Johar |
Terdapat gesaan daripada banyak pihak yang meminta Menteri Dalam Negeri mengenakan akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang terlibat serangan terhadap gereja, Soalnya kenapa perlu ISA terhadap mereka yang terlibat dalam kes serangan dan membakar gereja?, Apakah perlu ISA digunakan bagi membenteras anasir jahat ini? Adakah kita tidak percayakan pihak polis untuk membuat siasatan rapi dan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan. Paling penting ialah siasatan rapi dari pihak polis bagi mencari bukti kukuh untuk mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan. Kerajaan perlu menyiasat serangan ke atas gereja bagi membolehkan pihak terbabit diidakwa di mahkamah, bukannya menahan mereka di bawah ISA. Bagi Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, sekiranya kerajaan berkeras juga untuk mengenakan ISA ke atas pihak yang terlibat dengan serangan ke atas gereja, ianya memperlihatkkan kegagakan proses siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa terutama dalam mengemukakan bukti. "Kerajaan tidak boleh mengambil jalan mudah dan rakyat tidak harus diugut dengan ISA sedangkan penyiasatan boleh dillakukan, pendakwaan dan pihak yang tertuduh ada saluran membela diri," katanya saperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan 12 Januari lalu. Rakyat mahu mereka yang melakukan jenayah itu di bawa ke mahkamah dan dalam masa yang sama mereka yang dituduh diberikan peluang membela diri. Dalam Islam pun jika berlaku kesalahan, mereka yang dituduh di mahkamah diberikan peluang membela diri. Rakyat berharap kerajaan 1 Malaysia juga akan memberikan peluang membela diri kepada pihak yang tertuduh untuk membela diri, bukannya menahan mereka tanpa diadili dan dibicarakan. Kerajaan perlu rasional dalam menghadapi kes ini. Dalam soal ini, apakah ISA boleh menyelesaikan masalah yang ada kini, iaitu serangan terhadap gereja. Adakah ini kaidah terbaik yang diambil oleh kerajaan? Bagi Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh, menegaskan ISA tidak akan membantu menyelesaikan masalah. "Jika niat menggunakan ISA , sebenarnya kerajaan mengulangi kesilapan dengan menzalimi hak asasi manusia yang ditahan tanpa perbicaraan," katanya. Kerajaan sewajarnya tidak terpengaruh dengan desakan pelbagai pihak untuk menggunakan ISA bagi menyelesaikan masalah ini. Biarkan pihak polis membuat siasatan. Jika benar mereka yang terlibat melakukan kesalahan, bawa ke mahkamah untuk diadili. KIta pun bimbang bila ada sahaja kejadian yang tidak disenangi, Menteri Dalam Negeri cepat cepat melatah untuk menggunakan ISA. Sikit sikit ISA, sikit sikit ISA. Kita pun naik bimbang, Ada orang nantinya fobia dengan ISA. Rakyat pun boleh jadi fobia dengan ISA. Kita berharap senjata ISA ini tidak digunakan sewenang wenangnya. Fikit fikirkanlah adakah ISA jalan penyelesaian terhadap kes ini? . Atau kita ada pilihan lain untuk menghentikan perbuatan pihak yang tidak bertamadun di negara ini. |
Suara Murni
Create a playlist at MixPod.com
Wednesday, January 13, 2010
ISA ?!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment