Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, March 6, 2016

:: IBU LAMBANG TIADA GANTI ::

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...aku ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang pengalaman hidup bersama insan tercinta bernama IBU. secara tidak langsung, marilah bersama kita merungkai kisah serta pengajaran yang akan kita binanya bersama.

nama aku telah dipilih dan diberi oleh kedua ibubapa dengan namanya, nik ahmad faiz nik rusdi, aku dilahirkan di bumi kelantan dan dalam masa yang sama aku ditakdirkan menjadi anak yang pertama dalam keluarga kami. amanah dan tanggungjawab sudah semestinya terpaku di bahuku lebih-lebih lagi aku adalah anak sulong malah anak lelaki dalam keluarga kami.

pertama sekali, aku secara jujurnya adalah seorang insan yang seringkali ditimpa ujian dan menganggapnya sebagai satu motivasi dan semangat juang yang tinggi dalam hidup ini. aku sering berfikiran terbuka bahawa setiap yang terjadi dalam bahtera kehidupan ini adalah anugerah dari ilahi untuk kebaikan aku serta keluarga amnya. aku adalah tunjang dalam keluarga pada hari ini kerana allah lebih menyayangi arwah ayah...semoga arwah tenang dan berasa bangga dengan anak-anaknya pada hari ini di mana kami empat beradik telahpun berjaya di puncak dan dalam proses menjadi orang-orang yang berjaya di sisi keluarga khususnya dan negara amnya...in sya allah.

wahai ibu dan ayah yang aku sanjungi,

dengarlah rintihan anakmu ini, kami rindu untuk bersama dalam melayari bahtera kehidupan keluarga yang bahagia ini. kami menyambut baik serta mengharapkan redha ibu dan ayah dalam apa jua pekerjaan yang kami lakukan setiap masa. ya allah, peliharalah mereka sepertimana mereka menjaga kami sejak kecil lagi dan haramkanlah wajah kedua ibubapa kami dari azab api neraka. rahmatilah mereka di dunia hatta di akhirat kelak.

ya allah ya tuhan kami,

sesungguhnya, tujuan hidupku hanyalah dengan satu tujuan, kebahagiaan mereka adalah satu amanah bagi aku dalam mencapai ketenangan serta melihat kejayaan adik-adik dan juga ibu sendiri agar keluarga kita terus tabah walaupun apa terjadi kelak. walaupun ayah telahpun pergi untuk selamanya, aku tetap bertekad bahawa kita wajib bersama-sama dalam menghadapi apa jua rintangan kelak dengan penuh ikhtiar serta tetap utuh untuk menghadapi segala kemungkinan di hari kemudian.

ibu...,

anakanda bangga dengan ibu atas kejayaan kami sebagai anak-anak serta kagum dengan kekuatan dan ketelusannya dalam mendidik kami lebih-lebih lagi dalam ilmu agama untuk kami harungi kehidupan dengan pasrah. terima kasih ibu, kami tetap akan menjagamu hinggalah saat nyawa ibu yang terakhir. dan kami berjanji bahawa kami sendiri yang akan menguruskan jenazah ibu nanti sepertimana yang kami lakukan pada arwah ayah sebelum ini. semoga hidup kami ibu senantiasa restu dan redhai agar kami sentiasa dipermudahkan di masa hadapan lagi-lagi sekiranya ibu pula yang pergi menghadap sang pencipta.

ayah...,

sebenarnya, semoga ayah aman dan damai di sana. kami adik-beradik akan bersatu untuk menjaga ibu walaupun dikau tiada di sini kami saat ini. ibu adalah tanggungjawab kami bersama sehinggalah ibu mampu tersenyum di hari pengakhiran beliau kelak. ayah, kami bersyukur atas ilmu yang dicurahkan kepada kami adik-adik malah ilmu akhirat yang jarang sekali dibimbing oleh ayahanda sendiri. ya allah ya tuhanku, tanpa ayah siapalah kami di hadapan allah swt malah tanpa ibu dan ayah siapalah kami di waktu dan saat ini.

akhir bicara dari penulis, hargailah insan tersayang lebih-lebih lagi keluarga kita. tanpa mereka siapalah kita di sisi allah kerana berkat hidup seseorang insan terletak pada keluarga dan jagalah mereka sehingga mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

subhanallah...alhamdulillah...allahuakhbar...wala hawla wala quwwata illa billah...

aquwli hazaa waastaghfirullahal azim...wallahualam bissawab.



sekian...terima kasih.





Skrip Al-Qur'an

Your IP and Google Map location

Skrip As-Sunnah

Media Massa