Suara Murni


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Wednesday, January 20, 2010

PAS bimbang polis daftar Mykad ada agenda tersirat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS bimbang kalau-kalau tindakan kerajaan mewajibkan semua anggota polis membuat kad pengenalan awam (Mykad) mempunyai agenda politik, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
"Tetapi jika selepas memiliki Mykad, polis hanya boleh mengundi di tempat awam bukan lagi undi pos, saya sokong 100 peratus langkah ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Semalam Harakahdaily menyiarkan maklumat sumber yang memberitahu, polis di Perak diarah membuat Mykad di samping memiliki kad pengenalan polis.

Seorang pembaca Harakahdaily pula memaklumkan, maklumat itu memang benar dan bukan sahaja polis di Perak bahkan di seluruh negara diarahkan berbuat demikian.

"Seperti mana yang kita semua maklum..kerajaan akan melaksanakan peraturan baru mulai 1 Mei 2010.  Rakyat Malaysia yang berkelayakan menikmati/membeli minyak subsidi perlu menunjukkan Mykad.  Oleh kerana  pegawai dan anggota-anggota polis tidak mempunyai Mykad maka diarahkan lah semua pegawai dan anggota untuk membuat Mykad bagi tujuan tersebut.," tulis pembaca Harakahdaily itu.

Bagi Mustafa, hujjah itu tidak cukup kuat untuk mengesahkan tindakan tersebut.

"Apa salahnya anggota polis dan tentera menunjukkan kad polis atau tentera mereka untuk mendapatkan subsidi itu. Bagi saya, mereka tidak boleh tolak kalau kita kata ini ada agenda tersirat di sebaliknya," kata beliau kepada Harakahdaily lagi.

Mustafa mengesahkan, dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang baru-baru ini, PAS menemui banyak data yang menunjukkan pendaftaran berganda anggota tentera dan polis dalam daftar pemilih.

Sistem komputer itu menunjukkan nama yang sama tetapi didaftar di dua tempat yang berbeza. Ia kekal dalam sistem pendaftaran kerana nombor kad pengenalan yang digunakan berbeza iaitu nombor kad pengenalan polis atau tentera dan nombor kad pengenalan awam iaitu Mykad.

Namun oleh kerana data itu di luar Bagan Pinang selepas dihujjahkan oleh SPR, PAS meneruskan tindakan menyertai pilihan raya kecil itu walaupun telah membuat kenyataan akan menarik balik penyertaannya dalam pilihan raya itu.

No comments:

Skrip Al-Qur'an

Skrip As-Sunnah

Media Massa