Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, January 11, 2010

Terengganu, Kelantan Sama Kuat

Ditulis oleh RedsFc
MONDAY, 11 JANUARY 2010 01:34

Terengganu bermula hambar dalam perlawanan pertama saingan Liga Super 2010 apabila diikat Kelantan tanpa jaringan di Stadium Sultan Ismail Nasharudin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Masing-masing turun mencari tiga mata, Kelantan memulakan serangan awal dengan melakukan beberapa percubaan melalui rangkaian Indra Putra, Hairudin, Akmal dan Chanturu tetapi semuanya berjaya disekat Marzuki Yusof di bahagian pertahanan.

Peluang pertama hadir melalui rembatan Indra Putra yang melepasi kawalan dua pertahanan lawan tetapi Sharbinee Aliwee lebih bersedia untuk merebahkan badan menangkap bola sepakan leret tersebut.

Kelantan sekali lagi mengancam melalui Hairudin yang melakukan hantaran satu dua dengan Akmal sebelum melorongkan bola kepada Chanturu yang pantas melakukan sepakan terus ke dakapan Sharbinee pada minit ke-17.

Sharbinee terus menjadi penyelamat Terengganu apabila bijak menahan sepakan Akmal Rizal pada minit ke-24 melegakan 10000 penyokong lawan.

Menyedari kerap diasak, Terengganu melakukan beberapa serangan melalui Manaf Mamat dengan bantuan Zairo Annuar tetapi kebanyakan serangan mereka berjaya dihalang oleh kekentalan Azizi dan Subramaniam yang pantas mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Walaupun begitu, Terengganu hampir didepan apabila Manaf Mamat yang melarikan bola hasil kesilapan awal Daudsu gagal memanfaatkan peluang terbuka berhadapan Syed Adney apabila sepakannya hanya melintasi depan pintu gol Kelantan pada minit ke-32.

Sorakan penyokong Kelantan yang memenuhi sebahagian tempat duduk stadium bergema seketika setelah Hairudin melompat tinggi melepaskan satu tandukan yang hampir menembusi gawang Terengganu tetapi Marzuki lebih bersedia mengeluarkan bola diatas garisan gol.

Terengganu juga tidak ketinggalan apabila mendapat sepakan percuma didepan gawang Kelantan setelah Wan Mohd Alif dijatuhkan Daudsu tetapi sepakan Zairo Annuar ditangkap kemas penjaga gol Kelantan.

Bersambung babak kedua, Terengganu melakukan sepak mula dengan mengatur gerak pantas mencari ruang untuk membolosi gawang pelawat.

Terengganu mendapat peluang terbaik mereka seawal minit ke-46 apabila K. Rajan berjaya melakukan hantaran kedepan gol Kelantan melalui satu lintangan dari sebelah kiri pintu gol memaksa Adney keluar menumbuk bola.

Mereka semakin bernafsu menyerang apabila sekali lagi memaksa Adney menumbuk bola sebelum dikeluarkan Farisham Ismail hasil percubaan Manaf Mamat minit ke-55.

Pertengahan babak kedua, perlawanan seimbang dengan kedua-dua pasukan saling menyerang mencari bekalan awal.

Minit ke-73, Terengganu dianugerahkan satu sepakan percuma dari jarak 25 meter pintu gol Kelantan dan Zairo Annuar yang mengambil sepakan itu melepaskan rembatan kencang memecahkan benteng Kelantan memaksa Syed Adney sekali lagi melakukan aksi menyelamat cantik menepis keluar percubaan tersebut.

Selepas percubaan itu, Terengganu dilihat memperlahankan rentak perlawanan dan peluang ini digunakan sepenuhnya barisan serangan Kelantan yang mula mengatur serangan berbahaya setelah kemasukan Nor Sharul Idlan mengantikan Akmal Rizal yang dilanda kecederaan setelah diterjah pertahanan Terengganu.

Kemasukan Idlan menghidupkan jentera serangan selain membuka ruang kepada Hairudin untuk lebih bergerak bebas.

Entah dimana silap, Kelantan dinafikan sepakan penalti pada minit ke-77 apabila Indra yang sedang mengawal bola mendakwa ditarik pemain lawan didalam kotak penalti tetapi pengadil seakan-akan membenarkan kesalahan itu menyebabkan Sathianathan dan Hashim Mustapha bingkas bangun membantah keputusan pengadil.

Badri Radzi pula melepaskan peluang terbaik memecah kebuntuan pada minit ke-86 apabila memilih menyepak leret bola hantaran Idlan hasil dummy dari Hairudin mengecewakan 3000 penyokong Kelantan.

Chanturu juga terlepas peluang mencatatkan nama sebagai penjaring apabila sepakan terus hasil lantunan percubaan awal dari Idlan terkena palang dan sepakan susulan dari Hairudin Omar pula keluar sedikit dari pintu gol walaupun ketika itu Sharbinee tidak berada di posisinya.

Minit-minit terakhir, tuan rumah melakukan dua serangan berbahaya melalui Manaf yang dilihat berjaya menjalankan tugas untuk mengucar kacirkan pertahanan Kelantan apabila larian pantas dari satu serangan balas hampir memberi gol kepada Terengganu tetapi mujur percubaan pemain ini keluar ke sebelah kanan pintu gol.

Mereka juga dikurniakan satu sepakan percuma luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol Kelantan pada minit ke-90 apabila Subramaniam sengaja menjatuhkan pemain Terengganu dan sepakan itu tidak memberi sebarang hasil sebelum wisel penamat dibunyikan oleh pengadil perlawanan.

Man Of The Match:
Kelantan - Syed Adney Syed Hussien
Terengganu - Mohd Sharbinee Allawee
*Dua-dua PG sebab banyak save bola bahaya.

Kad Kuning:
Kelantan - 2
Terengganu - 5

Pertukaran:
Kelantan - Akmal Rizal --> Norsharul Idlan Talaha
Terengganu - Player 16 --> (Tok Tahu)

Ball Possesion
Terengganu 45% - 55% Kelantan

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa