Sayup-sayup angin pagi membuatkan Ahmad berasa sayu dan rindu akan si dia. Semua ini gara-gara si dia yang melayang jauh di ufuk timur. Ketika itu, Ahmad mula terkenangkan saat-saat manis bersamanya terutamanya pada hari terakhir perjumpaan itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Si dia berangkat ke sana dengan tujuan ingin menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran selama 5 tahun lamanya. Dengan rasa dukacitanya Ahmad melepaskan kekasihnya demi cita-cita si dia tercapai kelak. Manakala Ahmad pula bergiat aktif dalam bidang kesusasteraan di Malaysia selama lebih kurang 4 tahun sebelum berkhidmat sebagai wartawan di salah sebuah syarikat akhbar melayu di Putrajaya.
Setelah 5 tahun berlalu, akhirnya si dia pulang dari perantauan dengan penuh keceriaan tambahan pula si dia bakal menjadi doktor di salah sebuah hospital kerajaan kelak. setibanya di KLIA, Ahmad begitu teruja melihat kekasihnya yang bertambah menawan berbanding 5 tahun sebelum ini. Oleh itu, kasihnya pada si dia makinlah bertambah pada diri Ahmad itu sendiri. Dalam masa yang sama, Ahmad masih mencari jalan untuk meluahkan isi hatinya iaitu ingin memperisterikan si dia dengan harapan kekasihnya dapat menerimanya dengan sebaik yang mungkin…mungkinkah ini semua bakal berlaku…??? Ya, Allah S.W.T. telah menjodohkan Ahmad dan kekasihnya dengan penuh pengertian antara satu sama lain. Akhirnya, mereka bersatu dengan ikatan yang sah tanpa adanya halangan dari pihak lain. Benarlah kata pepatah bahawa bagai pinang di belah dua.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment