Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, June 9, 2009

Isu Semasa

BI syarat wajib lulus SPM

Oleh Nazura Ngah ( Sumber : Berita Harian, 9 Jun 2009 )
nazura@bharian.com.my


Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhyiddin minta orang ramai beri pandangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran semalam meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini calon SPM tidak disyaratkan lulus Bahasa Inggeris walaupun subjek itu diajar sebagai satu mata pelajaran di sekolah, selain diiktiraf sebagai bahasa kedua di negara ini.

Beliau berkata, maklum balas daripada orang ramai akan membolehkan Kementerian Pelajaran membuat penilaian kerana pihaknya melihat isu itu dari sudut peningkatan keupayaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

"Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.

"Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)," katanya selepas merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirkby Malaysia di Institut Tadbiran Awam Negara di sini, semalam.

Beliau turut melancarkan buku `Kirkby: The Life and The Loves' karya Dr Shaari Isa dan merasmikan pameran Maktab Kirkby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Hadir sama presiden persatuan itu, Tan Sri Dr Yahaya Ibrahim.

Muhyiddin berkata, pandangan umum diperlukan mengenai perkara itu kerana sebelum ini beliau beranggapan semua pelajar perlu lulus subjek bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh SPM.

"Saya ingatkan kita perlu lulus kerana kita belajar bahasa Inggeris, sebaliknya (baru saya dapat tahu) tidak perlu lulus.

"Saya cuma meletakkan persoalan adakah disebabkan itu pelajar tidak belajar bahasa Inggeris dengan serius atau adakah ia menyebabkan standard bahasa Inggeris menurun. Ia perlu dibincangkan semua pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga mendapati bahasa Inggeris sekarang diajar tanpa pengajaran tatabahasa, sebaliknya pelajar hanya mempelajari 'Communicative English' bagi membolehkan mereka berhubung dengan orang lain.

Bagaimanapun, katanya, kementerian tidak membuat sebarang keputusan mengenai isu itu kerana mahu memberi peluang kepada semua pihak untuk memberi pandangan sebelum penilaian dan langkang seterusnya diambil.

"Kedua-dua isu ini perlu diteliti bagi membolehkan pelajar lebih serius menguasai bahasa Inggeris," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin menyifatkan Maktab Kirkby sebagai 'miniature Malaya' yang menyemai semangat 1Malaya dan Malaya Boleh, apabila guru lepasan institusi itu pulang ke tanah air untuk mengajar di seluruh negara.

Katanya, guru lepasan Maktab Kirkby menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini dan ia dibuktikan dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirkby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari 1988 hingga 1998.

Thursday, June 4, 2009

Tragedi Buruk PCB


Kota Bharu, 3 Jun 2009 – Pada waktu senja, satu kejadian yang tidak disangka sama sekali telahpun berlaku di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan di mana jalan ke tempat kejadian adalah jalan utama untuk ke pusat pelancongan khususnya Pantai Cahaya Bulan yang kini makin bertambah popularitinya. Umumnya, Pantai Cahaya Bulan pada dasarnya dikenali sebagai ‘Pantai Cinta Berahi’. Apabila tampuk pemerintahan diambil alih dan diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) maka namanya telah ditukar seperti di atas. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan nama tempat pelancongan yang diminati ramai tersebut. Maka, era baharu telahpun bermula pada awal tahu 1990-an di mana ia diketuai oleh seorang ulama’ tersohor di Kelantan. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat. Oleh itu, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil melalui kejadian tersebut.

Pertama sekali, kejadian sepeti ini sebenarnya begitu jarang berlaku di sini dan cuma sekali-sekala sahaja pernah berlaku bah besar yang mengakibatkan kebanyakan perumahan di situ rosak teruk. Dalam masa yang sama, kejadian seperti ini amat membahayakan keselamatan penduduk setempat tambahan pula mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah warga emas. Lebih meruncingkan lagi, kejadian ini kemungkinan besar boleh membawa maut jikalau mereka tidak sedarkan diri semasa dilanda angin yang kuat seperti gambar di atas. Selaku penyelidik, sesebuah tragedi yang terjadi perlulah dikaji oleh pihak yang berkenaan agar amaran awal dapat dimaklumkan kepada seluruh penduduk kampung khususnya Jabatan Kaji Cuaca. Sekurang-kurangnya, perkara tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang akan ditempuhi oleh penduduk setempat. Maka, keputusan yang utama terletak pada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan permasalahan seperti ini.

Seringkali kita merasakan bahawa kejadian tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tertentu di sebalik apa yang berlaku itu. Kebiasaannya, kita boleh kaitkannya melalui dua bahagian iaitu ilmu sains mahupun ilmu tauhid dan aqidah. Melalui ilmu sains, kejadian ini boleh dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu melalui tiupan angin monsun dan suhu di sesuatu tempat manakala ilmu agama pula akan dikaitkan dengan yang Maha Pencipta. Ilmu agama lebih kepada tuhan yang mencipta seluruh alam ini kerana Dialah yang berkuasa atas sesuatu pergerakan makhluk-Nya termasuklah alam semesta ini. Hakikatnya, Islam senantiasa mengaitkannya dengan amalan manusia sendiri yang sentiasa bertaqwa dengan Rob-Nya iaitu sama ada mengerjakan amal soleh ataupun melakukan kemungkaran maka secara tidak langsung akan menimpakan bala atas kaum tersebut termasuklah mereka yang tidak berdosa sekalipun.

Ketika ini, kebanyakan penduduk kampung tersebut mungkin sedang bertungkus-lumus untuk bergotong-royonh membersihkan atap bumbung yang rosak dan berlubang agar dapat diperbaiki sebaik yang mampu. Setibanya waktu yang sesuai, insya-Allah mereka akan memperbaikinya dengan lebih baik dan cantik lagi sekiranya mempunyai pendapatan yang mencukupi. Keperluan dan kehendak bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu dari semasa ke semasa amatlah membimbangkan dan memilukan hati yang memandang dan lebih pasrah lagi apabila melihat keadaan keluarganya yang sungguh kelesuan dan kealpaan. Jadi, peranan pihak berkuasa amat diperlukan segera tanpa memberi alasan sedikitpun kerana keadaan kini sudah menjadi kenyataan dan bukan ilusi lagi.

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama berdoa semoga tragedi yang membinasakan diri sendiri ini akan terkubur kelak dan mereka semua mengambil pengajaran lalu bertaubat dengan benar-benar taubat pada yang mentadbir sekalian alam ini. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersembunyi di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun memerlukan ketaqwaan yang tinggi dan dengan izin-Nya baharulah kita dapat melihatnya dengan mata hati. Al-Qur’an sendiri telah menceritakan bahawa banyak perkara yang aneh akan berlaku pada umat akhir zaman ini. Semoga kita semua sentiasa bersedia dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi lalu mengharapkan keberakatan-Nya sentiasa di mana sahaja kita berada.

Konklusinya, marilah kita mencadangkan agar seluruh manusia terutamanya umat Islam agar bersatu teguh untuk menegak ad-Deen Islam seluruh dunia ini tanpa mengharapkan balasan semata-mata dan ganjaran yang berlipat ganda. Meskipun kita masih insan yang kerdil namun tuhan Maha Penyampun selagi ajal kita belum sampai di kerokong dan hari kiamat kelak. Untuk pengetahuan kalian, keampunan Ilahi tidak setaraf dengan kemaafan dengan manusia biasa sedangkan para anbiya’ pun tidak pernah tercicir daripada melakukan kesilapan sama ada kacil atau besar. Malahan, Allah masih memandang pada kemaafan dan kebajikan yang dilakukan oleh para anbiya’. Oleh itu, marilah kita semua mengagungkan keabadian dan kerahmatan Ilahi tanpa mempersoalkan sama sekali.

Monday, June 1, 2009

Menara Gading Menjadi Inspirasi

assalamualaikum w.b.t.

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kudrat-Nya kita masih diberi peluang untuk bermuhasabah diri. hari ini merupakan penggal kedua bagi tahun ini dan juga cuti untuk penggal pertama akan bermula manakala kebanyakan sekolah akan mengadakan beberapa program khas buat mereka yang akan menduduki PMR dan SPM.

pada masa yang sama, sekolah kami akan menganjurkan satu program yang dinamakan perkampungan ilmu musim pertama yang akan berlangsung bermula dari 1 hingga 4 Jun ini. tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar sekalian mengenai teknik-teknik menjawab soalan dan disusuli pula dengan satu slot motivasi bersama penceramah jemputan.

ketika ini, sesetengah para pelajar dan guru juga akan merancang berbagai-bagai aktiviti di samping keluarga tercinta selain daripada memenuhi agenda yang ditetapkan oleh sekolah. apa yang membanggakan kami ialah cuti selama 2 minggu membolehkan sesebuah program yang dirancang akan berjalan dengan lancar lagi menyeronokkan.

keseluruhannya, marilah kita semua memanfaatkan cuti kita dengan segala aktiviti yang akan memberikan impak yang besar pada minda setiap daripada kita sebagai umat Islam. umumnya, Islam menggalakkan umatnya menjadi seorang yang penuh dedikasi dalam setiap perbuatan malahan apa yang dicari ialah keredhaan Allah dalam setiap amalan sama ada umum ataupun khusus.

maka dengan ini, bermulalah era baru dalam tahun ini iaitu penggal kedua telahpun bermula beberapa jam yang lalu. kita doakan moga segala amalan kita senantiasa dicucuri rahmat-Nya.

akhir bicara, hanya Kau yang mampu menentukan segala-galanya manakala kita hanya mampu bertekad serta berpasrah atas segala ketentuannya.

sekian, terima kasih.

wassalam.

Skrip Al-Qur'an

Your IP and Google Map location

Skrip As-Sunnah

Media Massa