru yang bertajuk 'Guru Oh Guru' ;
    Dialah pemberi paling setia, 
    Setiap akar ilmu miliknya, 
    Pelita dan lampu segalanya, 
    Untuk manusia jadi dewasa 

    Dialah ibu bapa dan sahabat, 
    Alur kesetiaan mengalir nasihat, 
    Pemimpin yang ditauliah segala umat, 
    Seribu tahun katanya berhikmat. 

    Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa, 
    Jika hari ini Raja menaiki takhta, 
    Jika hari ini presiden sebuah negara, 
    jika hari ini ulama mulia, 
    Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa, 
    Dengan lembut sabar, 
    Mengajar tulis baca. 

    Di mana dia berdiri di muka muridnya, 
    Di sekolah mewah di ibu kota, 
    di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu, 
    Dia guru wakili seribu buku. 

    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa, 
    Semakin bererti tugasnya pada negara, 
    Jadilah apa pun pada akhirnya, 
    Budi yang diapung di dulang ilmu, 
    Panggilan keramat 'cikgu' terpahat, 
    Menjadi kenangan ke akhir hayat. 



    Demikian syahdunya pujian dan sanjungan beliau terhadap tugas seorang guru kepada anak bangsa. Meskipun pada waktu yang sama tugas anggota polis, tentera, bomba, doktor, petani dan jururawat juga amat penting, namun tugas seorang pendidik lebih murni dan unggul. Guru adalah nukleus kepada semua komponen pekerjaan dan tenaga kerja yang dinyatakan itu.

    Baik serta efektifnya hasil dan kualiti didikan guru itu, maka baiklah mereka yang bakal memenuhi profesion-profesion berkenaan pada masa akan datang dan begitulah sebaliknya.
    Mari kita sama-sama renungi hakikat berikut:
    "Jika hari ini, seorang Perdana Menteri, seorang Presiden, seorang Raja yang berjiwa rakyat, Jika hari ini, seorang peguam petah berbicara, seorang jurutera binaannya tegar, seorang arkitek lakarannya diterima, Jika hari ini, seorang saintis menemui formula, seorang doktor pembedahannya berjaya, seorang pengurus dikasihi pekerjanya, Jika hari ini, seorang penulis karyanya terkemuka, seorang hartawan mendermakan harta, seorang pensyarah menjana cendekia, seorang gradua visinya ketara, Jika hari ini, seorang ulama' telus tarbiyahnya, seorang ahli sukan bergelar juara dunia, seorang menjadi dewasa, semua orang sejahtera dan bahagia." 

    Siapakah yang melahirkan insan gemilang yang terungkap dalam coretan di atas?

    Bukankah kaum guru yang telah rela hati dan ikhlas jiwa raga menyalakan obor menerangi lorong-lorong dan liku-liku ilmu yang gelap-gelita itu?

    Bukankah jasa warga 'mu'allim' yang telah meneruja dan membangkitkan semangat para pelajar sehingga terserlah kehebatan dan bakat cemerlang mereka itu?


    Demikian hebat dan agungnya pengorbanan guru yang sejati dan bestari. Seluruh jiwa dan raga, hidup dan matinya adalah untuk berkhidmat, mendidik dan memimpin putera puteri nusa tercinta. Oleh yang demikian, setinggi mana pun kedudukan dan pangkat kita, jangan kita lupa akan jasa dan bakti mereka dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada kita sehingga kita menjadi orang yang berguna dan 'dewasa' dalam pelbagai perkara.
    TERIMA KASIH WAHAI GURU!

    Sumber:
    *Buku: Guru Bestari Pelajar Jauhari(Mohd Puzhi Usop,2008). Kuala Lumpr: Al-Hidayah Publications.


    JANGAN LEPASKAN PELUANG!! JOM SERTAI "SENSEI NO TSUKI" !!

    NOTA PESANAN:

    Mana-mana sekolah, kelab-kelab persatuan sekolah/kolej/universiti yang berminat bekerjasama dengan kami untuk kempen dan peraduan ini, sila berhubung dengan Ketua Program, Cik Suhana melalui emel (nur.suhana.hamzan@gmail.com)

    * bersumberkan laman web popular...semoga kita sama2 manfaatkannya... .

    Monday, March 8, 2010

    " Perjalanannya Masih Jauh... . "

    Assalamu'alaikum WarahmatuAllahi Wabarakaatuh...;


    Tanggal 8 Mac 1992, berkumandanglah suara Azan mahupun Iqamah di kedua-dua belah telingaku oleh arwah datukku yang disanjungi ilmunya...secara tidak langsung, perkara sebegitu rupa kebiasaannya dilakukan buat bayi yang baru sahaja lahir dan jua bertapak di muka bumi Allah ini...di saat itulah ' aku ' mula mengenal erti sebuah kehidupan. Dalam masa yang sama, aku ingin mengaitkan senikata di atas sebagai renungan buat tatapanku dan kalian semua sebagai madah muhasabah diri selama mana kita berada di muka bumi yang sementara ini. Secara umumnya, hari ini merupakan ulangtahun kelahiranku mengikut Kalendar Masihi. Oleh itu, aku ingin bicarakan sepintas lalu mengenai apakah yang  kian berlaku sepanjang kehidupan aku di mana adanya kebahagiaan juga kepasrahan.

    Pertama sekali, tahun ini kami sekeluarga telahpun kehilangan orang yang begitu kami cintai akan budi pekertinya dalam mendidik kami sama ada dalam akademik mahupun syari'ah..beliaulah adalah ayah kami sendiri. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau merupakan seorang yang tegas dalam beberapa perkara, misalnya, ilmu pendidikan WAJIB diutamakan dalam menjalani sesebuah kehidupan; menjaga amalan-amalan Fardhu terutamanya solat Subuh mesti ditunaikan sebelum habis waktunya; kebersihan seboleh-bolehnya di jaga pada setiap masa dan aku masih terkenang kata-katanya iaitu berbunyi, " Faiz, semasa hari Jum'at.., Faiz mestilah berpakaian bersih malahan belum dipakai lagi pada hari itu untuk digunakan semasa sembahyang Fardhu Jum'at di Surau al-Kauthar..sebab hari Jum'at adalah hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain. " Tambahan lagi, beliau merupakan seorang yang yakin dalam apa jua aktiviti yang dikerjakan meskipun kurang pengalaman dalam sesuatu bidang itu namun motivasinya membuat aku sendiri tertanya-tanya benarkah ayah mampu melakukannya seorang diri tanpa bantuan orang lain...contohnya, menukar air bateri kereta sedangkan beliau sedang uzur pada waktu itu dan kadangkala pernah beliau mengajakku untuk bersamanya membaikpulih keadaan kereta berkenaan. Hakikatnya, kekuatan dan keyakinan beliau dalam sesuatu perkara itu masih belum boleh ditandingi lagi dalam keluarga kami walaupun aku jugalah anak sulungnya...antara kelebihan utama beliau ialah beliau mempunyai hobi yang begitu jarang dimiliki oleh insan lain iaitu membaca bahan-bahan ilmiah melebihi tahap seseorang yang ingin mengambil peperiksaan awam..prinsipnya pula ialah membaca untuk meningkat ilmu pengetahuan serta mencari Keredhaan Ilahi.. .

     Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Di kesempatan ini juga, izinkan aku untuk kaitkan kehidupan kita semua ini dengan nikmat yang dikurnikan Allah S.W.T. buat ummat-Nya. Pepatah arab pernah beritonasi, " Nikmat itu umpama binatang buas hendaklah diikat dengan tali syukur ... .", jelaslah di sini bahawa sekiranya kita mengkufuri sesuatu nikmat itu maka rugilah kehidupan kita di dunia dan lebih perit lagi adalah di akhirat kelak. 

    Akhir bicara, moga santapan aku kali ini mampu untuk membuatkan peribadiku lebih dewasa kelak khususnya dalam menanti hari-hari mendatang kelak...tidak terlupa juga akan aku kenang selalu kata-kata hikmahmu wahai ayah...aku senantiasa mensedekahkan al-Fatihah buatmu serta ayat-ayat suci yang lain. Semoga kita akan bertemu di Hari Akhirat kelak dalam keadaan penuh keimanan dan ketaqwaan...ameen.


    Wassalam...:)







    Skrip Al-Qur'an

    Your IP and Google Map location

    Skrip As-Sunnah

    Media Massa