Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, June 5, 2014

:: Teknologi ::

Jenama 'Apple'

Buat pengetahuan pembaca, teknologi merupakan salah satu bahan dalam item media massa. Teknologi mampu memberi kita semua satu peluang untuk mencuba benda baharu. Oleh itu, penulis akan menerangkan serba sedikit mengenai kelebihan teknologi tersebut.

Umumnya, komputer antara komponen dalam teknologi. Lebih penting lagi, komputer boleh diibaratkan seperti sebentuk 'otak' manusia kerana kita semua mampu menyimpan semua data dalam perisian komputer itu secara pantas sekali. Maka, komputer begitu penting pada abad ini.

Dari segi komputer pula terdapat dua jenis iaitu 'desktop' serta 'laptop'. Desktop ialah komputer yang mempunyai satu per satu item yang perlu digabungkan menjadi satu barang, misalnya, segala kabel-kabel penyambung perlu disatukan pada satu tempat. Secara mudahnya, desktop ialah sebuah komputer yang lebih besar saiznya dari sebuah laptop. Manakala laptop pula diklasifikasikan sebagai komputer yang mudah di bawa ke mana-mana sahaja kerana ia mempunyai bateri khusus untuk digunapakai pada bila-bila masa sahaja. Jadi, desktop dan laptop mempunyai kelebihan masing-masing.

Lebih penting lagi, komputer seharusnya dihantar servis dalam masa 6 bulan hingga 12 bulan sekali. Tujuaanya adalah untuk memastikan komputer berada dalam keadaan baik dari semasa ke semasa. Kebiasaanya, perkara utama adalah berkaitan dengan sistem aplikasi yang perlu diservis segera dalam tempoh tertentu. Ringkasannya, servis-servisnya ialah berkaitan software atau perisian yang terdapat pada komputer itu malahan hardware ataupun perkakas perlu ditukat kepada barang baru.

Kesimpulannya, kita semua amatlah memerlukan teknologi maklumat supaya adanya anjakan paradigma dalam kehidupan seharian. Untuk itu, gunalah komputer sebaik mungkin. 

 

 

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Your IP and Google Map location

Skrip As-Sunnah

Media Massa