Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, August 5, 2010

Keluhurannya Ibarat Sebutir Sinaran Mutiara

Dewasa ini, kebanyakan golongan anak-anak masih menganggap kedua ibu bapa mereka hanyalah sekadar tempat untuk meminta bantuan pertolongan tatkala dalam kesukaran sahaja. Secara amnya, situasi sebegini amatlah perit bagi mereka yang bergelar ibu bapa kepada seseorang anak untuk menanggung keadaan sedemikian kerana jagaan mereka selama ini ibarat mencurah air ke daun keladi. Sedangkan tujuan utama mereka adalah untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat hatta negara sekali pada masa akan datang ataupun di mana mereka tua kelak. Oleh itu, marilah sama-sama kita merungkai sebuah kisah yang berkisarkan seorang ibu tunggal yang tidak sesekali mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anaknya sejak akhir-akhir ini.

Sekitar tahun 2010 sahaja, berbagai-bagai kisah suka dan duka yang dilalui oleh ibu tunggal tersebut bersama beberapa orang anaknya yang masih lagi dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pendidikan. Dalam masa yang sama, situasi seperti itu sedekitpun tidak mematahkan semangat si ibu untuk mentarbiyah anak-anaknya yang kian meningkat dewasa itu tetapi seringkali mendampingi setiap anak-anaknya setiap hari. Menghantar dan menjemput anak-anak di sekolah merupakan rutin harian si ibu selain menyediakan keperluan harian seperti penyediaan makanan dan minuman. Walau berada dalam keadaan uzur, beliau masih lagi menyembukan kesakitannya demi pelajaran anak-anaknya tidak terjejas semakin teruk. Secara tidak langsung, keluarga ini sebenarnya sudah kehilangan ayah mereka pada 14 Februari yang disebabkan oleh kanser paru-paru yang dialaminya sejak setahun yang lalu. Hakikatnya, keluarga ini senantiasa menghadapi ujian yang sukar untuk diterima pada mata kasar. Semoga Allah memberkati keluarga ini hingga akhir hayat mereka.

Selain itu, arwah ayah mereka merupakan salah seorang pendidik di Malaysia yang begitu banyak jasanya buat anak-anak bangsa kerana beliau adalah seorang guru yang berdedikasi dalam tugas yang diamanahkan kepadanya malahan beliau ialah seorang yang professional dalam apa jua perkara yang terjadi sama ada dalam keadaan genting mahupun tenteram. Beliau berkhidmat di bawah majikan MARA selama lebih kurang 20 tahun lamanya sebelum ditawarkan meneruskan pengajarannya di UKM dalam bidang Matematik Kejuruteraan amnya. Seperti mana yang diketahui oleh rakan-rakan karib beliau, beliau merupakan seorang individu yang bersifat tawadhu’ di waktu susah mahupun senang dan semua itu terbukti dengan ketekadan beliau untuk tidak menyusahkan orang lain meskipun dalam keadaan terdesak sekalipun. Ketika ini juga, anak sulongnya mengakui bahawa ayahnya kerap kali member dorongan dan mutiara kala dalam kehidupan seharian namun sejak dipanggil Ilahi anaknya sudah kehilangan sebuah sinaran mutiara yang tiada ganti. Dan pada akhir hayatnya juga beliau amat mementingkan pendidikan buat setiap anak-anaknya sendiri. Beliau layak digelar ‘ Bapa Mithali ’.

Secara keseluruhannya, hanya Allah S.W.T sahaja yang mengerti perjalanan keluarga dia atas. Akhir kalam, moga mereka sentiasa tabah dengan semua ujian ini dan melindungi mereka selaku anak yatim.

Wallahu’alam.

-Sumber-
keluarga arwah Nik Rusdi bin Hj. Yaacob

3 comments:

nik a faiz said...

moga ayah bahagia di 'sana' bersama para solihin...rindu ayah tidak terkata...:(

Unknown said...

S.A.B.A.R,Semua orang mengerti makna sabar,tapi untuk mengerjakan perbuatan sabar dalam erti kata sebenarnya itu memang terlalu sukar..sama2lah kita berusaha dan berdoa agar kita termasuk dalam golongan orang yg benar2 SABAR dari segi niat,perkataan dan perbuatan kita...amin. dr sepupumu.

nik a faiz said...

terima kasih..
mmg sukar sebenarnya utk menerima semua hakikat ini..tp faiz yakin bahawa pasti ada hikmah dariNya..mungkin hr dn waktunya msih blum tiba lagi.ye..,bersama-sama kite ushe dn sbr..sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar..ameen..tq.wassalam..:)

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa