Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, August 8, 2010

Misi Bantuan Gaza Tiba Di Kaherah

Bantuan kemanusiaan Konvoi Ramadan di Gaza (Radig) yang dianjurkan oleh Majlis Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) berlepas ke Gaza pada jam 9 malam tadi dengan misi untuk membantu rakyat Gaza yang dibeli kemelut politik Arab-Israel.

Ketua Delegasi Radig, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata biarpun misi Gaza sebelum ini gagal namun masyarakat antarabangsa tidak putus asa dan akan terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.

Peserta konvoi Radig telah tiba di Kaherah Mesir pada jam 7 petang tadi.

Misi Radig kali ini disertai oleh 45 peserta yang mewakili pelbagai jenis badan dan instutusi.

Antaranya ialah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sendiri, aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO), pensyarah, usahawan, ahli parlimen, pelajar, peguam dan pihak media yang mewakili Sinar Harian, Astro Awani serta TV Selangor sendiri.

“Tapi saya kira ini membuka ruang kepada kita bagaimana bantuan itu dapat disampaikan walaupun walaupun tidak dapat disampaikan dengan kunatiti yang kita hendak tetapi sekurang-kurangnya kita berjaya ikut perancangan untuk kali ini.”

Azmi berkata selain memberikan dan menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza, misi kali ini juga akan membuat pelbagai jenis kajian yang melibatkan status pendidikan, keadaan masjid, infrastuktur, taraf kesihatan dan nasib golongan wanita dan kanak-kanak di sana.

Azmi turut berkata segala maklumat yang diperolehi kali ini  di Gaza akan didokumentasikan sebagai laporan rujukan untuk rakyat Malaysia yang akan disiarkan di media cetak dan elektronik. 

Ketika ditanya TV Selangor, apakah pendorong bagi misi ke Gaza kali ini setelah misi yang lalu gagal, ini jawapan Azmi.

“Dulu bantuan yang kita hendak bawa masuk disekat bermakna ia tidak berada di tangan Israel mahupun tangan kita bagaimanapun kali ini kita melalui jalan darat, dan kalau berlaku apa-apa lagi, kita boleh dapatkan bantuan daripada Gaza. Jadi saya yakin ini sahaja pilihan yang ada walaupun kita akan lalu melalui banyak tempat berhenti.”

Pada Mei tahun ini, enam konvoi bantuan kemanusiaan Flotilla Pembebasan Gaza yang membawa bantuan perubatan, makanan dan bahan pembinaan diserbu dan dirampas angkatan tentera Israel.

Konvoi anjuran Gerakan Bebaskan Gaza dan Yayasan Hak Asasi Manusia Turki ini adalah usaha antarabangsa yang kesembilan sejak 2008 untuk memecahkan sekatan laut yang dikenakan rejim Tel Aviv keatas Semenanjung Gaza, selepas gerakan Hamas memenangi pilihanraya demokrasi dan membentuk kerajaan yang sah.

Dalam pada itu Dalam pada itu, TV Selangor juga mendapatkan reaksi peserta Radig. 

“Memang kalau PR sebelum ini pun memang suka aktif dalam bantuan kemanusiaan, kita daripada PR memang adanya bencana dan sebagainya, kami menjadi orang pertama untuk ke depan yang memberikan bantuan kepada mereka-mereka yang teraniaya,” kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Bantuan yang kita bawa sama ada dari segi bentuk kewangan, bantuan perubatan dan kebajikan wanita dan kanak-kanak sebagainya, kita harap kita dapat masuk dan memberi satu input yang terbaiklah,” kata Adun Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

“Saya beharapkan semangat Ramadan Gaza yang menuntut kita untuk melakukan pengorbanan dan jihad itu dapat digambarkan apabila rakan-rakan kita turun membantu teman-teman seagama di Gaza ini,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin.

“Alhamdullilah saya penuh harapan untuk dapat membantu sedikit sebanyak sebagai hamba Allah yang kekuatan yang terhap tetapi kita cuba membantu apa yang disarankan dan difirmankan yang dituntut dalam agama Islam,” kata Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin.

“Itulah kekuatan yang kita ingin tunjukkan pada dunia bahawa Gaza tidak seorang, Israel ini pun bukan kuat sangat pun teta;pi barangkali dia pun takut pada masa flotilla lalu, Obama pun takut juga dengan tekanan dari Turkey itu,” kata NGO Teras Keupayaan Melayu, Jaliluddin Jamaluddin.

“Kalau boleh masuk ke Gaza tengok tu baguslah tetapi mereka kata bergantung kepada keselamatan dan kalau keselamatan bagus, kita akan masuk ke Gaza,” kata Wartawan TV Selangor, Mustaffa Kamal Alias.

“Saya rasa ini adalah salah satu daripada tugas dan mewakili TV  Selangor mendokumentasikan perjalan misi Gaza kali ini dan dalam masa yang sama juga kita dapat melihat sendiri yang selama ini di mata kaca tv sahaja,” kata Jurukamera Video TV Selangor, Ebrahim Harris Ismail.

“Misi kedua masih lagi macam yang dulu, misi adalah untuk yang pertamanya kita sebagai wartawan kan adalah untuk mengetengahkan konflik AsiaBarat, bagaimana keadaan sebenar di Sempadan Rafah, kekangan yang dihadapi kerana itu kita boleh katakan sebagai talian hidup dan harapan setengah juta penduduk di Gaza dan bagi NGO kita jelas misinya adalah bagi menyekat sekatan yang dikenakan oleh rejim zionis dan pihak Russia,” kata Wartawan Astro Awani, Ahswad Ismail.

-Sumber-

www.tvselangor.com

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa