Assalamu'alaikum WarahmatuAllahi Wabarakaatuh...;
Tanggal 8 Mac 1992, berkumandanglah suara Azan mahupun Iqamah di kedua-dua belah telingaku oleh arwah datukku yang disanjungi ilmunya...secara tidak langsung, perkara sebegitu rupa kebiasaannya dilakukan buat bayi yang baru sahaja lahir dan jua bertapak di muka bumi Allah ini...di saat itulah ' aku ' mula mengenal erti sebuah kehidupan. Dalam masa yang sama, aku ingin mengaitkan senikata di atas sebagai renungan buat tatapanku dan kalian semua sebagai madah muhasabah diri selama mana kita berada di muka bumi yang sementara ini. Secara umumnya, hari ini merupakan ulangtahun kelahiranku mengikut Kalendar Masihi. Oleh itu, aku ingin bicarakan sepintas lalu mengenai apakah yang kian berlaku sepanjang kehidupan aku di mana adanya kebahagiaan juga kepasrahan.
Pertama sekali, tahun ini kami sekeluarga telahpun kehilangan orang yang begitu kami cintai akan budi pekertinya dalam mendidik kami sama ada dalam akademik mahupun syari'ah..beliaulah adalah ayah kami sendiri. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau merupakan seorang yang tegas dalam beberapa perkara, misalnya, ilmu pendidikan WAJIB diutamakan dalam menjalani sesebuah kehidupan; menjaga amalan-amalan Fardhu terutamanya solat Subuh mesti ditunaikan sebelum habis waktunya; kebersihan seboleh-bolehnya di jaga pada setiap masa dan aku masih terkenang kata-katanya iaitu berbunyi, " Faiz, semasa hari Jum'at.., Faiz mestilah berpakaian bersih malahan belum dipakai lagi pada hari itu untuk digunakan semasa sembahyang Fardhu Jum'at di Surau al-Kauthar..sebab hari Jum'at adalah hari yang berbeza dengan hari-hari yang lain. " Tambahan lagi, beliau merupakan seorang yang yakin dalam apa jua aktiviti yang dikerjakan meskipun kurang pengalaman dalam sesuatu bidang itu namun motivasinya membuat aku sendiri tertanya-tanya benarkah ayah mampu melakukannya seorang diri tanpa bantuan orang lain...contohnya, menukar air bateri kereta sedangkan beliau sedang uzur pada waktu itu dan kadangkala pernah beliau mengajakku untuk bersamanya membaikpulih keadaan kereta berkenaan. Hakikatnya, kekuatan dan keyakinan beliau dalam sesuatu perkara itu masih belum boleh ditandingi lagi dalam keluarga kami walaupun aku jugalah anak sulungnya...antara kelebihan utama beliau ialah beliau mempunyai hobi yang begitu jarang dimiliki oleh insan lain iaitu membaca bahan-bahan ilmiah melebihi tahap seseorang yang ingin mengambil peperiksaan awam..prinsipnya pula ialah membaca untuk meningkat ilmu pengetahuan serta mencari Keredhaan Ilahi.. .
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Di kesempatan ini juga, izinkan aku untuk kaitkan kehidupan kita semua ini dengan nikmat yang dikurnikan Allah S.W.T. buat ummat-Nya. Pepatah arab pernah beritonasi, " Nikmat itu umpama binatang buas hendaklah diikat dengan tali syukur ... .", jelaslah di sini bahawa sekiranya kita mengkufuri sesuatu nikmat itu maka rugilah kehidupan kita di dunia dan lebih perit lagi adalah di akhirat kelak.
Akhir bicara, moga santapan aku kali ini mampu untuk membuatkan peribadiku lebih dewasa kelak khususnya dalam menanti hari-hari mendatang kelak...tidak terlupa juga akan aku kenang selalu kata-kata hikmahmu wahai ayah...aku senantiasa mensedekahkan al-Fatihah buatmu serta ayat-ayat suci yang lain. Semoga kita akan bertemu di Hari Akhirat kelak dalam keadaan penuh keimanan dan ketaqwaan...ameen.
Wassalam...:)
2 comments:
selamat hari ulang tahun faiz :)
time kaseh...bpe pupu ye kite..xpe2,time kaseh sbab kerap gak komen..mge Allah memberi ketenangan wat akak dn rakan2...thanks..pray for my result...ok..tq..ws..:)
Post a Comment