Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, January 13, 2010

Eye on disita,berapa duit rakyat hangus?


Sofi Wahab  
Walaupun Eye On Malaysia telah disita kira-kira seminggu lalu tetapi sehingga kini tiada penjelasan konkrit mengapa ianya disita dan berapa kerugian yang ditanggung oleh pihak terbabit.

Roda gergasi atau lebih dikenali Eye On Malaysia di muara Sungai Melaka yang dibawa ke Melaka lebih setahun lalu, disita pihak berkuasa minggu lalu.

Peristiwa ini benar-benar memalukan negeri Melaka disaat Melaka dikatakan menjadi negeri maju pada tahun ini.

Sehingga kini kerajaan negeri Melaka masih gagal memberikan penjelasan yang konkrit mengapa ianya disita dan berapa kerugian yang dialami oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Tindakan menyita Eye On berkenaan dilakukan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu, membenarkan permohonan pemilik asal roda gergasi berkenaan dari Belgium, Fitraco NV untuk mengambilnya balik dari Eye On Malaysia Sdn Bhd (Eom), pemilik roda itu di Melaka.

Arahan menyita dan mengambil alih roda berkenaan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 November lalu.

Arahan bagi memaklumkan mengenai tindakan menyita tempat itu disampaikan oleh seorang peguam yang mewakili Fitraco NV kepada Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Eom, Mahadzir Yunus di tapak roda gergasi terbabit minggu lalu.

Fitraco NV memfailkan saman pada Eom dan MST Ad Suria Sdn Bhd (MST Ad Suria) pada 15 September tahun lalu, selepas syarikat terbabit gagal melunaskan hutang pinjamannya sebanyak RM17 juta bagi menyewa dan membawa roda berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Sebelum itu Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengambil alih roda berkenaan setelah sebelum ini ianya beroperasi di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 1 Januari 2007 hingga 31 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Melaka mempunyai kepentingan di dalam Eye On Malaysia ini menerusi Eom, sebuah syarikat usahasama yang ditubuhkan bersama MST Ad Suria. Kerajaan negeri diwakili Kumpulan Melaka Berhad (KMB).

Roda itu kemudian dibawa ke Melaka pada September 2008 dan beroperasi secara rasmi sebulan selepas itu.
Malangnya syarikat berkenaan gagal membayar hutang kepada pemilik asal Eye On.

Terbukti projek ini menanggung kerugian sehingga hutang Eom gagal membayar hutang. Oleh itu rakyat negeri Melaka berhak untuk mengetahui mengapa syarikat Eom gagal membayar hutangnya.
Adakah disebabkan produk pelancongan gagal menarik pelancong mengunjunginya atau adakah terdapat penyelewengan sehingga hutang tidak dapat dibayar.

Rakyat sudah pasti ingin mengetahui kedudukan kewangan syarikat ini dan punca ianya gagal membawa keuntungan. Jumlah wang rakyat yang dilaburkan melalui Kumpulan Melaka Berhad untuk membawa dan mendirikan Eye On Malaysia bukannya sedikit.

Kerajaan negeri Melaka mesti memperincikan berapa jumlah pelaburan KMB dan berapa kerugian terkumpul setakat ini. Rakyat sudah tentu tidak mahu kerajaan negeri lepas tangan begitu sahaja.

Kegagalan projek ini membuktikan bahawa kerajaan negeri dan agensinya sekali lagi gagal menguruskan kewangan rakyat dengan baik sehingga ianya merugikan rakyat.

Ini bukanlah pertama kali syarikat yang berkaitan dengan kerajaan di sita oleh pihak berkuasa. Sebelum ini pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) pernah disita pada tahun 2006 berikutan kegagalan agensi itu membayar tunggakan hutang lebih RM2 juta.

Arahan sita itu dikeluarkan menerusi surat penghakiman Mahkamah Tinggi yang ditandatangani Timbalan Pendaftar, Elesabet Paya Wan bertarikh 28 Jun 2006.

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa