Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Sunday, August 30, 2009

Puisi 8

PENITIAN MAGHFIRAH

keampunan dari-mu satu pengharapan,
ketinggian 'arash-mu menjadi inspirasi,
kekasih-mu senantiasa dikenangi lagi,
kerana pengorbanan-nya aku teruji.

penitian demi hari mencerminkan diri,
perubahan sikap perlu disemaikan kini,
penyampaian muzakarah tarbiyah diberi,
pendakwah jua wajarlah ditauladani.

maghfirah-mu amatlah kusanjungi,
manisnya kehidupan ini andai dicintai,
manakah diri-mu ingin aku jejaki nanti,
mampukah daku memasuki syurga-mu?

zahirkan hamba-mu dengan berzikir,
zahirkan hamba-mu dengan selawat,
zahirkan hamba-mu dengan tadarus,
zahirkan hamba-mu dengan tawadhu'.

ucapan salam sejahtera menjadi amalan,
salam ramadhan buat sahabat sejati... .



No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa