Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, June 4, 2009

Tragedi Buruk PCB


Kota Bharu, 3 Jun 2009 – Pada waktu senja, satu kejadian yang tidak disangka sama sekali telahpun berlaku di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan di mana jalan ke tempat kejadian adalah jalan utama untuk ke pusat pelancongan khususnya Pantai Cahaya Bulan yang kini makin bertambah popularitinya. Umumnya, Pantai Cahaya Bulan pada dasarnya dikenali sebagai ‘Pantai Cinta Berahi’. Apabila tampuk pemerintahan diambil alih dan diterajui oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) maka namanya telah ditukar seperti di atas. Tujuannya adalah untuk menambahbaikkan nama tempat pelancongan yang diminati ramai tersebut. Maka, era baharu telahpun bermula pada awal tahu 1990-an di mana ia diketuai oleh seorang ulama’ tersohor di Kelantan. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan sendiri iaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat. Oleh itu, terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil melalui kejadian tersebut.

Pertama sekali, kejadian sepeti ini sebenarnya begitu jarang berlaku di sini dan cuma sekali-sekala sahaja pernah berlaku bah besar yang mengakibatkan kebanyakan perumahan di situ rosak teruk. Dalam masa yang sama, kejadian seperti ini amat membahayakan keselamatan penduduk setempat tambahan pula mereka terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah warga emas. Lebih meruncingkan lagi, kejadian ini kemungkinan besar boleh membawa maut jikalau mereka tidak sedarkan diri semasa dilanda angin yang kuat seperti gambar di atas. Selaku penyelidik, sesebuah tragedi yang terjadi perlulah dikaji oleh pihak yang berkenaan agar amaran awal dapat dimaklumkan kepada seluruh penduduk kampung khususnya Jabatan Kaji Cuaca. Sekurang-kurangnya, perkara tersebut dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang akan ditempuhi oleh penduduk setempat. Maka, keputusan yang utama terletak pada mereka yang bertanggungjawab mengendalikan permasalahan seperti ini.

Seringkali kita merasakan bahawa kejadian tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tertentu di sebalik apa yang berlaku itu. Kebiasaannya, kita boleh kaitkannya melalui dua bahagian iaitu ilmu sains mahupun ilmu tauhid dan aqidah. Melalui ilmu sains, kejadian ini boleh dikaitkan dengan cuaca yang tidak menentu melalui tiupan angin monsun dan suhu di sesuatu tempat manakala ilmu agama pula akan dikaitkan dengan yang Maha Pencipta. Ilmu agama lebih kepada tuhan yang mencipta seluruh alam ini kerana Dialah yang berkuasa atas sesuatu pergerakan makhluk-Nya termasuklah alam semesta ini. Hakikatnya, Islam senantiasa mengaitkannya dengan amalan manusia sendiri yang sentiasa bertaqwa dengan Rob-Nya iaitu sama ada mengerjakan amal soleh ataupun melakukan kemungkaran maka secara tidak langsung akan menimpakan bala atas kaum tersebut termasuklah mereka yang tidak berdosa sekalipun.

Ketika ini, kebanyakan penduduk kampung tersebut mungkin sedang bertungkus-lumus untuk bergotong-royonh membersihkan atap bumbung yang rosak dan berlubang agar dapat diperbaiki sebaik yang mampu. Setibanya waktu yang sesuai, insya-Allah mereka akan memperbaikinya dengan lebih baik dan cantik lagi sekiranya mempunyai pendapatan yang mencukupi. Keperluan dan kehendak bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang tidak menentu dari semasa ke semasa amatlah membimbangkan dan memilukan hati yang memandang dan lebih pasrah lagi apabila melihat keadaan keluarganya yang sungguh kelesuan dan kealpaan. Jadi, peranan pihak berkuasa amat diperlukan segera tanpa memberi alasan sedikitpun kerana keadaan kini sudah menjadi kenyataan dan bukan ilusi lagi.

Secara keseluruhannya, marilah kita bersama-sama berdoa semoga tragedi yang membinasakan diri sendiri ini akan terkubur kelak dan mereka semua mengambil pengajaran lalu bertaubat dengan benar-benar taubat pada yang mentadbir sekalian alam ini. Sesungguhnya, setiap kejadian itu ada hikmahnya yang tersembunyi di mana tidak boleh dilihat dengan mata kasar namun memerlukan ketaqwaan yang tinggi dan dengan izin-Nya baharulah kita dapat melihatnya dengan mata hati. Al-Qur’an sendiri telah menceritakan bahawa banyak perkara yang aneh akan berlaku pada umat akhir zaman ini. Semoga kita semua sentiasa bersedia dengan keimanan dan ketaqwaan yang tinggi lalu mengharapkan keberakatan-Nya sentiasa di mana sahaja kita berada.

Konklusinya, marilah kita mencadangkan agar seluruh manusia terutamanya umat Islam agar bersatu teguh untuk menegak ad-Deen Islam seluruh dunia ini tanpa mengharapkan balasan semata-mata dan ganjaran yang berlipat ganda. Meskipun kita masih insan yang kerdil namun tuhan Maha Penyampun selagi ajal kita belum sampai di kerokong dan hari kiamat kelak. Untuk pengetahuan kalian, keampunan Ilahi tidak setaraf dengan kemaafan dengan manusia biasa sedangkan para anbiya’ pun tidak pernah tercicir daripada melakukan kesilapan sama ada kacil atau besar. Malahan, Allah masih memandang pada kemaafan dan kebajikan yang dilakukan oleh para anbiya’. Oleh itu, marilah kita semua mengagungkan keabadian dan kerahmatan Ilahi tanpa mempersoalkan sama sekali.

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa