Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Thursday, January 28, 2010

Dikir Kelate Teraju Perubehe



Ketegangan agama: Nik Aziz persalahkan Umno

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 28 Jan: Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam.
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat.
(GAMBAR: Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia)

“Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga.

“Kalau kita tidak suka pada ajaran agama lain, kita tidak boleh menghianati, kalau buat jahat kita kena dakwah dia," katanya.

Sikap Umno yang menolak dasar Islam dalam perjuangan mereka juga jelasnya telah menimbulkan salah faham khususnya golongan muda yang hanya memahami Islam seperti rukun Islam solat dan puasa sahaja.

Sedangkan Islam lebih luas dari kefahaman itu.

“Perkara sebegini akan ditanggung oleh Umno dunia dan akhirat kerana memandang remeh soal Islam, sepatutnya sejak awal lagi mereka membuang perjuangan kebangsaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas meraikan 200 ketua-ketua pelbagai agama di Hotel New Pasific, di sini tengah hari tadi.

“Apa yang dilakukan sekejap tadi (majlis mahabbah) sebenarnya untuk meneruskan kefahaman, persaudaraan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian sebahagian dari cabang kerja-kerja Islam,” ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menghimpun semua ketua-ketua agama di Kelantan dan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau menggunakan kesempatan tersebut bertemu ketua-ketua agama lain dengan mengunjungi dari meja ke meja diiringi anggota-anggota exco kerajaan negeri yang lain.

Dalam pada itu, Pengarah Program, Datuk Mohd Amar Abdullah dalam ucapannya sebelum itu berkata, program mahabbah yang dianjurkan ini sebagai menzahirkan hidup bermasyarakat rakyat pelbagai anutan agama dan kaum.

“Ianya symbol keamanan masyarakat di negeri ini dan mudahan akan menjadi ikutan di negeri-negeri lain,”ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Majlis Perunding Agama Budha, Kristian, Hindu dan Sikh, Kalanalagan dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia, Dr Herman Sastri.

Di Kelantan sahaja lebih 30 ketua-ketua agama dari rumah ibadat Budha, Hindu dan Sikh hadir pada majlis yang penuh bersejarah itu.

Dikir Untuk PAS!!!!


Akademi Al-Quran 3 - Separuh Akhir 2 - Fakhrul


Nik Aziz: Royalti, nama Allah dan hubungan antara agama

Zulkifli Sulong, Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir   


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjawab pelbagai isu dalam wawancara khas dengan beliau di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan Sabtu, 23 Januari lepas. Beliau telah diwawancara oleh tiga wartawan kanan termasuk dari Harakahdaily, Zulkifli Sulong. Berikut adalah hasil wawancara eksklusif itu dengan dibantu oleh Salmah Mat Husein dan Rizal Tahir.

Wartawan: Isu royalti minyak, sejauh mana kerajaan Kelantan berusaha untuk mendapatkannya.

Nik Aziz:  Sepatutnya tuntutan Kelantan terhadap royalti tidak menjadi masaalah, kerana minyak terletak dalam pantai di perairan Kelantan. Jauh mana sekalipun ianya dikira hak kerajaan Kelantan.
Tiga kilometer ke, 10 kilometer ke atau 70 sekalipun, kerana ianya (ukuran) perbuatan manusia.

Sekiranya Kerajaan Pusat, yang mana setitik minyak sekalipun tidak ada di tempat mereka, namun mereka juga turut mendapat hasil melalui Petronas.

Tetapi, kenapa Kelantan yang mempunyai hasil minyak sendiri melalui telaganya yang banyak, kenapa pula dijadikan isu?.

Sepatutnya minyak yang keluar dari bumi Kelantan, menjadi hak negeri inilah. Kalau dikira dari segi ehsan, kerajaan Pusat yang sebenarnya perlu mendapat ehsan dan bukannya Kelantan. Kelantan yang ehsan pada Kuala Lumpur, tetapi sudah terbalik keadaan.

Tinggal lagi masaalah mahkamah tu, tuan-tuan sudah maklum, kita telah membuat tindakan. Pada masa yang sama kerajaan negeri telah melantik penal peguamnya sendiri, termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas.

Insyaallah, Allah akan menolong kita dan saya minta doa agar Kerajaan Pusat akan memberi kepada kita sebagai hak kita, disamping tidak menimbulkan rasa benci rakyat pada mereka.

Rakyat sekarang ini semakin ramai yang faham apa itu erti demokrasi, komunis itu pula macam mana, jadi sekiranya masih melakukan tindakan sebegini (nafi hak Kelantan) tiada bezanya dengan tindak tanduk komunis dengan demokrasi.

Komunis rampas harta orang, demokrasi juga rampas harta rakyat, dengan sebab ini akan menimbulkan rasa benci rakyat terhadap demokrasi sebagaimana mereka benci pada komunis. Ini bahaya jika rakyat akan berperasaan begini.

Baru-baru ini Tun Salleh Abas berkata ketika dalam wawancara dengannya berhubung kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak menyifatkan mereka yang menentangnya sebagai penderhaka. Contohnya Mustapha Mohammad. Jadi apa pandangan Tok Guru?

Ada dua tiga orang rakyat Kelantan ini yang hanya boleh dibilang dengan jari yang tidak bersetuju (tuntutan royalti). Sebagai bukti yang jelas sekali sebagai bukti pada 28 Januari ini, Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan menjelaskan keadaan yang sebenar berhubung perkara itu.

Tengku Razaleigh telah lama menyebut. Dia ni orang Umno, tetapi atas sifat kemanusiaan, beliau memahami sehingga tidak menjadikan ianya sebagai isu politik parti yang didokonginya.

Beliau lebih memandang tuntutan itu sebagai yang benar-benar berhak serta adil. Kenapa hasil balak tidak ada siapa yang peduli, kenapa hasil minyak ingin pula diganggu-gugatkan? Sedangkan ianya perkara yang sama.

28 haribulan ini ada suatu perkara penting saya nampak di Kelantan. Ada wakil-wakil paderi di seluruh Negara akan berhimpun di Kelantan.  Kemudian Tuan Guru akan menganjurkan makan tengahari bersama mereka, jadi bagaimana Tuan Guru melihat hubungan antara agama?

Saya ini adalah di antara orang yang belajar agama, saya belajar dengan orang tua saya, saya belajar di India, Pakistan termasuk juga di Mesir.

Agama Islam ini disebut Islam, sesekali juga disebut ‘assilmu’, sesekali juga disebut ‘alamin’. Orang Islam apabila bertemu dengan orang lain akan mengucapkan ‘assalamualaikum’. Ini satu-satunya agama yang mengajar penganutnya berhubung kesejahteraan serta keamanan.

Allah hanya satu, malah Allah meminta kita mengulang namanya dengan ‘arrahmanirrahim’.  Walaupun nama Allah ada 99, tetapi ‘arrahmanirrahim’ diminta ulang-ulang mengucapkannya. Arrahman ni bermaksud pemurah, kesihanbelas, Al Jabbar (gagah perkasa), Al Mutakkabir (yang menyombong), Al Muttaqim (pendendam), namun malangnya nama Allah itu tidak diulangi bagi melahirkan rasa takut, gerun pada Allah. Yang biasa diketahui Arrahman, Arrahim sahaja.

Nabi Muhammad sendiri perkara pertama yang baginda lakukan sewaktu sampai di Madinah dengan musuh tradisi ialah ‘perdamaian’ atau disebut Piagam Madinah.

Piagam Madinah ini adalah antara sebuah kerajaan yang dipegang baginda di Madinah dengan musuh lamanya Yahudi.

Walaupun Islam mendakwa Nabi Isa dinaikkan ke langit, namun bagi orang Kristian, Yahudi telah membunuh Nabi Isa dengan menggunakan ‘salib’ sehingga lambang berkenaan digunakan oleh penganut Kristian sama ada di gereja atau seumpamanya sebagai simbolik ke atas kematian Nabi Isa atau ‘Jesus’.

Tetapi Nabi Muhammad menyelesaikannya secara perjanjian dan bukannya melalui peperangan dengan kaum Yahudi antaranya sekiranya puak berkenaan diserang, tentera Nabi Muhammad akan membantu dan begitulah sebaliknya. Itu kaedah perjanjian keamanan yang disebarkan oleh Rasulullah.

Begitu juga dengan Nabi Musa di mana puak Yahudi yang buat masaalah dengan pelbagai tuduhan terhadap Nabi Musa ketika itu.

Bagaimanapun akhirnya Yahudi yang membatalkan perjanjian dalam  Piagam Madinah sehingga akhirnya Rasulullah menghalau puak Yahudi dari Khaibar.

Sampai sekarang ini pun puak Yahudi yang banyak buat masaalah, perang sana, perang sini, semuanya kerja-kerja Yahudi. Untuk membesarkan kilang senjata mereka memperkenalkan system riba dan sebagainya.

Sewaktu 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur hingga berlaku pertumpahan darah, namun ketenangan berlaku di Kelantan.

Walaupun kaum Cina minoriti di negeri ini, namun kerana rakyatnya tidak beremosi sebaliknya menanganinya dengan kaedah agama, akhirnya peristiwa itu tidak berlaku.

Islam mengajar umatnya menjaga air muka (maruah) diri sendiri, orang lain, jaga harta kita, jaga harta orang lain, tuduh orang melakukan zina tidak boleh dan sebagainya.

Sebagai contoh sekarang ini orang menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat, ianya sesuatu perkara yang cukup memalukan. Liwat dilakukan dalam kelambu, jangankan manusia nak tengok, nyamukpun tak ada dalam kelambu. Tetapi menuduh pula manusia seperti Datuk Seri Anwar melakukannya, ini satu perkara yang cukup memalukan.

Saya sendiri kalau keluar negara sekiranya mereka bertanya saya datang dari negeri mana, saya cakap dari Malaysia, secara automatiknya mereka menggambarkan peristiwa memalukan itu  dilakukan oleh seorang pemimpin di negara ini. Memang cukup memalukan.  Minta doalah banyak-banyak pada Allah supaya orang melakukan fitnah berhubung perkara ini insaf kerana mereka yang melakukan fitnah tersebut akan berhadapan dengan kemurkaan dan siksaan yang amat pedih. Jahat-jahat komunispun tak buat fitnah macam ni.

Apa sikap PAS terhadap isu penggunaan nama Allah oleh Kristian?

Saya telah membuat kenyataan yang acap kali berhubung ‘kalimah Allah’ ini.  Ayah Nabi Muhammad ialah Abdullah. Ayah baginda lahir ke dunia sewaktu anakandanya Muhammad belum lagi menjadi Nabi, iaitu zaman jahiliah lagi.  Namun ketika itu nama ayahanda baginda adalah Abdullah (hamba Allah).  Nama Allah yang bermaksud hamba Allah telah lama digunakan oleh orang-orang jahiliah terutama di negeri-negeri di Timur Tengah.

Tempat kita ini sekiranya saya ingin berniat baik kepada orang Kristian, saya boleh kata kepada mereka sekarang ini kamu ingin menggunakan nama Allah, ada baiknya kamu menerima sepenuhnya ajaran Allah bukan hanya setakat kalimah. Sekarang ini kamu hanya mengambil namanya sahaja, lama kelamaan ambil pula ajaran agama Allah itu sepenuhnya.

Keduanya kalau ingin disangka tidak baik, mereka ingin mengambil kalimah Allah dengan tujuan untuk mengelirukan. Tidak sepatutnya menggunakan agama untuk mengelirukan orang lain.  Sekiranya ingin menyebarkan agama Kristian, tidak perlu mengelirukan masyarakat, sebaliknya mengeluarkan hujah.  Islam dengan jelas menyatakan kepada agama lain bagaimana sekalipun kebenaran agama yang dibawa, tetapi biarlah melalui hujah.

Jangan sekali-kali membawa kekeliruan, jangan bawa kesamaran dan jangan juga membawa syubhah. Kerana itu saya mengeluarkan kenyataan sekiranya ingin menggunakan kalimah Allah tidak mengapa, tetapi jangan sekali-kali mengelirukan masyarakat dengan kalimah itu dengan hasrat untuk menarik mereka menerima ajaran agama Kristian, ia akan memburukkan nama agama tersebut. Pada masa yang sama imej paderi akan menjadi rosak, jadi ada baiknya mereka menunjukkan keikhlasan mereka sekiranya benar ingin menggunakan kalimah itu.

Di beberapa negeri, perkataan Allah dan beberapa istilah lagi digazetkan oleh enakmen agama tidak boleh digunakan oleh agama lain. Bagaimana dengan Kelantan.

Itu negeri-negeri lain, dia ada cara mereka sendiri, saya tidak mahu campur.  Saya bercakap atas nama Kelantan. Kelantan telah meletakkan segalanya atas suasana persaudaraan, keharmonian bukan sahaja sesama Islam, sebaliknya bukan Islam.

Tujuan Kelantan menjemput semua paderi-paderi, alim ulamak, para sami, sikh dan Buddha kerana makanan (majlis makan tengahari) itu sebagai satu simbolik mengeratkan hubungan silaturrahim.

Sejak zaman berzaman lagi sekiranya ada sesuatu masaalah, akan dapat diselesaikan melalui silaturrahim.  Kita melahirkan kesyukuran kita buat jamuan, kita aqiqah, buat jamuan, berkahwin juga membuat jamuan, kita musafir jauh dan akhirnya pulang semula ke rumah juga kita membuat jamuan. Jamuan ini adalah fitrah manusia untuk mendekati satu sama lain.

Jadi sekiranya orang ingin membakar atau mengganggu gereja di negeri lain itu terpulang pada mereka, namun Kelantan ingin memaut masyarakat dalam suasana harmoni.  Namun yang penting bakar gereja yang berlaku baru ini sesuatu fitnah (dirancang) oleh golongan tertentu.  Sebelum itu mengarakkan kepala lembu, sedangkan perkara itu begitu biadab untuk dilakukan.  Sedangkan umumnya sudah ketahui lembu adalah dianggap ‘holly’ bagi Hindu, kenapa merancang perkara-perkara yang boleh mengguriskan hati masyarakat Hindu.

Daripada kita mengarak kepala lembu, ada baikknya kita mengajak mereka menerima Islam, tetapi kerana tidak pandai untuk berdakwah, mereka melukakan masyarakat bukan Islam dengan insiden tersebut.

Apa pandangan Tuan Guru dengan dialog antara agama?


Ya, saya setuju benar cadangan tu. Kalau boleh semua penganut pelbagai agama berhimpun khususnya ketua-ketua agama.  Namun saya cadangkan jangan memanggil orang PAS sebagai moderator pada pertemuan itu takut nanti dikatakan berat sebelah atau seumpamanya.

Boleh menjemput pensyarah-pensyarah universiti bahagian perbandingan agama.

Adakah dialog antara agama dibenarkan dalam Islam?


Islam tidak menghalang dialog antara pelbagai agama dilakukan, namun yang pentingnya perkara apa yang ingin dibincangkan.

Sekiranya saya ingin melakukan dialog saya akan mencadangkan ‘di mana salahnya Islam’.  Selagi tidak ada sesiapa dapat membuktikan Islam itu agama yang salah, saya nak tinggalkan Islam pun tak boleh kerana dia tak dapat membuktikan salahnya Islam dan ‘you’  ingin menolak Islampun tidak boleh kerana Islam tidak salah. Itu sebagai contoh sekiranya saya mengendalikan dialog, orang lain saya tak tahulah.

Dialog tu baguslah, tetapi berdasarkan tajuk apa. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditubuhkan  bertujuan untuk berdialog dengan pemimpin di seluruh dunia.  Islam telah lama mengajar dialog sebagaimana yang diajar dalam al-Quran menyeru golongan bukan Islam supaya membawa hujah sekiranya mereka benar dengan pegangan mereka.

Untuk menyelesaikan segala masaalah bukan dengan ISA, penumbuk, tetapi hujah.  Ini tidak, kita bawa hujah dia bawa ISA. Mengarut orang Umno ni. Dia sendiri tiada hujah, tetapi kerana sombong dan takabur mereka menggunakan ISA.

Alim ulama atau lebih dikenali dengan panggilan ‘tok guru’ pondok tahun-tahun 60-an, di Kelantan ramai ditangkap di bawah ISA.  Atas sebab itu juga walaupun saya sebagai seorang guru pada asalnya namun kerana ingin membela nasib mereka saya menyertai parti politik. Saya heran kenapa orang Melayu menangkap tok guru Melayu.  ISA ni nak bawa ke mahkamah tak boleh, malah tak tahu pula bila nak dilepaskan, punya jahat orang Umno ni tak habis-habis.  Jadi saya tinggalkan jawatan saya sebagai seorang guru sertai politik PAS.

Apa tujuan Kelantan menganjurkan jamuan tengahari 28 Januari ini.

Kelantan buat jamuan, 28 haribulan ini bukan kali pertama, sebelum ini pertemuan serta jamuan yang sama telah dilakukan beberapa tahun lalu.  Saya panggil ketua-ketua agama lain datang ke pejabat saya, ramai datang. Malah saya sendiripun pergi ke wat-wat mereka khususnya di Tumpat, saya pergi. Jumpa sami mereka dengan tujuan untuk membuktikan Islam ini membawa keamanan dan kesejahteraan. Sekiranya ada sesuatu perkara yang tidak kena berhubung ajaran suci ini, nyatakan di mana silapnya.

Harapan Tok Guru pada pertemuan itu nanti bagaimana?

Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.

Azmin: Saya ada maklumat ahli Umno terlibat bakar gereja

Nazri Abdullah   
PETALING JAYA, 27 Jan: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehinya yang mendakwa sebahagian yang dituduh berhubung kes serangan gereja di Desa Melawati tempoh hari adalah dari ahli pemuda Umno.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata sedang mengumpul maklumat berkaitan sebelum mendedahkan nama-nama tersebut kepada umum.

Selain nama, beliau juga sedang dalam usaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno kesemua mereka yang didakwa terlibat.

"Berdasarkan senarai nama tertuduh yang telah didakwa di mahkamah, sebahagian daripada mereka pemuda Umno bahagian Gombak dan bahagian Ampang.

"Maklumat awal yang saya dapat, sekurang kurangnya empat atau lima orang ahli Umno, malah cawangan mana pun saya sudah perolehi," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Pada 8 Januari lalu, Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, terbakar diserang dengan bom api.
Pada masa sama, beliau mendesak Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menjawab segera dakwaan penglibatan ahli Umno dalam kes terbabit.

"Saya lihat trend hari ini, survival Umno itu hanya boleh diperolehi melalui permainan isu kaum dan agama.

"Saya harap Umno hentikan sentimen seperti ini kerana ia cukup bahaya kepada rakyat Malaysia," katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu melawat tempat kepala babi yang dilontar di perkarangan  masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya awal pagi ini.

Berhubung hal itu, PKR jelasnya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Islam tegasnya tidak menganjurkan perbuatan khianat seperti itu apatah lagi yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dikalangan rakyat Malaysia yang majmuk.

"Pihak polis harus kerah seluruh kekuatan yang ada untuk menjaga ketenteraman awam dan bukan menjaga keselamatan dan ketenteraman pemimpin Umno dan Barisan Nasional sahaja," katanya.

Friday, January 22, 2010

AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN - YB SALAHUDDIN AYUB



 

RENUNGAN BERSAMA


Kelantan Yang Aman Damai Bagi Semua Agama

Isu perkauman, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu adalah antara isu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka bagi masyarakat Malaysia. Justeru itu, selepas tercetusnya kontroversi isu penggunaan kalimah Allah kepada “the herald” milik gereja Kristian, maka keputusan mahkamah tinggi itu telah menyentuh nilai-nilai keharmonian beragama di Malaysia.
Sehubungan itu, pelbagai pihak kalangan pemimpin dan umat Islam telah memberi pandangan, malah sanggup berdemonstrasi mempertikaikan keputusan tersebut. Paling malang, muncul pula pihak yang bersifat anti-harmoni, telah melancarkan “serangan” ke bangunan gereja.
Alhamdulillah, kejadian buruk dan malang yang boleh mengeruh keharmonian tersebut tidak berlaku di Kelantan. Ini kerana, Kelantan sejak zaman-berzaman telah mengamalkan cara hidup berteraskan agama yang berjaya menerapkan persafahaman antara kaum dan agama. Ia ses8ngguhnya selari dengan ajaran al-Quran, sebagiamana firman Allah (Surah az-Zumar, ayat 38).
Maksud
Dan demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
(Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, Surah Az-Zumar, juz 24:38)
Rakyat Kelantan, kini dalam rahmat dan berkat Allah kerana penerimaan yang jelas dan mutlak kepada keEsaan Allah SWT. Maka, kekalutan seperti cubaan membakar gereja tidak berlaku dan tidak terfikir berlaku di Kelantan. Walaupun kita tahu, di Kelantan sekarang juga terdapat berbilang kaum dan agama. Dalam keadaan Kelantan memiliki 563 buah masjid, 60 To’kong, 22 Wat, 19 Kuil dan 15 buah Gereja, kesemuanya bebas dan aman penuh harmoni menjalankan amal ibadat dan upacara keagamaan masing-maising. Sesungguhnya, Kelantan sejak ditadbir dengan dasar Membangun Bersama Islam telah berjaya mewujudkan perpaduan yang jitu semua lapisan rakyat di kampung, estet, pekan dan bandar.
Bagi kerajaan Negeri pula bersikap terbuka dan sedia berbincang melalui sebarang perundingan demi keharmonian hidup antara kaum. Kesemua cetusan rasa pihak Kerajaan Negeri sedia melayani dan berbincang. Pengalaman kami, telah acapkali kita berdialog, berunding dan duduk semeja bersama-sama pembesar agama dari agama Kristian, Buddha, dan Hindu. Ruang selesa kita bentangkan kepada mereka bagi mendirikan rumah ibadat atas tanah milik mereka, dan pihak Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan prasarana. Ia adalah antara keselesaan yang teristimewa dinikmati di Kelantan. Maka kita tidak pernah terlibat dengan peristiwa meroboh mana-mana To’kong, Kuil, Wat hatta Gereja.
Apa yang penting, semua agama percaya kewujudan tuhan. Bagi Islam, perkataan Allah adalah nama yang Dia sendiri menamakannya, tidak manusia menamakannya. Ia adalah Tuhan Yang Maha Esa, Tuhan yang menjadi tumpuan sekalian makhluk, Tuhan yang tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada sesiapa yang setara dengan denganNya.
Maka bagi agama lain, apa sahaja yang nak sebut mengenai nama tuhan, terserahlah atas hak agama masing-masing. Ia adalah antara nilai-nilai hormat menghormati mengikut kepercayaan masing-masing. Dan kepercayaan yang suci ialah beriman dengan kekuasaan Allah yang berkuasa di atas setiap ciptaan alam ini.

Bekas Timbalan KPN meninggal dunia


Mohd Sedek Ali


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Sedek Ali, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 1 September tahun lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini.

Allahyarham berusia 60 tahun.

Penguasa Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Supt Rasdi Ramli, berkata Allahyarham, yang parah di bahagian otak, meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Jabatan Neurologi.


Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Kajang.

Dalam kemalangan itu, Mohd Sedek cedera di kepala selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum merempuh sebuah kereta lain di KM17, Lebuh Raya Grand Saga berhampiran stesen minyak Petronas.

Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 Januari 2004 dan bersara kira-kira setahun kemudian. - Bernama

GST: MTUC bantah cadangan kerajaan

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam membantah cadangan kerajaan untuk memperkenalkan sistem percukaian yang baru, iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana dianggap merugikan kaum pekerja.

Bercakap pada suatu 'Forum GST', Timbalan Presiden MTUC, A. Balasubramaniam menegaskan bahawa perlaksanaan GST tidak mampu membaiki taraf kehidupan kaum pekerja yang berpendapatan rendah.

“Jika GST wujud, kaum pekerja tidak akan boleh membaiki hidupnya...kedudukan MTUC dalam GST adalah membantah (dan) tidak setuju sama sekali,” tegasnya.

Beliau turut menganggap penetapan cukai GST serendah 4 peratus sebagaimana yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah dalam sidang parlimen lepas sebagai suatu langkah permulaan untuk meluluskan rang undang-undang tersebut.

Jelasnya lagi, sekiranya akta berkaitan GST tersebut diluluskan, bermakna menteri berkaitan boleh sewenang-wenangnya menaikkan kadar peratusan GST tanpa mengambil kira realiti beban inflasi yang ditanggung oleh pekerja yang berpendapatan rendah.

Tambahnya lagi, dengan melaksanakan GST, kerajaan seolah-olah cuba memindahkan beban yang selama ini diperoleh hasil cukai pendapatan dari pekerja yang berpendapatan tinggi kepada mereka yang berpendapatan rendah.

Forum anjuran Parti Sosialis Malaysia (PSM) turut membariskan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (DAP), Exco Aliran Subramaniam Pillay dan Jurucakap PSM Dr. Jeyakumar Devaraj.

Lebih 300 hadirin menyertai forum tersebut di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkifli Ahmad (PAS) semalam  berpendapat bahawa punca utama yang mendesak Kerajaan mengambil ‘jalan pintas’ dengan memperkenalkan GST tersebut disebabkan oleh belanjawan negara yang korupsi serta sikap terlalu bergantung pada model ekonomi lama yang berasaskan sistem  cukai dan bahan mentah petroleum.

Pidato umum Pro-Mahasiswa UM malam ini

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kumpulan Pro-mahasiswa Universiti Malaya (UM) menganjurkan pidato isu-isu semasa kampus bersempena pilihanraya kampus (PRK) malam ini.

Harakahdaily difahamkan seramai tujuh pemidato akan mengambil bahagian dalam program tersebut.

Mereka terdiri daripada mantan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM, Mohd Ridzuan Mohamad, Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hashim, mantan exco MPM UM, wakil-wakil dari Pro-Mahasiswa UM, Kelab Remaja Jemaah Islam Malaysia (Karisma) dan Gabungan Mahasiswa Bantah e-undi (Bantah).

Pidato terbuka itu dijadual berlangsung jam 9.15 malam ini di Dataran Fakulti Sastera UM.

Ianya bertujuan mendedahkan mahasiswa dengan isu-isu terkini yang sedang berlegar di sekitar kampus.

Sehubungan itu, semua warga kampus dan orang ramai dijemput untuk mendengar hujah-hujah yang bakal diutarakan mereka berhubung isu-isu mahasiswa dan kampus ketika ini.

Kaji enakmen untuk halang puak berkepentingan cemar nama baik Sultan

Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 22 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad menggesa satu kajian semula perlu dibuat terhadap Enakmen-enakmen Agama khususnya di Negeri Selangor yang dibuat pada 1988 dahulu di waktu kefahaman umat Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi sedemikian rupa. Menurutnya, enakmen-enakmen merupakan undang-undang pentadbiran keagamaan dan bukan hukum yang bersifat qat’ie yang tidak boleh berubah, ia boleh dikaji dari masa ke semasa dan tidak ada sebab ia perlu diubah sekiranya kefahaman umat semakin mantap.

Khalid yang juga AJK Lajnah Politik PAS Pusat juga berkata, sudah tiba masanya Selangor memberikan peluang kepada tokoh-tokoh ilmuan agama diberi peluang dan kedudukan sewajarnya di dalam institusi keagamaan di Negeri Selangor dengan naiknya pentadbiran baharu.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media di Pusat Khidmatnya di Pusat Perniagaan Worldwide dekat sini, sebelum itu menafikan dakwaan 16 NGO yang disifatkan sebagai jelmaan baru terhadap dirinya.

Dalam dakwaan itu, mereka mendakwa Khalid terlibat mencabar, memperlekeh serta mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menghasut rakyat supaya tidak lagi menghormati baginda sebagai pemerintah dan ketua agama Islam.

“Saya menafikan tuduhan itu sekeras-kerasnya, pada hakikatnya saya bertujuan menghalang golongan berkepentingan daripada menggunakan institusi di bawah naungan Sultan Selangor untuk tujuan politik mereka.

“Peringatan dan teguran saya bertujuan menghalang nama baik baginda Sultan dari tercemar atas perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu, usaha mengheret institusi di bawah naungan Sultan ke dalam kancah politik dilakukan oleh golongan ini.

“Sekiranya 16 NGO berkenaan ingin membidas sesiapa demi menjaga nama baik Sultan, maka golongan itulah yang sepatutnya menjadi sasaran mereka, bukan diri saya,” tegasnya di dalam sidang media itu pagi tadi.

Khalid juga mengulangi keyakinannya bahawa kepentingan Islam dan umat Islam akan lebih terbela jika JAIS dan MAIS dipengerusikan oleh mereka yang berpengetahuan agama yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Thursday, January 21, 2010

Kadar kelahiran negara kekal sihat

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut kedatangan 516,645 bayi tahun lalu, meningkat 3.9 peratus atau 20,231 berbanding tahun 2008.

Selangor kekal dengan kadar kelahiran paling tinggi iaitu 80,110 diikuti dengan Sabah mencatatkan 60,190 dan Johor seramai 58,597, menurut statistik yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pada 2008, Selangor mendahului dengan 76,932, Johor 58,517 dan Sabah 51,773.


Jumlah kematian tahun lalu ialah 129,922 berbanding 123,335 pada 2008, peningkatan 5.1 peratus atau 6,587.

Selangor juga negeri yang mencatat kadar kematian yang paling tinggi iaitu 16,494 diikuti Johor 15,749 dan Perak 15,467.

Menurut laman web Jabatan Perangkaan Negara, jumlah penduduk Malaysia pada 2007 mencapai 27.17 juta dan meningkat kepada 27.73 juta pada 2008 dan dianggarkan bertambah kepada 28.31 juta bagi 2009.

Sejak beberapa tahun lalu, penduduk dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun merupakan 63 peratus daripada jumlah penduduk negara, 32 peratus berumur bawah 15 tahun manakala selebihnya berumur 65 tahun ke atas.

Pensyarah Pusat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Marshitah Mohd Radzi, berkata Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sihat sejak 10 tahun kebelakangan ini.

"Ini satu pertumbuhan yang sihat jika dilihat dari segi kemampuan rakyat Malaysia yang boleh menampung kelahiran tersebut," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mengikut Dasar Kependudukan 1985, Malaysia dijangka mempunyai 70 juta penduduk pada 2100.

Marshitah berkata kadar kelahiran haruslah bersifat positif dan mempunyai kadar kelahiran yang bersifat serata di kawasan bandar mahupun luar bandar.

"Saiz keluarga yang makin bertambah akan mengakibatkan perbelanjaan sesuatu keluarga turut bertambah. Maka kependudukan yang positif dicapai ketika elemen saiz keluarga dan pendapatan dicapai sama-sama,” katanya.

Marshitah berkata menurut analisis demografi, saiz kelurga yang paling kecil di Malaysia ada daripada etnik Cina, diikuti oleh kaum India.

Kaum Melayu masih mempunyai saiz keluarga yang ramai, katanya.

Banci penduduk dan keluarga dijangka diadakan sekali lagi pada tahun ini. - Bernama

Umno tidak layak tangani Majlis Perundingan Agama

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 20 Jan: Umno tidak layak untuk menangani isu Majlis Perundingan Antara Agama sekiranya ia ditubuhkan, sebaliknya hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkelayakan dan mampu menangani berkaitan agama Islam dengan sebenarnya di negara ini. Ini kerana Umno itu sendiri dalam segi pengamalan Islamnya, boleh dipertikaikan, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah.
Beliau berkata, ini kerana lebih 50 tahun Umno mendominasi pemerintahan negara, namun parti itu dilihat tidak serius dalam menangani permasalahan yang berkait dengan agama Islam dan isu yang berbangkit.
Katanya, setelah lebih 50 tahun mendominasikan pemerintahan negara, Umno enggan melaksanakan Islam, bahkan agama suci itu dilihat terkebelakang di bawah pemerintahan yang ada sekarang.
"Kalau mereka serius mahu menangani isu agama (Islam), sudah lama mereka berbuat demikian, bahkan boleh mereka berbuat demikian, justeru sudah lama imej Islam di negara dilihat lebih baik.
"Oleh itu, Umno bukan orangnya yang layak untuk menguruskan (penubuhan) Majlis Perundingan Antara Agama itu.  Ini kerana Umno sendiri pun dalam bab pengamalan Islamnya boleh dipertikaikan," katanya.
Oleh itu, katanya, pengurusan majlis itu wajar diserahkan kepada pihak lain yang memang mahir dan berkelayakan serta mampu menerangkan mengenai Islam dengan sebenarnya.
"Bagi kita, Umno ini selamanya pun kalau menggunakan isu agama, hanya untuk (kepentingan) politiknya saja, dan apabila tersepit mengenai agama, barulah mereka kata boleh menggunakan agama.  
"Sebelum ini ketika PAS membincarakan isu agama Islam, Umno menuduh PAS berpolitik. Ketika membicarakan mengenai agama Islam, Umno sebenarnya hendak memancing sokongan Melayu," katanya.

Wednesday, January 20, 2010

Cikgu Sulizi - Sesaat Tak Lupa


Keputusan rayuan permohonan Anwar 29 Januari, bicara kes liwat 2 Februari

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguh keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.

Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan.

Keputusan itu dibaca Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria sebentar tadi.

USM cipta perisian kenal pasti penyakit kecelaruan bahasa

GEORGETOWN: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta satu sistem sokongan untuk membantu pegawai perubatan mengenal pasti masalah percakapan kanak-kanak yang bermasalah.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr Rozaida Abdul Rauf berkata perisian Sistem Sokongan Keputusan Bahasa Klinikal (CLDSS) adalah ciptaan terbaru dan pertama di dunia bagi mengenal pasti masalah kecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak.

Katanya, penyelidikan yang bermula sejak Disember 2006 hingga November tahun lalu itu dibangunkan dengan kos RM186,000 dan menggabungkan kepakaran dalam bidang psikolinguistik dan Teknologi Maklumat (IT).

"Perisian itu mampu mengenal pasti dengan tepat punca sebenar berlaku kecelaruan bahasa seawal mungkin antara usia setahun hingga enam tahun sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki persekolahan," katanya pada sidang akhbar di sini.

Dr Rozaida berkata, diagnosis imbasan otak akan dilakukan ke atas kanak-kanak bagi mengenalpasti punca dan jenis kecelaruan bahasa yang dihidapi mereka.

Katanya, daripada diagnosis itu, perisian berkenaan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu sebelum dirujuk kepada pakar perubatan seperti pakar pathologi bahasa untuk tindakan selanjutnya.
"Kanak-kanak yang mempunyai masalah kecelaruan bahasa dapat dipulihkan dengan kos yang rendah jika dikenalpasti pada peringkat awal," katanya sambil menambah ciptaan mereka itu hanya untuk mengenal pasti masalah bukan mengubatinya.

Katanya, sejak perisian itu dihasilkan, USM telah menjalankan kajian terhadap 30 kanak-kanak yang bermasalah.

"Daripada jumlah itu, kami berjaya mengesan dengan tepat 30 jenis kecelaruan berbahasa yang berbeza antara setiap kanak-kanak bagi membantu proses rawatan mereka di hospital.

"Pihak hospital hanya mampu mengesan jenis kecelaruan bahasa dengan ketepatan 13 peratus, kami dapat mengenalpasti dengan 100 peratus tepat," katanya.
Dr Rozaida berkata, ibu bapa juga perlu peka terhadap perkembangan bahasa anak-anak bagi mengelakkan masalah itu sukar dirawat jika sudah melepasi tahap pra-sekolah.

"Kadang-kadang ada kanak-kanak yang sudah berusia empat tahun pun hanya baru boleh sebut satu perkataan manakala ada bayi yang senyap saja dan keadaan itu perlu dipantau bagi mengenalpasti sama ada mereka ada masalah kecelaruan bahasa," katanya.

Katanya, susulan penghasilan perisian itu, kumpulan penyelidiknya juga akan menjalankan tiga projek dalam usaha menghasilkan program sesuai bagi tujuan merawat kecelaruan bahasa di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah berkenaan.

Katanya, setakat ini perisian berkenaan masih belum dipasarkan danmasih dalam proses paten.

"Bagaimanapun, sebuah syarikat IT di Kuala Lumpur berminat untuk membelinya," katanya. - Bernama

Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS menyifatkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting sebagai mengarut dan tidak masuk akal serta tindakan undur ke belakang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, langkah itu undur ke belakang kerana sistem undi pos yang ada sudah banyak menimbulkan masalah dan mahu dibuang apatah lagi dengan tindakan mahu menambahkan golongan yang layak mengundi pos.
"Saya mengesyaki ada agenda tersirat dalam langkah ini jika benar SPR bercadang berbuat demikian," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, prinsip PAS jelas untuk memansuhkan undi pos di kalangan anggota polis dan tentera dan tidak akan bersetuju jika ianya mahu diperluaskan kepada pengundi selain mereka.
"Ini cadangan yang mengarut. Pada dasarnya PAS memang tidak bersetuju sebab kita berjuang selama ini untuk hapuskan undi pos di kalangan polis dan tentera, tiba-tiba SPR nak luaskan hak pengundi pos," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu juga berkata, cadangan itu hanyalah rancangan politik Barisan Nasional (BN) untuk meningkatkan jumlah undi mereka.
"Ini rancangan politik Kerajaan BN untuk mengawal pengundi supaya mengundi mereka, tidak lebih dari itu. Tidak munasabah SPR membuat cadangan itu," katanya.
PAS, katanya akan meminta penjelasan daripada SPR berhubung perkara itu dan bersedia mengadakan pertemuan untuk berdialog.
"Kita akan dapatkan maklumat terperinci dan minta penjelasan dari pihak SPR berkenaan perkara ini. Kalau perlu kepada pertemuan, kita akan bertemu mereka," katanya lagi.
Sementara itu, salah seorang jurucakap Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohamad Sabu berkata, cadangan itu merupakan satu lagi cara yang membolehkan Umno/BN memanipusi undi pos untuk kemenangan mereka.
"Kita memang tidak setuju. Kalau semua orang boleh mengundi pos, lagi banyak berlaku manipulasi undi pos," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Beliau juga menegaskan, cadangan SPR itu menunjukkan mereka sedang cuba menghapuskan kebebasan para pengundi kerana undi pos memang diragui ketelusannya.
Sebelum ini, salah satu daripada empat tuntutan Bersih ialah menghapuskan undi pos.
"Lagi teruk demokrasi kalau laksanakan cadangan ini. Ini usaha ke arah nak tutup ruang kebebasan dan demokrasi dalam pilihan raya," tegasnya.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof berkata, doktor, jururawat dan wartawan mungkin dipertimbang untuk dibenarkan mengundi secara pos pada pilihan raya umum akan datang.
Ia akan dibuat menerusi pindaan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang sedang diteliti oleh SPR.
 

PAS bimbang polis daftar Mykad ada agenda tersirat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS bimbang kalau-kalau tindakan kerajaan mewajibkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam (Mykad) mempunyai agenda politik, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
"Tetapi jika selepas memiliki Mykad, polis hanya boleh mengundi di tempat awam bukan lagi undi pos, saya sokong 100 peratus langkah ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam Harakahdaily menyiarkan maklumat sumber yang memberitahu, polis di Perak diarah membuat Mykad di samping memiliki kad pengenalan polis.

Seorang pembaca Harakahdaily pula memaklumkan, maklumat itu memang benar dan bukan sahaja polis di Perak bahkan di seluruh negara diarahkan berbuat demikian.

"Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010.  Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad.  Oleh kerana  pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat Mykad bagi tujuan tersebut.," tulis pembaca Harakahdaily itu.

Bagi Mustafa, hujjah itu tidak cukup kuat untuk mengesahkan tindakan tersebut.

"Apa salahnya anggota polis dan tentera menunjukkan kad polis atau tentera mereka untuk mendapatkan subsidi itu. Bagi saya, mereka tidak boleh tolak kalau kita kata ini ada agenda tersirat di sebaliknya," kata beliau kepada Harakahdaily lagi.

Mustafa mengesahkan, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, PAS menemui banyak data yang menunjukkan pendaftaran berganda anggota tentera dan polis dalam daftar pemilih.

Sistem komputer itu menunjukkan nama yang sama tetapi didaftar di dua tempat yang berbeza. Ia kekal dalam sistem pendaftaran kerana nombor kad pengenalan yang digunakan berbeza iaitu nombor kad pengenalan polis atau tentera dan nombor kad pengenalan awam iaitu Mykad.

Namun oleh kerana data itu di luar Bagan Pinang selepas dihujjahkan oleh SPR, PAS meneruskan tindakan menyertai pilihan raya kecil itu walaupun telah membuat kenyataan akan menarik balik penyertaannya dalam pilihan raya itu.

Zaid: I've finally decided which party to join


Anwar hints at defections again

PAS cabar Umno debat isu royalti


Stunning claims linking Najib to Altantuya II


Anwar refuses to entertain questions on Ezam


Pakatan leaders play down Karpal's threats


Tuesday, January 19, 2010

Malaysia manfaat hubungan dengan UAE: PM

Daripada Dzulkfley Zanudin

ABU DHABI: Malaysia memanfaatkan hubungan dua hala serta kepakaran teknologi hijau Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi meningkatkan kemasukan dana pembiayaan asing dari negara rantau Teluk, selain mengeksport kemahiran syarikat tempatan ke sini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, syarikat Malaysia perlu mengutamakan mutu dan hasil kerja untuk mengekalkan kepercayaan diberikan pihak berkuasa UAE kepada mereka.

Lantaran itu, katanya, prestasi syarikat Malaysia perlu mengikut tanda aras antarabangsa bagi membida projek mega di rantau Teluk.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan rasmi empat hari ke UAE, terutama Abu Dhabi, Perdana Menteri berkata, beliau berpuas hati dengan hasil kunjungan itu yang mendapat sambutan menggalakkan dan pencapaian begitu memuaskan.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammad Zayed Al Nahyan, pada hari pertama lawatan, agensi pelaburan UAE, Mubadala Development Company diarah mengenal pasti pelaburan baru di Malaysia, terutama bidang hospitaliti, termasuk kemungkinan membina hotel di Malaysia.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan dagangan kedua-dua negara, Sheikh Mohammad menyatakan hasrat melawat Malaysia tahun ini.
"Saya juga berasakan mereka menunjukkan hasrat begitu tinggi apabila Masdar menandatangani perjanjian dengan nilai projek AS$100 juta sebagai peringkat permulaan untuk melaksanakan kaedah dan konsep bandar Masdar yang bebas karbon di sini.

"Projek seumpama itu dengan skala lebih sederhana turut dirancang di Malaysia. Kita berharap sesuatu dapat dimulakan menjelang lawatan rasmi Sheikh Mohammad," katanya.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Mustapa Mohamed; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ditanya lanjut mengenai projek Masdar di Malaysia secara usaha sama dengan 1Malaysia Development Bhd, Perdana Menteri berkata, pembangunan kawasan itu menggunakan teknologi hijau terkini.
"Kita dapat manfaat daripada pelaburan mereka dan kemahiran kemapanan teknologi hijau tanpa melabur bagi mewujudkan konsep pembangunan Masdar di Malaysia," katanya

Beliau juga berkata, sepanjang lawatan itu, syarikat dan profesional Malaysia didapati berjaya dalam bida antarabangsa di UAE sebagai kontraktor, pengurus projek serta penawaran khidmat profesional seperti pakar kewangan dan peguam.

Pada hari terakhir lawatan, katanya, syarikat Malaysia, Kemuncak Facilites Management Sdn Bhd (KFM) turut menjalin usaha sama tiga pihak dengan syarikat UAE (Allen & Shariff Corporation) dan Amerika Syarikat (Consortium International) bagi memberi nasihat kepakaran dan pengurusan projek membangunkan kawasan atau bangunan sebagai pembangunan hijau.

Katanya, ini sejajar Bajet 2010 dan Model Ekonomi Baru yang mana teknologi hijau dan teknologi boleh dibaharui menjadi satu dimensi bagi menjana sumber pertumbuhan baru negara.

Perdana Menteri berkata, hasil pertemuan dengan Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga Perdana Menteri UAE, beliau menghargai peluang diberikan kepada syarikat Malaysia, terutama dalam projek pembangunan ikonik, Meydan, Dubai.

"Arkitek dan pengurus projek mega itu rakyat Malaysia, manakala komponen struktur keluli dan tempat duduk stadium di kompleks itu turut dibekalkan syarikat Malaysia," katanya.

Beliau turut membuat kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota Wilayah Barat, Sheikh Hamdan Zayed Al Nahyan yang berhasrat melawat Malaysia, tahun ini selain diberitahu mengenai peluang pembangunan seperti lebuh raya dan perbandaran yang boleh disertai syarikat Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, penyertaan rakyat Malaysia di sini menggambarkan semangat 1Malaysia berikutan semua kaum diberi kepercayaan dalam projek pembangunan Abu Dhabi dan UAE dengan syarat mempunyai kepakaran.

Gegar jamin perhimpunan 100,000 rakyat Kelantan dapat kebenaran

KOTA BHARU: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak Rakyat Kelantan (Gegar) memberi jaminan perhimpunan 100,000 rakyat Kelantan yang dijadual diadakan 28 Januari nanti, sudah mendapat kebenaran pihak keselamatan.

Pengerusinya, Dr Abdul Halim Yusof, berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk penganjuran yang akan diadakan di sini, Khamis ini.

Menurutnya, jawatankuasa itu membabitkan semua pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak polis dan agensi pihak berkuasa kerajaan tempatan.

"Kita memberi jaminan perhimpunan itu dapat diadakan mengikut jadual demi keselamatan dan keamanan semua pihak, dan keputusan itu akan diambil dalam mesyuarat lusa ini," katanya di sini, hari ini.

Dr Abdul Halim berkata, pihaknya sudah mengkaji pelbagai aspek sebelum menganjurkan perhimpunan itu yang membabitkan semua pihak berkaitan seperti polis, pihak berkuasa kerajaan tempatan MPKB bagi melicinkan perjalanan program itu.

Menurutnya, untuk program pertama, bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi penceramah utama menjelaskan tentang isu royalti minyak di majlis penerangan di Stadium Sultan Muhammad Keempat pada 28 Januari ini.
"Program itu yang pada mulanya akan diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) di sini telah dipindahkan ke lokasi baru di stadium itu bagi memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan menyertainya," katanya.

Menurutnya, ia diikuti program kedua akan diadakan debat terbuka di Balai Islam Lundang di sini pada 13 Februari yang membabitkan pemimpin politik dan wakil rakyat.

Beliau berkata, antara pemimpin yang diundang menyertai debat itu ialah Tengku Razaleigh selaku Pengasas Petronas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Exco Kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurutnya, sebelum majlis bermula, hadirin dijadual mengadakan solat hajat di padang Stadium Sultan Muhammad ke-IV bagi memohon keberkatan Allah menjayakan program itu. - Bernama

Anwar: PAS menang jika...


Anwar Ibrahim di Kuala Terengganu


Datuk Seri Anwar Ibrahim berbahas didalam Sidang Khas Parlimen


Anwar Ibrahim di Program Pahlawan Nasionalis Bapak Mohammad Natsir


Monday, January 18, 2010

BILA DIKESALI 10 TAHUN KE BELAKANG – AKULAH PERWIRA AGAMA KELAK ~

Teman seperjuangan bukan sahaja ditakrifkan sebagai sahabat yang sekadar membantu dalam menuntut ilmu pengetahuan sahaja namun keindahan bakal terputik sekiranya kita seringkali mengabdikan diri padaNya demi menegakkan kembali agama Allah di mana telahpun tersejarah dalam tamadun bahawa ummat Islam telahpun memerintah melebihi 2/3 dunia. Namun demikian, masyarakat Melayu khususnya telah pudar akan ketulenan ISLAM di pahat sanubari bahkan langsung tidak mempercayai dan membanggai agamaNya...CELAKALAH MEREKA DI AKHIRAT KELAK...


Be continue...sorry...:(

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa