Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, March 8, 2009

PPSMI Perlu Dibanteraskan Serta Merta

assalamualaikum w.b.t.

sebagai anak kelantan dan juga warganegara malaysia turut berasa amat kecewa yang amat sangat ketika kerajaan hanya memandang sebelah mata mengenai pendidikan yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini. fikirlah suatu hari nanti, kita semua akan merana disebabkan pemimpin kini sudah tidak lagi mementingkan kebajikan rakyat serta kemudahan sedia ada yang dikurniakan allah. sewajarnya kita turut membangkang dengan segala bentuk termasuklah perhimpunan beramai-ramai demi mempertahankan anugerah yang telah dikurniakan.

sebenarnya, tradisi dan adat sesuatu bangsa perlu diterapkan hingga ke hari ini malahan kita perlu memartabatkan apa yang diajar sejak nenek moyang kerana itu satu adat warisan yang perlu dipelihara hingga ke hari ini. namun demikian, pemimpin kini sudah hilang arah tuju dalam mentadbir serta mendidik anak bangsa sendiri. ingin aku tekankan bahawa ini bukan atas dasar politik semata-mata tetapi ini hak kita sebagai hamba allah. sebaik-baiknya, kita adalah harapan kepada negara jadi bahasa ibunda perlulah dititikberatkan sama sekali agar ekonomi kita terus maju.

saat ini juga, seluruh rakyat telahpun berkecimpung dalam satu perarakan ke istana negara dengan tujuan bahasa melayu dikembalikan dalam pembelajaran sains dan matematik dan agak membanggakan sasterawan negara turut bertekad untuk mengembalikan semuanya kepada bahasa ibunda. a samad said telahpun menyuarakan dengan nada tegas bahawa kita boleh mengajar kerajaan dengan tidak mengundi mereka dalam pilihan raya kelak. semua ini adalah gara-gara sikap mereka yang terlalu mengejar kemewahan dan sudah melupai kederitaan rakyat di bawah.

oleh itu, cukuplah setakat ini dahulu celotehku sempena ulangtahun hari jadiku yang ke-17.

sekian, terima kasih.

wassalam.

2 comments:

Unknown said...

i was bloghopping around al-aminians' blogs and found yours. a good blog, yet you need to open up your mind a bit.okay, tukar bahasa melayu pulaklah.

saudara,
andaikan saudara hidup pada zaman 60-an.kaedah transportasi pada masa itu adalah dengan berbasikal,atau berjalan kaki. pada waktu itu, berjalan 1 km sehari, no hal bagi mereka. kemudian, datang kereta dan segala kemajuannya memudahkan keadaan, wajarkah kita menolaknya, dengan alasan mengekalkan tradisi orang tua-tua kita, sedangkan kemajuan itu fitrah dalam kehidupan bertamadun.ia jelas dan nyata memudahkan mobilisasi, meluaskan darjah ketersampaian.

samalah situasinya dengan PPSMI ini. menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar cuma 2 subjek ini tak bermakna kita menolak atau sengaja merendahkan martabat bahasa Melayu. kita menggunakan bahasa inggeris untuk memudahkan keadaan.(untuk ini, saya beri peluang untuk saudara membuat research sendiri tentang faedah jangka panjang pelaksanaan PPSMI ini).banyak lagi wasilah nak memartabatkan bahasa melayu.tak wajar nak dibising-bisingkan tentang PPSMI ni.

saya bukanlah pro-kerajaan mahupun anti-kerajaan. tetapi saya juga bukanlah seorang yang sentiasa melihat keburukan saja dalam pemerintahan kerajaan sekarang. untuk mengatakan kerajaan kita hanya memandang sebelah mata dalam bidang pendidikan, rasanya saudara perlu banyakkan pembacaan. PPSMI ini sendiri satu tanda keprihatinan terhadap mutu pendidikan negara kita. cuma pelaksanaannya yang sedikit kucar-kacir..fikirkanlah.

semua ini memerlukan seni. Islam sendiri mengajar seni ini. seni memilih antara yang buruk dengan yang lebih buruk, antara yang membawa sedikit kemaslahatan, dengan yang tidak membawa kemaslahatan langsung.

wallahu a'lam
-maafkan andai ada tersinggung-

nik a faiz said...

slm ukwah..
awk knal saye atau sebaliknye..
tq2 sebab komen..pandangan dan ulasan yang membantu..tq2..ok2..sye cbe fahami.
wslm.

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa