بسم الله الرحمن الرحيم
MENITI HARI MENDATANG DENGAN
PENUH DEBARAN JUA
PENGHARAPAN...
dengan namaMu aku dihidupkan dan dimatikan, hanya Engkau tempat aku memohon rahmatMu. awwalan, kini aku sedang menanti hari-hari yang sungguh bermakna tatkala di dunia ini, aku berhasrat untuk meneruskan pengajian dalam bidang ugama di mana aku minati selama ini. cuma, mampu mahupun tidak untuk aku menjejaki ke tempat yang diidamkan sebelum ini...
ketika ini, aku kian sibuk dengan urusan-urusan yang melibatkan keperluan asas di mana semua itu perlu disediakan sebelum meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi. dalam fikiranku kini, aku memohon dan pasrah agar aku terpilih untuk diterima masuk belajar di salah sebuah universiti tempatan di Negeri Terengganu Darul Iman. dahulunya, dikenali sebagai KUSZA namun kini telah digabungkan pula dengan UDIM.
secara tidak langsung, aku telahpun mendaftarkan diri di IPTS sebagai langkah awal sekiranya aku tidak meneruskan pengajian di UDIM. di situ, aku telah memilih bidang Dakwan Wal Qiadah, Dakwah Dan Kepimpinan. seboleh-bolehnya juga aku berharap supaya aku mampu menjadi da'ei yang bermaruah dan semestinya aku bercadang untuk berkecimpung dalam parti politik sebarang medan untuk teruskan perjuangan Islam...
فقط لأجلك أعيش على هذه الأرض
آمين