Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Tuesday, December 1, 2009

Halim Sasar Juara Tebus Kegagalan


Ditulis oleh Sinar Harian
SUNDAY, 29 NOVEMBER 2009 11:16



KOTA BHARU - Penjaga gol sensasi Kelantan, Halim Napi bertambah yakin dengan kebolehan pemain Kelantan dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja setelah berjaya menjuarai peringkat kumpulan.

Setelah seminggu menjalani latihan kini beliau bersedia bagi berhadapan dengan pasukan Kedah di perlawanan pusingan suku akhir yang bakal diadakan Isnin ini di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

Menurutnya, beliau meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan ini bagi menebus kegagalan beliau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ketika bertemu Negeri Sembilan.

“Walau masa latihan untuk bersiap sedia agak singkat tetapi saya tetap yakin pasukan ini boleh menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akan datang.

“Selain saya pasukan ini juga telah diperkuatkan dengan kehadiran lima pemain Liga Malaysia yang bakal membantu pasukan ini untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan,” katanya.

Lima pemain tersebut ialah Azlan Ismail dari Terengganu, Tengku Hasbullah Tengku Hassan dari KL Plus, Faizal Abdullah dari Melaka, Khairoza Azmi dan Arman Zairi dari PDRM bakal memperkasakan barisan Kelantan.

“Saya lihat melalui persaingan tahun ini, pasukan PBSMK ada harapan untuk menang lebih-lebih lagi kesemua pemain telah menjalani latihan lebih awal.

“Berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan dalam perlawanan persa-habatan lalu kesemua pemain berada dalam keadaan yang baik malah kecergasan mereka semakin bertambah setelah menjalani latihan yang ketat,” katanya.

Berdasarkan pengalaman yang ada, beliau yakin pasukan ini bakal menjuarai Piala Agong tahun ini untuk mengubati kekecewaan peminat pasukan Kelantan di atas kekalahan lalu.

“Pasukan ini perlu menjuarai kejohanan ini agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Kelantan dan saya berharap agar penyokong Kelantan hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan ini.

“Dengan sokongan penyokong Kelantan ia dapat meningkatkan lagi semangat pemain dalam perlawanan itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kecicirannya dalam pasukan Red Warriors bagi musim 2010, beliau enggan mengulas mengenainya malah beliau telah ditawarkan sebagai jurulatih penjaga gol Kelantan musim hadapan.

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa