Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Monday, January 11, 2010

Kelantan Bangga Bawa Pulang Satu Mata

Ditulis oleh Kosmo   
MONDAY, 11 JANUARY 2010 02:38

AKMAL (bekakang) mengasak penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat pada aksi Liga Super malam kelmarin.
 
TERENGGANU seharusnya berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Sharbinee Allawee Ramli yang menidakkan peluang Kelantan untuk membawa pulang mata penuh ke Kota Bharu dalam perlawanan pertama Liga Super malam kelmarin.

Tanpa berselindung, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan mengakui bahawa Terengganu bernasib baik kerana penjaga gol muda itu beraksi cemerlang selepas Kelantan hampir menguasai keseluruhan permainan.
Bagaimanapun, Sathianathan berkata, beliau begitu berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang disifatkan sebagai petanda baik ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) baru bermula.

"Kita bermain dengan baik dan saya berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan apabila kita banyak mencipta gerakan dan hampir menjaringkan gol, namun penyudah sedikit tumpul.

"Saya juga mengakui bahawa penjaga gol Terengganu (Sharbinee) bermain dengan baik apabila berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya lima percubaan kami," kata Sathianathan ketika ditemui Kosmo! semalam.

Tambahnya, satu mata sudah memadai memandangkan rekod Kelantan ketika bertandang ke Terengganu sebelum ini kurang baik.

Jelas Sathianathan, apa yang penting para pemainnya memahami tugas masing-masing dan mampu mencipta peluang untuk memburu gol.

"Bagaimanapun, kita perlu bekerja lebih keras di bahagian benteng yang agak kurang konsisten terutama ketika sera- ngan balas pantas dan hantaran bola tinggi pihak lawan.

"Apa yang penting perlawanan semalam menampakkan bahawa semua pemain mampu berperanan menghasilkan gol dan tidak mengharapkan baha- gian serangan sahaja," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan penyerang Kelantan, Norfar- han Mohamad, Sathianathan memberi- tahu: "Saya lebih senang untuk bercakap mengenai tanggungjawab semua pemain dan bukannya mengharapkan seorang pemain sahaja yang mampu melakukan sesuatu.

"Keseluruhan Liga M mempunyai 26 hingga 30 perlawanan dan jika anda hanya mengharapkan seorang pemain sahaja, ia sudah tentu menyukarkan," jelasnya.

Beliau turut memuji gandingan Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar yang semakin serasi dan percaya kedua-dua pemain ini mampu memberi tonik baru kepada Kelantan.

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa